Setiap kali tiba 10 Disember, penulis mesti akan teringatkan sesuatu. Satu cerita yang tidak boleh dilupakan sehingga kini. Jika dulu pernah pengunjung fotopages penulis bertanya. " Apakah cerita itu? ---> KLIK DISINI untuk imbas kembali.
Hari ini 2 tahun yang lepas adalah satu sejarah hitam bagi 34 orang (lebih kurang) pelawat dari KPYPJ yang melawat Pulau Pinang. Lawatan itu disertai oleh staf-staf KPYPJ yang menyertai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) melawat Pulamed JPA3 di Butterworth. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami semua yang menaiki bas singgah di Cameron Highland. Kami tiba disana menjelang magrib. Sampai disana sahaja bateri HP & kamera penulis 'kong'. Sejak itu misteri bermula...
Perhentian 1 (7-8 mlm) : Kami singgah ke satu kawasan tetapi peniaga disitu kelihatan bergegas-gegas menutup kedai mereka (macam ada sesuatu). Mungkin kerana hari sudah magrib & pelanggan sudah berkurangan. Ada rakan yang duduk disatu warung namun peniaganya seperti menghalau-halau pelanggannya.
(8-10 mlm) : Penulis & rakan-rakan yang kelaparan pergi ke sebuah gerai makanan. Disitu terdapat beberapa gerai makanan & rakan-rakan yang lain ada sama makan digerai-gerai yang lain. Anehnya penulis & rakan-rakan yang berjam-jam menunggu tidak dapat menikmati makanan kami sedangkan tempahan sudah diambil. Rakan-rakan yang makan digerai yang lain sudah menjilat jari masing-masing. Akhirnya kami bangun hampa kerana panggilan kami tidak dilayan. Setelah keluar dari situ, penulis bertanya kepada rakan, "Wujud ke kedai yang kita semua pergi tadi?".
(10-11 mlm) : Bas mula bergerak turun dari Tanah Tinggi walaupun agak kurang bijak menuruni cerun yang berliku pada malam hari. Ada antara kami tadi membeli burger untuk makan didalam bas. Apabila bas bergerak, ada juga rakan yang mabuk & muntah.
Perhentian 2 (11 mlm) : Waktu ini penulis tidak tidur dan memandang cermin hadapan. Kebanyakkan rakan semua sudah tidur. Apabila tiba disatu selekoh menuruni bukit, BAAMM!!! Penulis dapat perhatikan yang bas sudah menyereng ke kanan & jatuh ke kiri semula. Penulis terpelanting dari kerusi & beg-beg yang disimpan diatas bertubi-tubi menimpa penulis. Jeritan kedengaran disana-sini. Rupanya tayar kiri belakang bas telah melanggar tembok jalan. Kebetulan penulis duduk sama paras dengan tayar tersebut. Kami semua trauma kerana nyaris bas kami hendak ke gaung.
Setelah bas diberhentikan untuk melihat keadaan tayar, ada rakan yang turun muntah-muntah, ada yang hendak membuang air dan ada juga yang mamai mengatakan yang kami dah sampai. Kami berhenti didalam kawasan hutan yang gelap gelita & tiada kenderaan lalu-lalang. Entah bagaimana penulis tersuluh satu suratkabar yang direnyuk-renyuk betul-betul di hadapan pintu bas. Pada suratkabar itu terdapat DARAH! Banyak, pekat & segar. Ramai yang nampak ketika itu dan ada yang kecut perut. Kami bergegas naik bas dan meneruskan perjalanan...
(12 mlm) : Menurut pakar seperti Uncle Nordin & Mejar Taha yang melihat darah itu mengatakan yang itu darah manusia. Beberapa minit selepas kejadian itu, Fairuz yang tidur merasakan seperti ada BENDA HANYA BERKEPALA mengikut ditepi tingkap bas.
Perhentian 3 (1 pagi) : Berhenti sebentar di tol Tapah untuk berehat sebentar & ada yang membuang air. Masing-masing masih menceritakan peristiwa tadi. Baby En. Asmadi pula tiba-tiba menangis kuat manakala puan Mardziah ada bermimpi yang bukan-bukan. Perjalanan disambung semula...
Perhentian 4 (1.30 pagi) : Berhenti di kawasan R & R Tapah. Semasa berjalan ke tempat makan, Uncle Nordin menunjukkan sesuatu kepada penulis. Apa yang ditunjukkan adalah sebuah van jenazah. Walaupun maksud Uncle Nordin hanyalah untuk menunjukkan van jenazah tersebut, namun malangnya penulis nampak satu BENDA BERPAKAIAN PUTIH dalam van mayat tu. Hanya dengan sekali pandang, penulis terus mengalihkan pandangan & berdiam diri. Dalam hati berkata jangan berfikir apa-apa & kuatkan semangat. Setelah kami semua makan, perjalanan diteruskan...
Perhentian 5 (2 pagi) : Bas tiba-tiba berbunyi kuat & pelik dibahagian belakang. Kami berhenti lagi di tengah highway yang gelap. Bas diperiksa lagi tetapi tiada masalah yang dapat dikesan. Perjalanan disambung...
Perhentian 6 (3 pagi) : Berhenti rehat di kawasan rehat Serdang, KL. Boy yang duduk dikerusi paling belakang mengatakan ada BENDA menolak-nolak kerusinya (sedangkan belakang dia tiada kerusi lagi). Perjalanan diteruskan...
Perhentian 7 (5-6 pagi) : Berhenti di R & R Pagoh, Muar. Selipar Aju putus seperti digunting. BENDA itu seolah-olah mengikut kami sejak dari peristiwa turun dari tanah tinggi tadi. Ini adalah perhentian terakhir kami & segala misteri habis disitu setelah subuh tiba.
Kami selamat tiba di Johor Bahru lebih kurang jam 11 pagi dimana kami bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang jam 11 pagi juga. Ia merupakan satu perjalanan sehari suntuk yang penuh misteri. Sehingga kini penulis percaya nama-nama yang disebut diatas masih menyimpan cerita masing-masing. Dan mungkin masih ada diantara kami yang merahsiakan ceritanya? Siapa tahu.
Misteri kenapa bas terlanggar tembok? Kenapa ada darah disitu? Kenapa ada BENDA mengikut kami? Masih belum dapat diketahui. Sedangkan apabila penulis pulang kerumah, hati masih berdebar-debar seolah-olah ada mata yang memandang. Itu semua hanya Tuhan yang tahu. Masa, tempat & kejadian diatas tidaklah terlalu tepat. Ia hanyalah sekadar anggaran sejauh mana penulis dapat ingat & cerita yang penulis dengar dari orang lain.
*p/s- Kepada mereka yang terlibat dalam kejadian ini, dialu-alukan bercerita pengalaman masing-masing diruangan komen. Jangan biarkan hidup anda diselubungi, MISTERI....

14 ulasan:
Entri kali ini sangat seram. Waktu komen ini di tulis jam menunjukkan 1:27 pagi. Huhu. Apapun. Entri ini cukup seram.
Kisah seram saya mungkin tak banyak. Cukup popular dengan hantu tindih yang popular disekolah-sekolah berasrama. Tetapi entri misterius 2 jam ini cukup seram.
tak banyak nak taip kot. cuma masa lepas jumpa darah tu, aku terbayang ada bende terbang ikut belakang bas setiap kali aku cuba pejamkan mata! ajjer gilerr betul lah!
seram sey...memang sesuai buat drama isi slot khamis malam di tv3..
7 Perhentian dalam kenangan...yang penuh misteri...aku ada nak sumbang gambar di perhentian tapah.. cam ne...
Kat Perhentian 4 (R&R Tapah) tu aku ada suruh sapa jenguk kot@ ada sedara dalam van tu...khalid kot
sememangnya seram...................
mmg seramlah kalu igat balik kan...mmg tak de dh kite keje lagi kalu betol2 bas tu tbalik kat gaung...mmg kenangan yg x leh lupelh...kite smpai kat tpt tu pn dh kene kalu hang igatlh ris hari ptama kan sha kene tindih...pastu kite nk pi bukit bendera kn tak jumpe jalan seolah2 mmg kite x leh pi cna supaya kite leh pi cameron...dan situlh bermula kejadian2 yg x disangka2...1 ari suntuk dlm bas...
Baru baca dah meremang bulu roma seh...mmg peristiwa ini tak dapat dilupakan sampai bila2..bila ternampak bas JPA3 lagi teringat peristiwa tu...tapi korang suma PERASAN tak bila bas nak turun dari cameron tu spt bas telah beberapa kali pusing di tmpt yang sama tp kita suma tak sampai2 kat bawah..tpt jam 12 (lebih kurang ler)yg masa kejadian dia org jumpa darah pas tu lintang pukang shasha naik bas kmdn ustz zul ketuk dalam bas ngan buluh yg dia beli sambil membaca pelbagai ayat yg kita tak tau apa yg dibaca.. baru bas berjalan dan turun ngan slmt yg rasanya tak lama untuk sampai di bawah jalan besar..aku dan atie dapat merasakannya tp kami hanya berbisik sesama sendiri shj..SERAM...
Aku x perasan pulak yg kita berpusing-pusing tmpt yg sama...tu satu cerita yg baru tu...masa turun tu mmg semua cam dia x kata apa-apakan? mmg misteri...
Pasal selipar yg putus umpama digunting tu memang benar…. Selipar tu terputus apabila melangkah keluar dari bas ketika berhenti diperhentian ke 7. Padahal kasut tu baru jer dibeli di Penang. Semasa kejadian tu Kalid dan Boy ada bersama saya ketika turun dari bas dan saya meminta tolong kalid untuk mengambil selipar lain di dalam bas..kami membelek selipar tu dengan hairan macamana ianya boleh terputus ibarat digunting..??? tp anggaplah yg ianya memang nak terputus......
Jika kawan2 masih ingat pada Nazri yang duduk dengan Ikhsan... dia juga telah ditindih sehingga tidak boleh bernafas semasa bas berhenti untuk kita suma solat subuh..Cerita Nazri ketika saya pulang bersama dia...dia telah menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar dan dia hanya boleh menjerit ALLAH HUAKBAR..kmdn baru dia boleh bernafas dengan senang...Akhirnya kita suma pulang ke JB dalam keadaan keletihan.... DAN YANG MASIH MENJADI TANDA TANYA???? Dimanakah HILANGNYA PELBAGAI BUNGA ROS YANG DIBELI OLEH HARRIS DAN MUNGKIN KAWAN2 LAIN JUGA... walaupun setiap orang yang beli bunga telah disusun di tepi bas untuk mengenal pasti bunga masing2 & DARI MANAKAH DATANGNYA BUNGA ROS MERAH HATI YANG MASIH SEGAR SEBANYAK 5 KUNTUM YANG TIDAK BERTUAN ITU.... ianya SUNGGUH MISTERI !!!! (tapi bunga ros tu dah ku agihkan kepada staf pentadbiran kerana tak tau asal usul bunga tu)
Cerita pasal nazri pun mmg pernah didengar. Menurut cerita dia mmg pernah ditindih sampaikan bila dia jerit tu tiba-tiba terlepas kuat memeranjatkan orang 1 bas.
Pasal bunga tu mmg bengang betul...penat jer beli, sampai JB jer x dapat. Tu mmg misteri yg terakhir. Sialah yg dpt 5 kuntum bunga yang X BERTUAN tu?
zura...aku tak perasan lak bas tu pusing tempat yg sama...tgh tido baikk... punyer. ingat tak aku tido pakai balaclava (serkup kepala yg hanya nampak mata je..)
pergHhh....seram2x, aku yg baca pun blh terngiang2x kembali peristiwa tue.....naik bulu tengkuk nie....mcm ada yg memerhatikn aku jerk time nie....jam da kul 2 pagi nie...esok nk keje...lain kali ler citer..ish..teringtkn kepala, terbang, berdarah, pe@gg$L...Na'uzubillah...
Catat Ulasan