Entah kenapa ketika zaman persekolahan dulu, penulis tidak berapa suka membaca. Membaca ini dalam erti kata lain membaca buku-buku sekolah atau bahan-bahan bacaan bercetak. Membaca bukan satu kegemaran ketika itu (sebab lebih menggemari grafik atau gambar). Jika tiba musim peperiksaan, barulah penulis akan membaca dengan teliti setiap subjek yang berkenaan.
Namun sekarang, membaca adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh penulis setiap hari. Bahan bacaan tidak kira bahan bercetak atau elektronik (sudah semestinya BLOG). Sejak dikolej, penulis sudah mula membeli buku-buku yang berkualiti untuk dibaca seperti IT & fotografi. Majalah fotografi memang dilanggan setiap tahun iaitu Digital Camera Magazine & National Geographic.
Selain itu, penulis juga membaca buku-buku ilmiah yang lain seperti bisnes, motivasi & keluarga. Secara tidak sedar, bahan-bahan bacaan itu telah membawa penulis ke satu tahap yang tidak diduga. Pencapaian demi pencapaian dicapai hasil dari bacaan tersebut ditambah dengan hasil bacaan dari sumber elektronik seperti blog & lain-lain. Ia merupakan satu fenomena bagi penulis.
Kini penulis sudah membuat list buku-buku yang akan dibeli untuk dibaca kelak. Ia seolah-olah satu pemburuan untuk menimba lebih banyak ilmu. Selain buku, blog juga memainkan satu peranan yang penting dalam memberikan pengetahuan. Oleh itu penulis berharap agar trend blog ini akan berterusan dan makin ramai akan berkongsikan maklumat berkualiti dengan membaca blog. Teruskan amalan membaca!
*p/s- Insya Allah penulis akan berkongsi bahan bacaan dari buku-buku terpilih kelak. Semalam penulis sudah meminjam buku jutawan internet Irfan Khairi daripada kaff.
IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog
2 ulasan:
aku suka beli buku tapi tak suka baca...pelik kan? buku yang aku bagi kau pinjam tu pun tak abis baca lagi..hehe
Bacalah buku yang memberi semangat meneruskan usaha memajukan teknologi dan inovasi, MALAYSIA BOLEH!!!
Catat Ulasan