Khamis, 13 November 2008

Hidup Umpama Kupu-Kupu

KUPU-KUPU (KEMBARA)

Bayangkan kau seekor kupu-kupu
Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu

Dulunya kau buta tak tahu
Dalam kepompongmu, dalam kepompongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu, lihat sekelilingmu

Warna sayapmu mungkin gemerlap
Indah mata memandang bilaku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila ku dijadikan perhiasan dinding

Aku kecil & tak berkuasa
Ku tak berkuasa, ku tak berkuasa
Namun mataku tak dapat terlindung
Dari melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku disini hanyalah SEMENTARA WAKTU....

Lagu & Lirik oleh M. Nasir

Fuh! Semalam sampai 2 pagi baru dapat siapkan editing 1 pasangan pengantin, lega sedikit. Setelah melihat artakus mengeluarkan posting liriknya, penulis pula ingin kongsikan lirik pertama dari Kembara memandangkan sudah lama blog ini tidak diupdate. Penulis memberikan huraian tersendiri dari hati penuis sendiri mengenai lirik ini & lirik-lirik yang akan datang.

Rangkap 1 :
Mengejar tujuan hidup dengan menanggung pelbagai risiko

Rangkap 2 :
Belajar dari pengalaman bermula dengan langkah pertama

Rangkap 3 :
Ada masa kita akan bahagia, ada masa kita akan derita

Rangkap 4 :
Kadangkala kita tidak dapat buat apa-apa atas kejahatan orang lain

Rangkap 5 :
Berpegang p
ada ajaran sebab kita semua hanya sementara

3 ulasan:

HANA bUdaK cEkElAt berkata...

Kadangkala kita tidak dapat buat apa-apa atas kejahatan orang lain

yang ni mmg mencuit hati sket!! kadang-kadang org lain mencipta onar, sdg tgn kita tak tergapai nak mengubahnya, hanya mampu membenci dalam hati..sediyh ;(

;p ;p

Unknown berkata...

boleh tahan lirik lagu ni, penuh bermakna..

Nanie Harris berkata...

Hana: yaa..kita hanya dapat pendamkan saja dlm hati...

kaff: tu baru satu...lirik2 lain akan tiba kemudian...