Jumaat, 13 Jun 2008

Anakku Yang Istimewa...(Bahagian Akhir)

Sambungan...
Pagi sabtu, 7 Jun 2008, isteri mengadu sakit perut & memerlukan beg air panas. Penulis segera menghantarnya dengan harapan jangan berlaku apa-apa yang buruk. Tengahari penulis bergegas ke Hotel Good Hope untuk mengambil gambar satu program yang telah dijanjikan terdahulu. Jam 5 petang, penulis kembali semula ke hospital untuk discaj isteri tetapi baby masih lagi ditahan di ICU. Alhamdulillah ketika itu ada satu katil kosong untuk isteri menumpang bagi menyusukan baby.

Setelah 2 malam bermalam di pasir gudang, penulis kembali ke rumah kerana masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Pelbagai barang tambahan perlu dibeli, baju-baju dan kain isteri yang kotor dibasuh dan pada malamnya pula mengedit gambar pengantin yang seminggu tertangguh. Begitulah seterusnya penulis berulang-alik ke hospital dengan harapan isteri & anak dapat pulang segera. Namum Tuhan ingin menguji hambanya supaya bersabar. Anak pula diserang kuning selamat 3 hari.
Serba salah rasanya hati kerana melihat isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak supaya cepat sembuh. Dia mengulang memasuki ICU tanpa cukup tidur & rehat. Di dalam ICU hanya kedengaran bunyi tangisan baby & mesin-mesin yang membuatkan trauma. Namun dia tetap tabahkan diri walaupun kesan pembedahan masih lagi dirasakan. Hanya dia sahaja yang tahu. Penulis hanya dapat membantu apa yang terdaya kerana diri sendiri turut merasa tekanannya.
Alhamdulillah berkat doa & ketabahan, pada rabu tengahari 11 Jun 2008, akhirnya isteri dan anak dapat melihat dunia luar. Tiada lagi bunyi mesin, tiada lagi tangisan baby. Walaupun dengan keadaan yang meletihkan, penulis menguatkan diri untuk menghantar isteri & baby ke Endau dan disambut dengan baik oleh moyangnya, datuknya serta semua ahli keluarga. Begitulah istimewanya anak ini. Selepas solat maghrib hari yang sama, penulis memandu pulang semula ke Johor Bahru…

1 ulasan:

Uncle Bourne berkata...

Dia sememangnya istimewa... Darah daging kita... Allah Maha Besar... Allahuakhbar!!!!