Selasa, 4 November 2008

Kembara Kehidupan...

Ramai yang mengenali M. Nasir, seorang seniman yang mempunyai nilai seninya tersendiri. Merupakan salah seorang penyanyi yang diminati oleh penulis. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu M. Nasir pada sejarah awalnya adalah dari kumpulan terdiri dari 3 orang iaitu S. Sahlan, A. Ali & M. Nasir sendiri. Mereka adalah kumpulan KEMBARA yang berasal dari Singapura.

Jika menghayati lagu-lagu kumpulan KEMBARA yang popular sekitar awal 80an ini, kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan atau lebih tepat lagi realiti kehidupan. Selain dari lagu-lagu berunsur cinta & keagamaan, sentuhan lirik yang mengisarkan kehidupan manusia di dunia ini sangat menarik hati penulis.

Antara kulit album kumpulan KEMBARA

Kembara telah melahirkan beberapa album iaitu Kembara (1981), Perjuangan (1982), Generasiku (1983), Seniman Jalanan (1984), 1404 Hijrah (1984 dan Duit (1985) dan beberapa lagu dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Selepas itu M. Nasir keluar dari kumpulan kembara dan melahirkan album solo bertajuk Solo pada tahun 1988.

"Duit", "Balada Pelaut Derita", "Citak Rompak", "Di Perhentian Puduraya", "Ekspress Rakyat", "Impian Seorang Nelayan", "Penjual Surat Khabar", "Senandung Buruh Kasar", melihatkan tajuk lagunya sahaja anda semua sudah dapat gambarkan apa mesej yang ingin disampaikan dari lagu-lagu unik ini.

Sesungguhnya penulis sangat mengkagumi semua lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini kerana kebanyakkan ia memberi panduan, semangat serta keinsafan dalam menjalani hidup ini. Ada di antara lirik yang begitu bermakna dalam kehidupan seharian penulis yang mungkin orang lain tidak dapat huraikan.

Uniknya, lagu-lagu kumpulan Kembara ini tidak dapat saya mengertikan kepada anda semua. Jika seseorang itu dapat menafsirkan setiap lirik yang dilagukan, semestinya anda akan kagum dengan kehidupan anda sendiri. Sehingga kini saya masih mendengar lagu-lagu mereka dan tidak pernah jemu mendengarnya.

Anda boleh mendengar lagu-lagu & melihat lirik Kembara DISINI.

2 ulasan:

Unknown berkata...

teringat lagu yang kita selalu kutuk2 hj.'aku tau semua' tu..kui2

Nanie Harris berkata...

Hehe...tajuk lagu tu 'kutu'...hehe