Sabtu, 1 Januari 2011

Nombor Cantik Datang Lagi! 1111


Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011! Ucapan demi ucapan dikeluarkan dari mulut, media dan kebanyakkan blog-blog yang penulis baca. Kedatangan tahun baru masihi memang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Mereka akan menetapkan azam, menutup buku lama dan membuka buku baru, lebih bersemangat menjalani tugas serta kehidupan harian. Bagi penulis, kedatangan tahun baru kali ini sangat memberi makna kerana tahun ini bermulalah cabaran bekerja sendiri tanpa makan gaji.

BISNES

Harapan akan wujud satu pejabat urusan NahamPhoto diatas tanah sekangkang kera milik pusaka keluarga ni...

Sebelum ini penulis sudah banyak menulis mengenai semangat, persediaan dan perancangan untuk menghadapi cabaran baru. Apa yang penting sekarang penulis harus mengikut dan membuat apa yang telah dirancang. Perancangan tanpa pelaksanaan takkan bermakna apa-apa. Dunia sekarang semakin mencabar dan lebih mencabar lagi apabila menceburi bidang keusahawanan. Dalam bisnes, banyak perkara yang perlu ada dalam diri seperti ilmu pengetahuan, pengalamann, mentor, perancangan dan displin diri.

NOMBOR CANTIK

Manusia selalu mengambil nombor-nombor cantik sebagai satu peringatan yang istimewa kepada diri mereka. Seperti tahun lepas, tarikh-tarikh yang menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan atau sebagainya adalah 10.10.10 dan 20.10.2010. Tahun ini pula tarikh istimewa adalah seperti 1.1.11 dan 11.11.11 pasti menjadi pilihan. Namun ia sekadar nombor dan yang menjadikannya istimewa adalah manusia itu sendiri. Bagi penulis, bagaimana sekalipun nombor yang menjelma, penulis perlu ambil semua perkara yang positif.

SAMBUTAN

Bunga api? Jerit-jerit kira countdown? Tak heran dah...

Mengenai sambutan tahun baru pula, ramai rakan dan ahli keluarga sudah tidak terlalu menekankan sambutannya. Jika dulu seingat penulis, sanggup menunggu untuk mengira countdown jam 12 malam namun sekarang sudah tidak dihiraukannya lagi. Rasanya lebih baik kita menyambut tahun baru hijrah daripada menyambut 1 Januari. Tapi itu penulis, jika dilihat di kaca TV, ramai anak-anak muda yang bersuka-ria menyambutnya di merata-rata tempat. Pastinya pada bulan 9 nanti ramai anak-anak luar nikah akan lahir.

Walau apapun pendapat anda mengenai tahun baru, pastikan ianya akan membawa kearah kebaikan dan membuang semua perkara negatif. Penulis pastinya ingin terus meminta sokongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga diluar sana untuk terus maju lagi tahun ini. Penulis juga inginkan sokongan anda membaca dan memeriahkan lagi dunia blogging tanpa sempadan ini. Harapan penulis agar bisnes fotografi NahamPhoto dan lain-lain bisnes akan terus maju demi kebaikan keluarga dan semua bakal pelanggan yang memerlukannya.

*p/s - posting wish 2011 tak siap lagi. Tunggu... :)

1 ulasan:

mayang berkata...

selamat tahun baru. semoga terus berjaya dalam bidang fotografi :D