Khamis, 13 Januari 2011

Medal Memori Maya 2010

Setelah membuat perkiraan statistik dengan teliti akhirnya kini tiba masa yang ditunggu-tunggu untuk penulis mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah 3M (Medal Memori Maya) 2010 blog Mencipta Memori. Jika artis diraikan dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Skrin, Bintang Popular dan Juara Lagu, penulis juga ada cara untuk meraikan mereka yang sering melawat blog penulis yang tidak seberapa ini. Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut blog ini membuat anugerah untuk membaca menandakan penulis serius dalam dunia blogging.

Mengimbas kembali anugerah ini, ia mengandungi 2 kategori iaitu PELAWAT TERBAIK dan PROMOTER TERBAIK. Medal PELAWAT TERBAIK dianugerah kepada mereka yang selalu melawat blog "mencipta memori" ini berdasarkan komen pada posting, tag posting & juga ruangan sembang. Manakala Medal PROMOTER TERBAIK pula dianugerahkan kepada website @blog @ page yang mempunyai link URL ke blog "mencipta memori" dimana ia paling banyak menarik & memberi akses pengunjung lain ke blog "mencipta memori".

Bertuahnya pemenang PELAWAT TERBAIK tahun ni... :)

Pemenang (no.1 sahaja) akan diberikan SCRIPT untuk mereka paparkan medal mereka di webpage @ blog @ seumpanya milik mereka dan apa yang menarik tahun ini, pemenang PELAWAT TERBAIK akan menerima hadiah istimewa iaitu SYILING PERAK 1 DIRHAM. Berikut merupakan senarai pemenang pada tahun ini dan ranking top 10;

PELAWAT TERBAIK

1) Julie
2) Kaff
3) Anipah

* pengiraan : sembang & tag-1 markah, komen-2 markah, follower -tambahan 3 markah


*pengiraan : gabungan markah dari statistik histats.com

Rumusan : Untuk tahun ke-3 berturut-turut, blog Kedai Gula-Gula milik Kaff telah berjaya menggondol gelaran PROMOTER TERBAIK. Namun Kaff perlu berhati-hati tahun ini dengan pencabar baru yang muncul tahun lepas seperti luckytuah.blogspot.com, spiderlily-zaidah.blogspot.com dan gengbloggerkuizikel.blogspot.com yang mempunyai peminatnya tersendiri. Pencabar Kaff tahun lepas seperti Anipah & Artakus tidak dapat bersaing tahun ini apabila jatuh ke tangga 6 & 9.

Bagi kategori PELAWAT TERBAIK pula, pemenang baru telah berjaya memperolehi hadiah SYILING PERAK 1 DIRHAM iaitu saudari Julie. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kategori ini sentiasa mendapat pemenang baru iaitu Kaff (2008), Fiza (2009) dan Julie (2010). Julie melonjak dari tangga ke-7 tahun lepas manakala Kaff, Anipah, Artakus & Cheekongsejuk terus bersaing di top ten. Fiza, juara tahun lepas tidak dapat mempertahankan kejuaraan apabila jatuh ke tangga ke-8 tahun ini.

Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan kecewa kerana penulis tahu anda ada membaca disana melalui statistik yang penulis rumuskan. Jadi rajin-rajinkan membuka, membaca, memberi komen dan mempromosi blog Mencipta Memori ini. Jangan lupa untuk FOLLOW dan memberikan link blog ini kepada orang lain. Mana tahu anda pula yang akan menjadi pemenang tahun hadapan. Terima kasih kerana terus menyokong penulis dalam arena blogging ini. Kepada pemenang akan dihubungi untuk penyerahan hadiah.

"TAHNIAH KEPADA PEMENANG! & SELAMAT BERBLOGGING"


p/s - senarai pemenang Medal Memori Maya 2009

7 ulasan:

Zaidah berkata...

aku nak menggondol semua hadiah untuk anugerah tahun 2011 bleh tak....aku nak jugak medal tu...

Reds berkata...

boleh jer klu selalu lawat, baca, komen dan promotekan blog aku... :)

Kaff berkata...

wow..menang lagi..terasa harini penuh kemenangan..hehe

Reds berkata...

tp awas Kaff, tahun ni pencabar ko makin mengganas...

author faethal berkata...

Wow terima kasih kepada ADMIN kerana memberikan Syiling Perak 1 DIRHAM itu terima kasih.
(Tahun 2011 boleh dapat Syiling 1 DINAR tak?..haha)

P/S : Reds...macam mana cara nak buat tuntutan hadiah?? Hehe..

Reds berkata...

Faethal : tahniah sbb masuk top ten tp pemenang 1 Dirham (real bkn gmbr) hanya untuk PELAWAT TERBAIK iaitu saudari Julie jer...dan pemenang bg kedua2 kategori akan diberikan script untuk medal secara maya)

Insya Allah klu ada rezki tahun2 dpn bg hadiah utk 1, 2 & 3 pulak. Hehe. Klu nk dpt Dinar pulak rasanya lmbt lg la, maybe nanti leh buat pertandingan blog sapa paling dapat byk tarik trafik ke blog NahamPhoto ke... :)

Ju@Lucky^Mummy berkata...

wah.. kena gigih lagi la nampak nye camnih...