Rabu, 31 Disember 2008

Sokongan Anda...

Penulis mula menceburi alam siber dengan serius pada tahun penghujung 2005. Pada mulanya penulis mempunyai fotopages yang mengandungi gambar & karya fotografi penulis. Apa yang tidak disangka, dengan fotopages tersebut, telah banyak yang dapat dipelajari & telah memperkenalkan diri penulis kepada pengunjung internet yang lain.

Sejak fotopages tersebut, penulis mula didedahkan dengan komuniti yang lebih luas. Ramai yang telah memberikan inspirasi, membantu dan menyokong penulis ketika itu (jika disebutkan memang tidak mencukupi). Setelah 2 tahun menggunakan fotopages, penulis beralih kepada blog yang lebih fleksibel & mudah.

Sehingga kini, blog 'mencipta memori' telah mencapai lebih 3000 pelawat sejak posting pertama. Mempunyai 7 pengikut yang setia dan ramai lagi yang selalu membaca. Semua itu adalah hasil sokongan anda semua. Disini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pelawat blog ini.


Kini blog ini sudah berada dalam galeri online Art On Display dimana ia memaparkan laman-laman web hasil-hasil karya seni dari seluruh dunia. Anda boleh mengundi nama-nama yang tersenarai di dalam laman web ini dan salah satunya adalah blog 'mencipta memori'. Harapan penulis agar anda semua dapat terus menyokong karya penulis. Insya Allah.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Selasa, 30 Disember 2008

Blog 'Mencipta Memori' Berwajah Baru!

Bila tibanya tahun baru, sudah semestinya kita semua akan mempunyai azam yang baru, keinginan yang baru malah serba-serbi baru. Perubahan adalah sesuatu yang amat positif dalam pelbagai aspek. Sudah semestinya kita perlu berubah untuk mencapai apa yang diiginkan dan jangan kekal ditakuk yang lama.

Oleh itu, pada tahun 2009 ini, blog penulis ini akan membawa konsep yang baru dan lebih segar. Input yang ingin disampaikan akan merangkumi 5 bahagian utama iaitu fotografi, aktiviti, hobi, seni & informasi. Ini adalah untuk menjaga kualiti artikel-artikel yang akan dihantar supaya lebih baik & memberi kesan kepada pembaca.

Sebarang perkara yang terlalu peribadi & emosi, tidak akan dimasukkan kedalam blog ini lagi. Ia akan dicatatkan ke blog lain iaitu http://diariburuk.blogspot.com.

Dengan tibanya tahun baru ini diharap semua pelawat dan blogger akan terus berkongsi informasi dan membaca blog-blog sebagai satu sumber mencari ilmu. Semoga dunia blogging ini akan terus meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru yang berkualiti. Selamat tahun baru & terima kasih semua!

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Isnin, 29 Disember 2008

Trip To Malacca Zoo

Sabtu lepas, penulis, Kaff, Artakus, Cik Anipah & anak saudaranya telah melawat Zoo Melaka. Kami bergerak dari Pagoh Muar kira-kira jam 10 pagi. Setelah Cik Anipah & anak saudaranya sampai dari Batu Pahat, kami berlima ke bandar Muar dahulu untuk sarapan satay, satu tradisi di Muar.

Cik Anipah, janganlah malu-malu nak makan satay tu...

Selepas kenyang membaham berpuluh-puluh cucuk satay, kami terus bergerak ke destinasi. Cuaca sebelum itu hujan renyai-renyai namun berhenti ketika kami sampai di bumi Melaka. Kira-kira jam 12 tengahari, kami singgah dahulu di Mini Malaysia untuk melihat pameran lebah. Selepas itu membeli sedikit cenderahati di situ.

Tiba di Zoo Melaka..

Sedapnya makan..

Cuti-cuti Malaysia...

Kira-kira jam 2 petang, kami terus ke Zoo Melaka. Orang terlalu ramai datang ketika itu termasuk dari negara jiran menyebabkan kami meletakkan kereta agak jauh jaraknya. Masuk sahaja kedalam Zoo, penulis & Kaff terus menjalankan aktiviti mengambil gambar sambil yang lain menghayati binatang-binatang disitu.

Apa pandang-pandang?

Tengok apa tu?

Selain mengambil gambar, kami dihiburkan dengan persembahan gajah-gajah disitu. Aktiviti ini nyata dapat merehatkan minda kami semua yang penat bekerja. Zoo melaka mempunyai lebih daripada 1,500 binatang dari lebih 200 spesis. Ia mula dibuka oleh kerajaan tempatan pada 1963 dan diambil alih oleh PERHILITAN sejak 1979.

Comel gajah ni duduk bersimpuh!

Setelah penat berjalan, kami keluar & membeli sedikit lagi cenderahati di Zoo tersebut. Kira-kira jam 5 petang, kami bergerak pulang ke Pagoh. Sebelum sampai kami sempat singgah di pekan Pagoh untuk minum. Sebelum maghrib Cik Anipah pulang ke Batu Pahat & penulis serta kaff bergerak pulang ke Johor Bahru. Kami selamat tiba jam 8.30 malam.

KLIK DISINI untuk gambar-gambar yang lain.
KLIK DISINI untuk artikel yang sama.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Ahad, 28 Disember 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

Selepas asar tadi, penganut umat Islam mula membaca doa akhir tahun sehingga maghrib. Selepas maghrib pula kita akan membacakan doa awal tahun dan memohon agar tahun hadapan akan lebih dirahmati & lebih bertaqwa kepada-Nya.

3 azam penulis yang ingin dicapai pada tahun hadapan adalah;

- Bekerja lebih keras untuk menaikkan nama diri & organisasi.
- Menuntut / Mempraktikkan lebih banyak ilmu fotografi, design & internet.
- Menjadi 'founder' kepada sesuatu perkara.

Selain itu, penulis juga berharap agar semua ahli keluarga & rakan-rakan diredhai oleh Allah. Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberikan satu sinar baru kepada diri sendiri & seluruh umat Islam. Amin...

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Sabtu, 27 Disember 2008

Sehari Di Olak Sepam

Artakus cuba untuk membaca blog menggunakan broadband

Malam semalam (Jumaat), penulis & Kaff telah ke Kg. Olak Sepam, Pagoh Muar iaitu kampung halaman Artakus. Setelah pulang dari kerja petang jumaat itu, kami bersiap-siap dan bergerak dari Johor Bahru kira-kira 9 malam. Tiba di sana tepat jam 10.30 malam dan kami terus dihidangkan dengan makanan yang lazat. Sebelum tidur, kami bertiga bersembang-sembang, bergelak ketawa sambil membuat shooting tidak rasmi.

Orang pergi memancing dipagi hari...

Bot-bot En. Hamid, bapa Artakus

Artakus mengambil peluang mandi sungai...

Rancangan kami adalah untuk ke Zoo Melaka pada pagi Sabtu bersama Cik Anipah. Sementara menunggu Cik Anipah sampai dari Batu Pahat, kami sempat lagi membuat shooting di jeti Sungai Muar berhadapan rumah Artakus. Sambil melihat ramai pemancing yang mengemudi bot masing-masing, penulis & kaff sempat merakamkan beberapa panorama disitu. Sangat cantik & menarik.

Artakus hanya melihat...

Kaff sedang beraksi...

Kaff melihat hasil-hasil kerjanya...

*p/s- Posting akan datang! Gambar outing di Zoo Melaka

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Khamis, 25 Disember 2008

Amalan Membaca

Entah kenapa ketika zaman persekolahan dulu, penulis tidak berapa suka membaca. Membaca ini dalam erti kata lain membaca buku-buku sekolah atau bahan-bahan bacaan bercetak. Membaca bukan satu kegemaran ketika itu (sebab lebih menggemari grafik atau gambar). Jika tiba musim peperiksaan, barulah penulis akan membaca dengan teliti setiap subjek yang berkenaan.

Namun sekarang, membaca adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh penulis setiap hari. Bahan bacaan tidak kira bahan bercetak atau elektronik (sudah semestinya BLOG). Sejak dikolej, penulis sudah mula membeli buku-buku yang berkualiti untuk dibaca seperti IT & fotografi. Majalah fotografi memang dilanggan setiap tahun iaitu Digital Camera Magazine & National Geographic.

Selain itu, penulis juga membaca buku-buku ilmiah yang lain seperti bisnes, motivasi & keluarga. Secara tidak sedar, bahan-bahan bacaan itu telah membawa penulis ke satu tahap yang tidak diduga. Pencapaian demi pencapaian dicapai hasil dari bacaan tersebut ditambah dengan hasil bacaan dari sumber elektronik seperti blog & lain-lain. Ia merupakan satu fenomena bagi penulis.

Kini penulis sudah membuat list buku-buku yang akan dibeli untuk dibaca kelak. Ia seolah-olah satu pemburuan untuk menimba lebih banyak ilmu. Selain buku, blog juga memainkan satu peranan yang penting dalam memberikan pengetahuan. Oleh itu penulis berharap agar trend blog ini akan berterusan dan makin ramai akan berkongsikan maklumat berkualiti dengan membaca blog. Teruskan amalan membaca!

Antara koleksi buku-buku dirumah

*p/s- Insya Allah penulis akan berkongsi bahan bacaan dari buku-buku terpilih kelak. Semalam penulis sudah meminjam buku jutawan internet Irfan Khairi daripada kaff.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Isnin, 22 Disember 2008

Medal Memori Maya 2008

Assalamualaikum semua, masa untuk meraikan mereka yang melawati blog 'mencipta memori' akhirnya tiba jua. Pemenang pada tahun ini adalah seperti senarai dibawah (mengikut ranking top 10);

PELAWAT TERBAIK 2008
1) Kaff
2)
HANA bUdaK cEkElAt
3) Artakus
4) Inda
5) Fiza
6) AyAres
7) Cheekongsejuk
8) Mama_yang_cool
9)
J u l i a 。.゜✿
10) Uncle Bourne

* pengiraan : cbox-1 markah, komen-2 markah, follower-tambahan 3 markah

PROMOTER TERBAIK 2008
1) thekaff.blogspot.com
2) artakus5143.blogspot.com
3) www.lyncreativo.com/blog
4) syafiqazuan.blogspot.com
5) z-diaryku.blogspot.com
6) cheekongsejuk.blogspot.com
7) ayares151.blogspot.com
8) blog.saifulnang.net
9) unclebourne.blogspot.com
10) citoe2009.fotopages.com

*pengiraan : gabungan markah dari statistik motigo.com & statcounter.com

Kepada pemenang (No.1 sahaja) sila berikan email anda ke harrisfadzilah@gmail.com untuk menerima hadiah 'script medal' sebelum 31 Disember 2008. Kepada yang tidak berjaya tersenarai, jangan berputus asa dan cuba lagi tahun hadapan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kerana melawat & membaca blog 'mencipta memori' sepanjang tahun ini. Semoga kita semua teruskan membaca serta berkongsi informasi dalam dunia blog.

"TAHNIAH KEPADA PEMENANG! & SELAMAT BERBLOGGING"

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Jumaat, 19 Disember 2008

Susah Ke Parking?



Apabila penulis terlihat video ini di Youtube, terasa ingin menulis sesuatu tentang parking kereta. Banyak pengalaman tentang perkara ini yang ingin penulis kongsikan. Jika betul kereta itu dipandu oleh seorang perempuan, memang penulis tidak merasa hairan walau sedikitpun (jangan marah yea jika ada pembaca perempuan).

Semasa penulis berulang-alik ke HSA tempohari, ada seorang Amoy memandu Myvi agak bengang kerana keretanya tersepit sedangkan dia mahu bergerak keluar. Tindakannya yang meng'hon' keretanya berulang-ulang kali agak menggelikan hati kerana tiada seorang pun disitu kecuali penulis. Jadi penulis mengambil keputusan untuk membantu dia keluar dari parkingnya.

Melihat pada ruang, memang keretanya boleh keluar dari situ. Sambil melihat depan, belakang, kiri & kanan, penulis memberikan arahan untuk memusingkan stereng keretanya. Namun setelah beberapa minit mencuba, tetap gagal. Amoy itu tidak dapat membuat arahan yang diberikan sedangkan penulis ada disitu untuk memberi arahan. Keretanya ke depan & ke belakang pada tempat yang sama.

Dalam hati, penulis merasa sangat lucu. Walaupun dengan bantuan, seorang perempuan tetap gagal mengagak dalam parkingnya. Inikan lagi jika dia bersendirian, memang jadi seperti video diatas. Sekejap ke depan sekejap ke belakang, selepas itu stereng dipusing pada angle yang sama. Berbalik pada Amoy tadi, setelah 15 minit mencuba akhirnya ada pemandu kereta dibelakangnya datang untuk keluar.

Disini ada satu tips untuk semua. Cuba lihat contoh situasi dibawah, bayangkan kotak biru kereta anda & kotak merah kereta orang lain. Jika diperhatikan seperti agak sukar untuk keluar.


Jika kita terus keluar dari kedudukan asal, muncung & belakang kanan kereta kita mungkin akan mengenai kereta lain.


Apa yang boleh kita lakukan, keluarkan kereta anda sedikit & rapatkan dengan kereta sebelah kiri anda (seperti gambarajah dibawah). Pusingkan stereng kereta anda sehingga habis atau hampir-hampir habis ke kiri.


Keluar perlahan-lahan sambil lihat muncung kanan kereta anda. Jangan risau kereta anda akan mengenai kereta sebelah kiri kerana jika mengambil kira sudut fizik, tayar depan anda akan membawa belakang kereta anda sahaja untuk bergerak ke kanan.


Tips ini boleh juga digunakan untuk parking kereta dari belakang. Konsep yang sama cuma dari luar hendak masuk ke dalam. Anda perlulah bijak mengagak kerana skill ini tetap bergantung pada ketajaman pengiraan anda (selain saiz kereta anda).

Penulis pernah melihat satu segmen di TV, menurut seorang Dr. yang membuat satu kajian, kebanyakkan perempuan memang lemah dari segi pengiraan & mengagak contohnya seperti parking kereta berbanding lelaki. Fakta-fakta yang lain penulis tidak berapa ingat kerana ia sudah agak lama ditonton. Bagaimana pula dengan anda? Ada pengalaman tentang parking?

*p/s - Teringat peristiwa selasa lepas apabila En. Farhat menjerit sekuat-kuatnya dalam kereta bila penulis membuat skill diatas untuk parking. En. Artakus pun ikut gak menjerit sebab dengar orang menjerit. Hehe...

Rabu, 17 Disember 2008

Panas Hati Betul!

Malas nak cerita panjang sebab tengah sakit hati sangat! Gambar kat bawah ni menunjukkan akibat apabila tak dengar cakap bapak. Yang susah, bapaknya jugak! Satu kerja apa tak dapat buat malam ni. Nak kejar duedate customer akhirnya berkejar ke Hospital!


Selasa, 16 Disember 2008

Kursus Pembinaan Blog Di ITP

Dua hari lepas, penulis telah diamanahkan menjadi pengajar kursus pembinaan blog untuk staf-staf KPYPJ di Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Ini adalah percubaan pertama penulis untuk mengajar tentang blogger kepada orang lain. Dengan modul yang dibuat 99% sendiri, akhirnya dapat juga menyampaikan apa yang perlu kepada semua peserta. Peserta-peserta juga agak teruja apabila sudah mempunyai blog sendiri.

Harapan penulis & penganjur agar modul ini dapat dipraktikkan bukan sahaja untuk individu malah untuk kegunaan di kolej atau organisasi. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama En. Farhat sebagai penganjur, Pn. Asnidar sebagai Pengarah ITPYPJ, En. Halim sebagai Fasilitator & semua peserta. Segala salah silap, terkasar bahasa, harap dimaafi. Semoga akan berjumpa pada sesi yang lain.





Berikut merupakan senarai peserta bersama blog masing-masing;

1. Hamidah Ahmad : http://putericempakasari.blogspot.com/
2. Norliyana Ibrahim : http://ibuglam.blogspot.com/
3. Siti Aisah Baharom : http://jangansinggah.blogspot.com/
4. Khairul Bariyyah : http://wanitasuci.blogspot.com/
5. Ruzaimah Hassim : http://cayokcayok.blogspot.com/
6. Zaini Mohamed Sapikon : http://provas-zainims.blogspot.com/
7. Mohd Noralim Idris : http://skplc.blogspot.com/
8. Nuraini Abdullah : http://cikenur.blogspot.com/
9. Nor Azlin Ramlee : http://mathscanggih.blogspot.com/
10. Nik Hasfaliza Nik Md Hassan : http://puteriku-pewaris.blogspot.com/
11. Hartini Saad : http://yanihartisya.blogspot.com/
12. Haslinda Hashim : http://haslindahashimblog.blogspot.com/
13. Mohd Saufian Abdullah : http://tanahair-jingat.blogspot.com/
14. M. Nor Rashid Muizz Salim : http://chopperbikemalaysia.blogspot.com/
14. Azeman Selamat : http://azeman-dmr.blogspot.com/
15. Norhisham Mustaffa : http://kuddin.blogspot.com/
16. Wan Fauzi Yusni Ahmad : http://dmr-itpypj.blogspot.com/
17. Nazrul Ismail : http://berbualkumbing.blogspot.com/
18. Anwar Jalaluddin : http://jamahiriah.blogspot.com/
19. Azrul Hazri : http://sembangempak.blogspot.com/
20. Hanapi Ahmad Awat : http://akunapi.blogspot.com/
21. Asnidar Ahmad : http://asnidarahmad.blogspot.com/
22. Muhamad Israf Ismail : http://israfrin.blogspot.com/
23. Noryanti Hussin : http://cerminmimpi-cerminmimpi.blogspot.com/

*p/s- nanti kita lihat blog siapa yang akan popular!

Isnin, 15 Disember 2008

Anugerah Medal Memori Maya (Akan Datang)

Sebagai menghargai semua pengunjung blog "mencipta memori" yang tidak seberapa ini. Penulis dengar besar hatinya mengadakan satu anugerah yang di panggil MEDAL MEMORI MAYA bermula tahun ini. Anugerah ini mengandungi 2 kategori iaitu PELAWAT TERBAIK dan PROMOTER TERBAIK.

Medal PELAWAT TERBAIK dianugerah kepada mereka yang selalu melawat blog "mencipta memori" ini berdasarkan komen pada posting & juga cbox.

Manakala Medal PROMOTER TERBAIK pula dianugerahkan kepada website @blog @ page yang mempunyai link URL ke blog "mencipta memori" dimana ia paling banyak menarik & memberi akses pengunjung lain ke blog "mencipta memori".

Pemenang akan diberikan SCRIPT untuk mereka paparkan medal mereka di webpage @ blog @ seumpanya milik mereka. Keputusan untuk kedua-dua anugerah ini akan diumumkan pada 22/12/08 ini. Tunggu....

Semoga kita semua akan terus ber'blogging' untuk perkongsian ilmu, maklumat dan lain-lain.

*p/s- pengiraan & statistik diperolehi dari statcounter.com & motigo.com

Rabu, 10 Disember 2008

7 Perhentian, Masihkah Anda Ingat?

Setiap kali tiba 10 Disember, penulis mesti akan teringatkan sesuatu. Satu cerita yang tidak boleh dilupakan sehingga kini. Jika dulu pernah pengunjung fotopages penulis bertanya. " Apakah cerita itu? ---> KLIK DISINI untuk imbas kembali.

Hari ini 2 tahun yang lepas adalah satu sejarah hitam bagi 34 orang (lebih kurang) pelawat dari KPYPJ yang melawat Pulau Pinang. Lawatan itu disertai oleh staf-staf KPYPJ yang menyertai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) melawat Pulamed JPA3 di Butterworth. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami semua yang menaiki bas singgah di Cameron Highland. Kami tiba disana menjelang magrib. Sampai disana sahaja bateri HP & kamera penulis 'kong'. Sejak itu misteri bermula...

Perhentian 1 (7-8 mlm) : Kami singgah ke satu kawasan tetapi peniaga disitu kelihatan bergegas-gegas menutup kedai mereka (macam ada sesuatu). Mungkin kerana hari sudah magrib & pelanggan sudah berkurangan. Ada rakan yang duduk disatu warung namun peniaganya seperti menghalau-halau pelanggannya.

(8-10 mlm) : Penulis & rakan-rakan yang kelaparan pergi ke sebuah gerai makanan. Disitu terdapat beberapa gerai makanan & rakan-rakan yang lain ada sama makan digerai-gerai yang lain. Anehnya penulis & rakan-rakan yang berjam-jam menunggu tidak dapat menikmati makanan kami sedangkan tempahan sudah diambil. Rakan-rakan yang makan digerai yang lain sudah menjilat jari masing-masing. Akhirnya kami bangun hampa kerana panggilan kami tidak dilayan. Setelah keluar dari situ, penulis bertanya kepada rakan, "Wujud ke kedai yang kita semua pergi tadi?".

(10-11 mlm) : Bas mula bergerak turun dari Tanah Tinggi walaupun agak kurang bijak menuruni cerun yang berliku pada malam hari. Ada antara kami tadi membeli burger untuk makan didalam bas. Apabila bas bergerak, ada juga rakan yang mabuk & muntah.

Gambar terakhir dalam simpanan penulis sebelum bateri habis...

Perhentian 2 (11 mlm) : Waktu ini penulis tidak tidur dan memandang cermin hadapan. Kebanyakkan rakan semua sudah tidur. Apabila tiba disatu selekoh menuruni bukit, BAAMM!!! Penulis dapat perhatikan yang bas sudah menyereng ke kanan & jatuh ke kiri semula. Penulis terpelanting dari kerusi & beg-beg yang disimpan diatas bertubi-tubi menimpa penulis. Jeritan kedengaran disana-sini. Rupanya tayar kiri belakang bas telah melanggar tembok jalan. Kebetulan penulis duduk sama paras dengan tayar tersebut. Kami semua trauma kerana nyaris bas kami hendak ke gaung.

Setelah bas diberhentikan untuk melihat keadaan tayar, ada rakan yang turun muntah-muntah, ada yang hendak membuang air dan ada juga yang mamai mengatakan yang kami dah sampai. Kami berhenti didalam kawasan hutan yang gelap gelita & tiada kenderaan lalu-lalang. Entah bagaimana penulis tersuluh satu suratkabar yang direnyuk-renyuk betul-betul di hadapan pintu bas. Pada suratkabar itu terdapat DARAH! Banyak, pekat & segar. Ramai yang nampak ketika itu dan ada yang kecut perut. Kami bergegas naik bas dan meneruskan perjalanan...

(12 mlm) : Menurut pakar seperti Uncle Nordin & Mejar Taha yang melihat darah itu mengatakan yang itu darah manusia. Beberapa minit selepas kejadian itu, Fairuz yang tidur merasakan seperti ada BENDA HANYA BERKEPALA mengikut ditepi tingkap bas.

Perhentian 3 (1 pagi) : Berhenti sebentar di tol Tapah untuk berehat sebentar & ada yang membuang air. Masing-masing masih menceritakan peristiwa tadi. Baby En. Asmadi pula tiba-tiba menangis kuat manakala puan Mardziah ada bermimpi yang bukan-bukan. Perjalanan disambung semula...

Perhentian 4 (1.30 pagi) : Berhenti di kawasan R & R Tapah. Semasa berjalan ke tempat makan, Uncle Nordin menunjukkan sesuatu kepada penulis. Apa yang ditunjukkan adalah sebuah van jenazah. Walaupun maksud Uncle Nordin hanyalah untuk menunjukkan van jenazah tersebut, namun malangnya penulis nampak satu BENDA BERPAKAIAN PUTIH dalam van mayat tu. Hanya dengan sekali pandang, penulis terus mengalihkan pandangan & berdiam diri. Dalam hati berkata jangan berfikir apa-apa & kuatkan semangat. Setelah kami semua makan, perjalanan diteruskan...

Jika bas ini sudah jatuh ke dalam gaung, cerita ini mungkin tidak dapat dicoretkan...

Perhentian 5 (2 pagi) : Bas tiba-tiba berbunyi kuat & pelik dibahagian belakang. Kami berhenti lagi di tengah highway yang gelap. Bas diperiksa lagi tetapi tiada masalah yang dapat dikesan. Perjalanan disambung...

Perhentian 6 (3 pagi) : Berhenti rehat di kawasan rehat Serdang, KL. Boy yang duduk dikerusi paling belakang mengatakan ada BENDA menolak-nolak kerusinya (sedangkan belakang dia tiada kerusi lagi). Perjalanan diteruskan...

Perhentian 7 (5-6 pagi) : Berhenti di R & R Pagoh, Muar. Selipar Aju putus seperti digunting. BENDA itu seolah-olah mengikut kami sejak dari peristiwa turun dari tanah tinggi tadi. Ini adalah perhentian terakhir kami & segala misteri habis disitu setelah subuh tiba.

Kami selamat tiba di Johor Bahru lebih kurang jam 11 pagi dimana kami bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang jam 11 pagi juga. Ia merupakan satu perjalanan sehari suntuk yang penuh misteri. Sehingga kini penulis percaya nama-nama yang disebut diatas masih menyimpan cerita masing-masing. Dan mungkin masih ada diantara kami yang merahsiakan ceritanya? Siapa tahu.

Misteri kenapa bas terlanggar tembok? Kenapa ada darah disitu? Kenapa ada BENDA mengikut kami? Masih belum dapat diketahui. Sedangkan apabila penulis pulang kerumah, hati masih berdebar-debar seolah-olah ada mata yang memandang. Itu semua hanya Tuhan yang tahu. Masa, tempat & kejadian diatas tidaklah terlalu tepat. Ia hanyalah sekadar anggaran sejauh mana penulis dapat ingat & cerita yang penulis dengar dari orang lain.

Setiap orang menyimpan cerita masing-masing. Syukur kita semua masih dapat hidup...

*p/s- Kepada mereka yang terlibat dalam kejadian ini, dialu-alukan bercerita pengalaman masing-masing diruangan komen. Jangan biarkan hidup anda diselubungi, MISTERI....

Jumaat, 5 Disember 2008

Nailah Keluar Wad...

Setelah 9 hari berada di wad kanak-kanak, akhirnya Nailah dapat pulang kerumah. Petang tadi selepas waktu kerja, penulis pulang kerumah mengambil kereta untuk terus ke hospital. Sampai disana, barang semua telah dikumpulkan untuk dibawa pulang. Seperti seorang ahli gym, penulis mengangkat kerusi malas disebelah tangan serta sebelah lagi mengangkat 1 beg dengan kipas angin. Penulis menapak sambil termengah-mengah kerana parking yang jauh gara-gara warga Johor yang bekerja di Singapura "sangat bijak" meletakkan kenderaan mereka di parking hospital. Mungkin mereka semua tidak terlintas yang mereka atau keluarga mereka akan sakit & berada di hospital tersebut.

Namun itu semua tidak penting lagi. Apa yang penting sekarang Nailah & isteri dapat melihat dunia luar kembali. Setelah beberapa jam menunggu surat dari doktor, akhirnya penulis membayar bil dan keluar dari kawasan hospital. Malam ini penulis tidak akan mengulang lagi kesana seperti 8 malam yang sebelumnya. Penat? Memanglah penat tetapi itu semua dugaan yang harus dihadapi. Berkat doa saudara-mara & rakan-rakan, Nailah agak sihat & ceria. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah menziarahi atau memberi sumbangan. Pemberian itu biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.

Selepas makan di Bomba, kami semua pulang kerumah untuk menguruskan beberapa lagi perkara. Esok pagi kami merancang untuk pulang ke Endau untuk beraya Aidil Adha disana. Dapatlah Nailah bertemu kembali dengan kakaknya Na'wa. Dan penulis? Penulis merancang untuk tidur selama cuti ini selain membuat perancangan 2009 untuk NahamPhoto. Hidup mesti diteruskan walaupun badan serta kepala dah terlalu penat. Untuk Nailah, ayah akan terus memberi dorongan untuk Adik. Perjalanan Adik masih jauh dan banyak lagi yang Adik perlu lalui. Seperti yang pernah penulis katakan tempohari, "Ini bukan penghujungnya, ianya baru sahaja bermula"...

Nailah gembira apabila sampai dirumah...

*p/s - maaf, akhir-akhir ini gambar diambil hanya menggunakan kamera HP. Tak sempat nak guna SLR.

Rabu, 3 Disember 2008

Isnin, 1 Disember 2008

Ziarah...

Ketika ini mungkin ramai yang sedang bersuka ria, bersenang-lenang & bahagia. Tapi ramai yang lupa bila-bila sahaja mereka akan mendapat kesusahan. Apabila kita sakit, kita akan diziarahi oleh saudara-mara & rakan-rakan. Masa sakit kita itu, selalunya kita memerlukan semangat dari ramai orang. Budaya ziarah ini dalam Islam terutamanya, sangatlah digalakkan tidak kira sakit, kematian atau perayaan.

Selama ini, penulis tidak pernah melepaskan peluang melawat saudara-mara serta rakan-rakan yang mengalami kepayahan. Jika tiada aral melintang, memang penulis akan menziarahinya. Kemalangan, pembedahan, bersalin, apa sahaja jenis kepayahan, semuanya memerlukan orang terdekat supaya memberikan dorongan semangat untuk terus hidup. Paling tidak pun ia dapat mengurangkan sakit yang ditanggung.

Selalunya bukan wang atau harta benda yang dipinta. Bukan juga memohon orang lain membuat 'collection' untuk menderma kepada kita. Cukuplah sekadar kita menjenguk & berjumpa mereka yang mengalami kepayahan ini sebagai tanda kita mengingatinya. Jadilah seperti pepatah yang mengatakan, 'senang sama senang, susah sama susah'. Itulah tanda perhubungan yang cantik & berkekalan.

Oleh itu pembaca-pembaca sekalian, ingatlah kita tak tahu masa bila kita akan mengalami kesukaran. Apabila kita dalam senang, ingatlah kepada mereka yang susah. Ziarahlah mereka yang dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu maha adil.

*p/s- terima kasih yang tak terhingga kepada kafi, nazri, adik & atie yang datang melawat Nailah.

Sabtu, 29 November 2008

Nailah Selamat Dibedah....

Sekarang jam 12.35 pagi Sabtu, penulis baru pulang dari HSA bertukar shift dengan isteri. Nailah akhirnya selamat dibedah. Walaupun mukanya kelihatan begitu berbeza terutama bahagian hidung, namun penulis tetap bersyukur. Badan terasa sangat penat hari ini jadi penulis hanya akan menulis singkatan perkara-perkara yang utama berlaku sepanjang hari jumaat.

4.30 pg : terjaga dari tidur, tak dapat tidur seperti resah dalam hati.
7.00 pg : ke HSA, Nailah sudah dipasang tiub.
10.40 pg : Nailah masuk ke dalam bilik bedah.
11.10 pg : pulang kerumah mengambil barang.
12.00 tgh : balik semula ke HSA.
12.30 tgh : emak, sara & anak-anak buah datang melawat.
2.00 ptg : emak, sara, na'wa & anak-anak buah pulang ke Endau.
2.15 ptg : Nailah keluar dari bilik bedah.
4.00 ptg : Nailah mula sedar sepenuhnya.
5.30 ptg : Kak Ngah & Abg Din datang melawat.
6.00 ptg : Kafi & Nazri datang melawat.
7.00 ptg : Nailah boleh minum air.
8.00 mlm : isteri tidur, penulis jaga Nailah.
11.30 mlm : ke bank bayar sewa rumah
12.00 mlm : pulang ke rumah, basuh baju, pinggan & kemas rumah
12.35 pg : menulis posting ini...

Selepas ini? : tak larat rasanya nak sidai baju & kemas barang untuk keesokkan harinya.


Nailah selepas pembedahan. Semoga dia cepat sembuh. Amin....

*p/s- it's not the end, it's just a beginning....

Khamis, 27 November 2008

Nailah Akan Dibedah...

Ya! Sekarang jam 11 malam! Hari ini seharian penulis berulang-alik ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Sebenarnya pada hari ini adalah appointment biasa oleh pakar plastic sugery untuk Nailah. Penulis yang ke pejabat dahulu mengisi borang keluar pejabat untuk ke HSA, bergerak bersama-sama isteri & Na'wa. Selepas sarapan, kami berjumpa doktor untuk pemeriksaan. MEMERANJATKAN, doktor memberitahu yang esok (jumaat) terdapat kekosongan untuk surgery & Nailah sudah boleh dibedah. Walaupun sama seperti kaff, memikirkan esok bermulanya MAREX di Plaza Angsana, penulis akhirnya bersetuju dengan cadangan doktor itu.

Kami pulang kerumah untuk mengemas barang-barang kerana hari ini juga Nailah perlu dimasukkan ke wad. Setelah memberitahu emak untuk datang ke J.B. menjaga Na'wa, kami ke HSA semula jam 1 petang untuk mendaftarkan Nailah ke wad. Selesai urusan pendaftaran, Nailah perlu memakai satu alat yang diikat di tangan untuk membiasakannya. Alat itu tujuannya menghalang tangannya menyentuh bahagian mulut. Pukul 3 petang penulis pulang semula kerumah kerana Na'wa sudah kepenatan & menunggu ketibaan emak. Jam 5 petang emak tiba dengan Sara(adik), suaminya serta anak-anak buah yang lain.

Jam 5.30 petang penulis ke HSA semula untuk melihat Nailah & Isteri. Doktor mengatakan yang Nailah perlu berpuasa mulai jam 6 pagi esok. Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan Nailah berpuasa & selepas dibedah nanti. Di wad tersebut penulis dapat bertemu dengan beberapa kanak-kanak yang senasib dengan Nailah. Ada yang membuat pembedahan kedua untuk membetulkan gusi malah ada juga yang lebih teruk tahap sumbingnya daripada Nailah. Disitu penulis sedar betapa beruntungnya Nailah serta kami semua kerana ada kanak-kanak lain yang lebih teruk penyakitnya. Tangisan disana-sini, ada yang usus tidak berfungsi, ada yang sawan, ada yang belah kepala dan bermacam-macam lagi.

Jam 7 petang penulis kembali ke rumah untuk mandi, sembahyang & makan. Nasib baik emak ada membawa ikan dari Endau serta memasak untuk kami semua. Jam 8 penulis keluar membeli kerusi malas untuk isteri memandangkan tiada tempat tidur disediakan. Penulis tidak sanggup melihat isteri tidur diatas kerusi sahaja kerana sakit pinggangnya pun belum sembuh sepenuhnya. Penulis ke HSA kembali untuk membantu apa yang patut. Kesian juga apabila melihat Nailah tidak lena tidur kerana keadaan yang bising & tidak selesa. Jam 10 lebih penulis pulang semula kerumah meninggalkan Nailah & isteri. Kisah kehidupan ini akan disambung esok...


Rintihan Nailah setelah tangan diikat.

Doakan Nailah selamat dibedah....Amin....

Rabu, 26 November 2008

Sudah Tersenarai...

Blog Mencipta Memori ini akhirnya berjaya tersenarai dalam blogmalaysia.com. Blog-blog anda bila lagi? Klik disini untuk mendaftarkan blog anda.

Rabu, 19 November 2008

Musim Silih Berganti...

MUSIM (KEMBARA)

Terbenam mentari diufuk barat

Merah jingga warna suasana
Menjelma sang bulan & bintang-bintang
Siang berganti malam

Begitulah tiap masa, berganti laksana musim
Dari dingin jadi panas, dari hujan menjadi kemarau
Dari susah jadi senang, begitulah juga sebaliknya
Tiada satupun yang dapat bertahan
Dari putaran masa yang terus berubah

Betapa indanya dunia ini
Manusia hidup gembira
Tapi benarkah teman semua itu
Atau ia cuma musim

Tiadalah ia kekal dan akan terus berganti
Dari masa ke semasa berbagai cabaran yang datang
Ada tawa ada tangis, begitulah lumrah kehidupan
Bagai warna pelangi dikala gerimis
Begitulah juga musim yang terus berubah

Lagu : M. Nasir
Lirik : Eunos Asah & M. Nasir

Mengimbas kembali entry 'Hidup & Musim' kaff baru-baru ini, penulis tergerak hati untuk berkongi lagi lirik lagu kumpulan Kembara iaitu 'Musim'. Sesungguhnya hidup kita ini umpama MUSIM. Ada masanya kita diatas, ada masa kita dibawah. Ada masa kita kaya, ada masa kita miskin, ada masa kita sederhana. Ada masa kita digilai, ada masa kita dikutuk. Ada masa kita senang, ada masa kita susah.

Roda-roda kehidupan akan terus berputar. Jika dulu mungkin kita antara yang disimpan, sekarang kita dibuang & dikutuk dibelakang. Jika kita membuat sesuatu yang baik sekalipun, orang lain akan melihat keburukan kita. Mereka lupa, mereka tidak akan 'kekal' dalam musim yang mereka diami. Berjumpa lagi dalam lirik yang akan datang.

Isnin, 17 November 2008

Kebun Bunga Outdoor Session

Pagi tadi penulis ditugaskan mengajar student Sijil Multimedia Animasi (Visual) di Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Tugasan ini adalah untuk melengkapkan task pelajar ini dimana mereka perlu mengambil 2 keping gambar iaitu permandangan & close-up. Penulis membawa mereka ke Kebun Bunga Istana, Johor Bahru untuk membantu melaksanakan task mereka. Setelah memberi sedikit keterangan & panduan mengambil gambar, mereka berpecah untuk shoot apa sahaja yang mereka inginkan berdasarkan kreativiti masing-masing.


Diatas merupakan antara gambar yang mereka ambil. Not bad for the beginner.

Sesi bermula pada 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari setelah awan mendung mula datang. Sebelum pulang mereka sempat lagi berposing. Walaupun penulis baru mengenali mereka, namun mereka semua begitu mesra. Malam ini penulis perlu memilih gambar-gambar terbaik mereka pula.

Good luck Hidayah, Juliana, Nasrul, Soraya, Syahirah, Zuhailah, Aizat, Alim & Fatihah.

Ahad, 16 November 2008

Episode 5 : Kucing-Kucing Ku...

Sudah lama penulis tidak menulis posting berlabel 'Episode'. Kali ini episod perjalanan hidup penulis akan berkisar mengenai kucing-kucing yang pernah penulis bela. Sememangnya penulis memang sangat menggemari kucing & suka bermain-main dengannya. Sepanjang hidup penulis memang tidak lari dari kucing.

Diatas adalah antara kucing terawal yang penulis sayangi. Namanya 'Tommy' dan mempunyai badan berbaka besar. Penulis kurang pasti dari mana Tommy diambil tapi dia adalah kucing pertama setelah berpindah ke Lorong 1, Endau. Tommy merupakan seekor kucing yang sangat aktif bermain. Gambar itu diambil tahun 1990 ketika darjah 4.

Ini pula namanya 'Abang'. Salah satu kucing yang bijak pernah dibela. Jika dia dahaga, dia akan menjerit-jerit dipintu bilik air. Begitu juga bila hendak keluar atau masuk rumah, dia akan menjerit-jerit sambil memandang pintu. Kalau meminum air yang kurang dalam gelas, dia akan mencelup dengan kakinya dan menjilat sehingga habis. Apa yang lucu, dia kidal, semua menggunakan kaki kiri.

Abang dikira kucing bertuah kerana orang tua-tua berkata, kucing jantan yang mempunyai 3 warna bulu adalah bertuah. Jika anda perhatikan sukar melihat kucing jantan yang mempunyai 3 warna. Abang mempunyai warna bulu putih, hitam & perang. Matanya pula seperti guli berwarna hijau. Gambar diatas adalah tahun 1996 sambing duduk diatas jalan Lorong 1 (yang kini telah tiada).

Kucing ini pula dinamakan 'Adik'. Adik merupakan salah satu kucing yang unik. Dengan bentuk badannya yang pendek, berekor pendek, dia juga mempunyai jari yang lebih disetiap kakinya. Ini bermakna dikaki depannya dia berjari 6 dan kaki belakang berjari 5. Kalau dia berjalan memang ketara jarinya kembang tidak sama seperti kucing yang lain.

Ini pula adalah 'Jampok'. Berwarna putih kelabu dan merupakan kucing yang aktif. Aktif disini bukan sahaja dalam bermain namun rumah penulis begitu selesa kerana ketiadaan tikus. Mereka ini memang menjaga rumah dari segala 'pendatang-pendatang asing'. Masih terbayang kecekapan Abang menangkap cicak hanya menggunakan kaki kirinya sahaja.

Kebanyakkan kucing-kucing yang dibela diatas, penulis tidak pernah melihat mayat mereka jika mereka mati. Ini adalah gambar Adik & Jampok sedang lena tidur dikerusi luar rumah. Walaupun mereka berdua bukan dari darah daging yang sama tapi mereka berdua berkawan baik.Orang tua-tua berkata, kucing yang rapat dengan tuannya, tidak mahu tuannya melihat mereka mati.

Sebenarnya banyak lagi kucing-kucing yang pernah penulis bela tetapi tiada gambarnya dalam simpanan. Antaranya Ren (singkatan dari oren), Kakak dan kucing yang terakhir adalah Maymay. Maymay adalah anak kepada Adik dan berwarna putih serta mempunyai tompok bulat berwarna oren ditengah-tengah badan (seperti bendera Jepun).

Selepas kehilangan Maymay, penulis seperti tawar hati untuk membela kucing. Mungkin kerana takut kehilangan benda yang kita sayang. Namun jika penulis berjumpa dengan mana-mana kucing, paling kurang pun penulis mesti akan memanggilnya, menggosok kepala & mengusapnya.

Kadangkala orang lain pelik melihat penulis bermain dengan kucing. Kucing tersebut mencakar-cakar & menggigit tangan penulis. "Tak sakit ke?", tanya mereka. "Tak, dah lali kena gigit dari kecil", jawab penulis. Orang yang baik dengan kucing atau sebaliknya kadangkala dapat dilihat apabila kucing itu akan mendekali orang yang 'berbau' kucing.

*p/s - kaff & artakus sempat bermain dengan Maymay satu ketika dulu...

Jumaat, 14 November 2008

Lawak Dulu & Sekarang

Semalam penulis berchatting dengan kawan lama semasa di IKIP. Namanya Arif Rahimi Ali dan merupakan antara kawan yang paling rapat. Dulu si Arif boleh dikatakan sebagai 'bonzer' dengan saiz badannya yang besar. Dia merupakan rakan yang lucu serta gila-gila dalam berbicara. Berikut antara perbualan kami ;

Penulis : hari tu aku gi Kuantan, banyak betul yang berubah...x sama dengan 10 tahun dulu
Arif : apa yang berubah?
Penulis: mcm2...jalannya, bangunannya...
Arif : aku pun dah berubah, TAK SEBESAR DULU....
Penulis : ye ke? (ingatkan dia dah kurus...)
Arif : haah, AKU MAKIN BESAR SEKARANG....
Penulis : hahahahhahahahaha (pecah bilik rumah sebab ketawa terbahak-bahak!)

Khamis, 13 November 2008

Hidup Umpama Kupu-Kupu

KUPU-KUPU (KEMBARA)

Bayangkan kau seekor kupu-kupu
Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu

Dulunya kau buta tak tahu
Dalam kepompongmu, dalam kepompongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu, lihat sekelilingmu

Warna sayapmu mungkin gemerlap
Indah mata memandang bilaku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila ku dijadikan perhiasan dinding

Aku kecil & tak berkuasa
Ku tak berkuasa, ku tak berkuasa
Namun mataku tak dapat terlindung
Dari melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku disini hanyalah SEMENTARA WAKTU....

Lagu & Lirik oleh M. Nasir

Fuh! Semalam sampai 2 pagi baru dapat siapkan editing 1 pasangan pengantin, lega sedikit. Setelah melihat artakus mengeluarkan posting liriknya, penulis pula ingin kongsikan lirik pertama dari Kembara memandangkan sudah lama blog ini tidak diupdate. Penulis memberikan huraian tersendiri dari hati penuis sendiri mengenai lirik ini & lirik-lirik yang akan datang.

Rangkap 1 :
Mengejar tujuan hidup dengan menanggung pelbagai risiko

Rangkap 2 :
Belajar dari pengalaman bermula dengan langkah pertama

Rangkap 3 :
Ada masa kita akan bahagia, ada masa kita akan derita

Rangkap 4 :
Kadangkala kita tidak dapat buat apa-apa atas kejahatan orang lain

Rangkap 5 :
Berpegang p
ada ajaran sebab kita semua hanya sementara

Ahad, 9 November 2008

Antara Kuantan, Mario & Doraemon...

Minggu ini memang minggu yang agak memenatkan namun harus dilalui untuk meneruskan kehidupan. Jika Sabtu & Ahad lepas diisi dengan kerja fotografi perkahwinan di 2 negeri yang berlainan, minggu ini tidak kurang hebatnya apabila sekali lagi merentas sempadan 2 negeri iaitu dari Johor Bahru ke Kuantan.

Sampai ke Endau pada 9.00 malam sabtu, persiapan untuk keesokkan harinya terus dibuat. Pada rancangan awal penulis ingin ke Kuantan bersama isteri sahaja namun kerana tiada sesiapa yang sanggup menjaga kedua-dua anak maka kami 4 beranak bergerak dari Endau tepat jam 8.15 pagi.

Lebih kurang pukul 11 penulis sampai ke rumah penanggah di Bukit Setongkol. Perbincangan dibuat dan pengantin berkata mereka ingin bergerak dari Bukit Setongkol ke rumah pengantin di Sungai Lembing pada pukul 1.30 petang. Maka penulis keluar ke bandar Kuantan untuk mengisi masa tersebut.

Masjid Kuantan tenggelam dalam sinar petang

Lokasi pertama yang dituju adalah tempat yang sangat familiar bagi orang Kuantan iaitu Super Cowboy. Memang sejak dari awal penulis & isteri merancang untuk membeli keperluan rumah & kereta disitu. Di Cowboy, anda bayangkan APA SAHAJA dalam hati, barang itu mesti ada disitu dengan harga yang murah.

Antara barang yang dibeli adalah lampu recharge, whiteboard, mainan Na'wa serta barang-barang keperluan yang lain. Isteri bercadang membeli anak patung untuk diletakkan di dalam kereta. Penulis sangat berminat dengan watak permainan video kegemaran iaitu Mario Brothers, jadi 3 unit dibeli sekali gus.

Dari kiri Mario, mushroom & Luigi, duduk belakang kereta

Selepas selesai membeli belah di Cowboy, penulis bercadang untuk melihat bekas rumah-rumah sewa penulis ketika belajar di IKIP satu masa dahulu. Bermula dengan rumah di Bukit Sekilau, kemudian Galing, Semambu (serta bangunan bekas IKIP 6) dan di Kuantan Garden. Semua suasana rumah telah berubah.

Pada jam 1.30 penulis sampai semula ke Bukit Setongkol dan konvoi ke Sungai Lembing dengan lebih dari 10 kereta. Sampai disungai lembing, penulis menjalankan separuh tugas disana & separuh lagi dilaksanakan oleh isteri. Kami tamat bertugas lebih kurang jam 4 petang.

Melihatkan Adik yang tidak tidur sejak pagi tadi, isteri merancang untuk memandikan dia & Na'wa. Kami ke Masjid Besar Kuantan untuk sembahyang Asar dan membersihkan diri. Jalan-jalan Di Kuantan sudah banyak berubah begitu juga dengan bangunan-bangunan baru. Tidak sama dengan 10 tahun yang lalu.

Lebih kurang pukul 5 lebih, kami mengambil keputusan untuk ke tempat baru yang belum pernah kami pergi iaitu East Coast Mall. Berjalan-jalan disitu tidak kurang sama dengan shopping complex di Johor Bahru. Kami ke Carrefour untuk membeli sedikit makanan & minuman.

Disitu juga terdapat beberapa gerai yang menjual watak-watak kartun, mainan & sebagainya. Apa lagi ia sangat menarik perhatian Na'wa (serta ayahnya juga). Na'wa beriya-iya hendakkan Ultraman (walaupun dia perempuan). Selain Ultraman, penulis juga belikan satu keychain yang menarik.

Apabila koceknya ditekan, matanya berpusing seperti mesin jackpot & pelbagai bentuk mata akan keluar.

Melihatkan waktu sudah maghrib, kami bergerak keluar dari Kuantan dengan jalan yang agak sesak (tidak sama dengan 10 tahun lalu). Setelah puas 'mencilok', kami mengambil keputusan melalui jalan Tanjung Lumpur. Nasib baik penulis masih mahir dengan jalan-jalan disitu (dulu selalu cilok-cilok dengan motor).

Sampai di Pekan, minyak diisi dan melengkapkan koleksi kereta Bond Shell (siap lebih lagi). Isteri lapar manakala hujan pula turun dengan lebat. Melihatkan jam sudah 8.20 malam penulis hanya membungkus makanan kerana tidak mahu terlalu lewat (maklumlah bawak budak kecil).

Minyak ditekan dalam suasana gelap malam & hujan. Dengan perut yang lapar penulis memandu dengan laju tetapi berhati-hati disesuatu tempat yang diketahui banyak benda yang selalu melintas. Dengan tidak disangka kami selamat tiba di Endau pada jam 9.30 malam dan nasi bungkus terus disambar.

Malam tu sempat tengok Arsenal kalahkan United 2-1. Esoknya perlu pulang ke Johor Bahru pula. Itulah serba sedikit catatan perjalanan hidup minggu ini. Agak memenatkan tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuma minggu akan datang, mungkin perlu cuti dari blogging sebab banyak kerja editing menanti.