Sabtu, 1 November 2008

Potret Lukisan Pensil...

Membaca posting jannah yang bertajuk LAT - Kampung Boy telah mengingatkan kembali kepada hobi penulis semasa sekolah dahulu iaitu melukis wajah-wajah menggunakan pensil. Malah sehingga sekarang penulis memang gemar melukis gambar-gambar berasaskan potret manusia tetapi dengan kaedah yang berbeza iaitu menggunakan kamera.

Sudah lama betul rasanya penulis tidak melukis di skecth book seperti dulu. Agaknya kemahiran melukis sudah hilang & pudar kerana kurang diasah. Teringat pula pada skecth book yang penulis simpan. Ternyata ia agak lama tidak diusik.

Kemana agaknya lukisan-lukisan portrait yang pernah di lukis dahulu? Ada sesetengahnya mungkin masih disimpan oleh penerima namun mungkin ada yang telah menjadi abu.

Buku sketchku...

Kali terakhir aku melukis...

Cuba teka siapa celebriti ni?

Potret isteriku di dinding rumah...

* p/s - kaff juga pandai melukis... :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Memandai je cakap aku pandai lukis :p.. Bakat dah tumpul. Lukis guna mouse ngan keyboard je sekarang..kui2

Nanie Harris berkata...

Yelah tu..sambil2 buat design tu, blh dpt 1 rekaan fesyen baru