Selasa, 25 Januari 2011

Seminar Dr. Azizan Osman Tahun 2011


Pada Julai 2009 dahulu penulis pernah menceritakan yang penulis telah menghadiri satu seminar bersama Dr. Azizan Osman (RUJUK DISINI) yang mana telah membuka minda penulis tentang potensi diri. Berikutan dari itu, penulis telah membuat keputusan berani untuk berhenti dari kerja yang sudah 6 tahun perkhidmatannya untuk pulang ke kampung (2010). Tahun ini (2011) penulis telah sepenuhnya berhenti dari kerja makan gaji untuk memulakan kerjaya baru sebagai seorang usahawan (bisnes fotografi bersama NahamPhoto). Semua itu berkaitan dengan kesedaran dan minda yang telah diubah untuk merancang perubahan dalam hidup.

Pada Februari akan datang penulis sekali lagi akan menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri - Dimensi Baru 2011 bersama Dr. Azizan Osman di Kuantan. Ini kerana penulis masih ingin membongkar banyak lagi ilmu dan pengalaman dari beliau untuk mengenali potensi-potensi yang ada dalam diri. Ternyata kesan dari menyertai seminar beliau telah banyak mengubah hidup penulis sekarang yang lebih positif dalam melakukan tugas-tugas harian. Disini penulis ingin juga berkongsi dengan pembaca mengenai bengkel yang akan dilangsungkan sepanjang tahun ini. Semoga anda juga akan menemuai potensi anda seterusnya berjaya dalam hidup.



Salah satu siaran berkenaan seminar tersebut di TV9

Kita hanya mampu merancang namun tuhan yang menentukannya. Namun kita akan gagal sekiranya kita tidak merancang langsung. "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal". Klik pautan dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai seminar tersebut.


Penulis sangat mengesyorkan anda menyertai seminar ini jika anda rasa anda sudah tidak mampu untuk hidup bahagia, mengalami masalah kewangan, masalah kerja & keluarga, rasa down dalam hidup dan seumpamanya. Paling tidak pun anda pasti akan merasa anda mampu membuat satu perubahan walaupun tidak besar. Seperti juga penulis, pernah mengalami saat-saat down dahulu tetapi berusaha untuk membuat satu perubahan. Alhamdulillah, berkat usaha, perancangan dan ketentuan dari Allah, penulis dapat juga mengubah sesuatu. Anda juga mampu mengubahnya. Perlu percaya kepada potensi diri.

Isnin, 24 Januari 2011

You Follow, I Follow

Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan laman web, blog, facebook dan aplikasi-aplikasi web masing-masing. Ada yang meninggalkan pautan (link) di blog, bertukar-tukar pautan dengan rakan-rakan, membuat iklan bergambar, mendaftar dengan syarikat pengiklanan web dan sebagainya. Disini penulis ingin senaraikan pautan-pautan dan beberapa langkah yang anda perlu lakukan tanda sokongan anda pada penulis. Dengan senarai ini diharap dapat memudahkan pelawat & pembaca semua melawat laman-laman yang berkenaan.

Laman Peminat (Facebook)


Jangan lupa untuk klik LIKE atau SUKA.

Langganan Blog



Lihat disebelah kanan blog ini dan blog NahamPhoto dan cari ruangan seperti gambar diatas. Masukkan e-mel anda dan klik langgan untuk mendapatkan posting-posting terbaru terus ke e-mel secara automatik.

Pengikut (Follow)

Facebook : http://www.facebook.com/harrisrahmat atau harrisfadzilah@gmail.com


Untuk blogger (google) boleh klik follow untuk tab seperti gambarajah diatas. Jika anda follow secara tidak langsung anda mempromosikan blog anda sendiri.

Bersembang (Chatting)

YM : harrisfadzilah
Skype : harrisfadzilah

Lain-lain Pautan

Laman Web NahamPhoto : http://www.nahamphoto.com
Blog Barang Koleksi : http://iamcollector.blogspot.com

Oleh itu sudi-sudilah memberi sokongan walaupun hanya dengan menekan butang LIKE atau FOLLOW. Insya Allah, penulis juga akan membuat perkara yang sama kepada anda. Sama-sama menziarahi blog atau web, berhubung dan bertukar-tukar maklumat. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada kemajuan teknologi kini. Ini adalah cara promosi penulis, apakah pula cara anda?


*p/s - lepas ni jika ada rakan-rakan yang bertanyakan pautan-pautan, senang hanya bagi sahaja posting ni. Semua ada dalam satu. :)

Isnin, 17 Januari 2011

Cabaran Berbeza Tahun Lepas

Salah satu gambar penulis yang dipilih masuk dalam satu blog pelancongan.

Tahun 2010 telah memberikan satu cabaran berbeza bagi penulis setelah pulang ke kampung untuk bertugas di Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) Kampung Teriang Besar. Setelah bekerja hampir 6 tahun di KPYPJ, Johor Bahru pastinya memberikan satu persekitaran yang berlainan secara tidak lansung juga memberikan cabaran berbeza. Tidak dapat dinafikan bekerja dengan komuniti di kampung sangat mencabar dengan pelbagai karenah dan bermacam jenis pemikiran penduduknya. Penulis telah mengharungi pelbagai jenis manusia dalam kerja seharian.

Walapun bekerja dengan persekitaran berinternet 3G, namun terdapat beberapa kekangan untuk penulis menguruskan bisnes NahamPhoto ketika di kampung tahun lalu. Antaranya adalah terpaksa berulang-alik ke Johor Bahru untuk menghantar gambar dan design album. Kualiti cetakan kedai-kedai di kampung tidak mencapai spesifikasi yang penulis inginkan. Cuti di CBC pula terhad dan apabila dirumah, talian internet broadband hanya berkelajuan GPRS dan telah membantutkan sedikit kerja-kerja promosi, kemaskini blog dan juga laman web.

Kedudukan nombor 1 atau 2 dalam carian google 'jurufoto kahwin' adalah antara pencapaian terbaik penulis sebagai seorang Jurufoto Perkahwinan.

Melihatkan buku planner tahunan 2010 penulis sedikit mengecewakan kerana terasa sangat kurang membuat aktiviti, projek-projek luar dan juga menyertai bengkel/ kursus pembangunan diri seperti tahun 2009. Ini kerana penulis perlu menumpukan kerja-kerja CBC dimana ia adalah tahun pertama beroperasi dan perlu banyak penambahbaikan. Ini adalah salah satu faktor kenapa penulis mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut tahun ini sebagai langkah untuk fokus kepada perniagaan dan passion penulis terhadap fotografi.

Berikut merupakan beberapa statistik pencapaian peribadi penulis tahun 2010;

1) Kedudukan carian google 'jurufoto johor' = No. 4 atau 5

2) Kursus/ bengkel yang disertai = 3 [Lensa Johor (Jul), Tune Talk Tone Excel (Okt), Pelaburan Emas (Nov)]

3) Kursus/ bengkel yang dianjurkan = 4 [bersama Trisno (Jan), ShooutOut! 2 (Ogo), Asas Photoshop (Nov), Asas Fotografi (Nov)

4) Acara yang diuruskan/ disertai = 5 [Pelancaran CBC Lundu Sarawak (Jan), Pelancaran CBC Teriang Besar (Apr), Futsal i-Metro (Mei), Fusal Piala EA Sport (Jul), CLAPAM (Dis)

5) Melancong luar negara = Singapore (Jan)

6) Jumlah rakan Facebook = 1257 orang

Rumusan secara keseluruhan, tidak banyak aktiviti yang penulis dapat lakukan tahun lepas tetapi penulis tetap berpuashati kerana mampu menguruskan acara-acara besar seperti pelancaran CBC dan program tahunan NahamPhoto ShootOut! 2. Jika tahun lepas adalah tahun lonjakan dari pekerjaan yang telah selesa ke pekerjaan baru, tahun ini pula adalah tahun pertama penulis hadapi sebagai seorang usahawan sepenuh masa. Cabaran kali ini semakin getir tetapi penulis tetap yakin dengan kemampuan penulis sebagai seorang jurufoto dan pengajar.

*p/s - posting seumpamanya tahun lepas. Klik DISINI.


Sabtu, 15 Januari 2011

Menulis Artikel Dan Posting Yang Popular


Sepertimana yang penulis umumkan sebelum ini, statistik telah menunjukkan kata carian 'Nike Ardilla' adalah yang paling popular ditaip untuk masuk ke dalam blog ini. Ia berikutan artikel NIKE ARDILLA : 14 TAHUN PEMERGIANNYA, AL-FATIHAH... yang ditulis penulis pada 2009. Walaupun ia artikel lama tetapi masih menjadi carian pengunjung internet yang inginkan maklumat mengenai beliau. Namun bukan isu Nike Ardilla yang ingin diutamakan tetapi sejauh mana cara penulisan dalam artikel & posting yang ditulis mempengaruhi minat pembaca.

Berikut merupakan statistik yang penulis rumuskan bagi kata carian untuk tahun 2010 blog Mencipta Memori;

1) nike ardilla : 103 hits
2) nike ardilla kemalangan : 99 hits
3) meningkatkan stamina : 59 hits
4) duit syiling 50 sen : 50 hits
5) syiling 50 sen terbelah : 28 hits
6) kemalangan 10.10.2010 : 24 hits
7) clapam : 22 hits
8) tune talk sim card : 12 hits
9) batu layar : 12 hits
10)amalan membaca : 11 hits

Melalui statistik ini penulis mendapat beberapa rumusan iaitu;

1) Penulisan yang baik dan memberi banyak maklumat penting akan membawa trafik yang banyak ke dalam blog anda. Artikel-artikel yang mempunyai fakta-fakta, sejarah dan pengisian yang menyentuh hati akan mendapat tempat dihati pembaca. Lihat sahaja dua tempat teratas dalam statistik yang ditunjukkan telah membuktikan artikel yang penulis buat itu telah dapat menarik hati pembaca. Mengikut statistik dari histats.com yang penulis gunakan menunjukkan ia banyak menarik pembaca dari negara jiran iaitu Indonesia.

2) Artikel dan posting yang memberikan tips serta panduan juga boleh menarik trafik pembaca yang tinggi. Lihat sahaja kata carian seperti 'meningkatkan stamina' dan 'amalan membaca' merupakan antara posting yang mendapat carian tertinggi di dalam blog ini. Pakar internet seperti Irfan Khairi juga selalu menekankan bahawa maklumat-maklumat ringkas tapi padat seperti ini akan mudah dibaca oleh pengunjung blog. Maklumat-maklumat seperti petua-petua, 10 langkah untuk ... dan seumpamanya lebih mudah untuk difahami.

3) Pelayar internet juga suka mencari maklumat-maklumat baru & terkini yang mereka tahu. Contohnya seperti kata carian 'kemalangan 10.10.2010' menunjukkan pengunjung internet ingin tahu berita-berita terkini yang terjadi. Selain dari laman berita online, ada pengunjung yang lebih suka membaca blog-blog yang mereka minati. Oleh itu jika ingin meningkatkan trafik dalam blog anda, rajin-rajin lah mengemaskini dengan maklumat-maklumat terkini. Tapi pastikan maklumat dan fakta yang diletakkan itu tepat supaya tidak mengelirukan pembaca.

4) Kadangkala artikel-artikel yang ditaip dalam blog mendapat trafik yang tidak disangka-sangka. Ada kata carian yang unik dan pelik yang ditaip untuk mencari maklumat mengenai perkara tersebut. Contohnya dalam statistik diatas adalah 'syiling 50 sen terbelah'. Posting-posting yang unik dan pelik mampu menarik perhatian pembaca kerana maklumatnya yang terhad untuk dicari. Jika anda mempunyai bahan-bahan yang unik, mungkin anda boleh cuba meletakkannya di dalam blog anda. Mana tau ada orang yang ingin mengetahuinya.

Banyak lagi kata carian lain yang penulis dapati dalam statistik dan ada diantaranya agak melucukan seperti ; 'tips parking kereta', 'belajar mengaji', 'bengong', 'netbook 1Malaysia', 'klinik swasta', 'kartun 80an' dan 'datin khaty'. Melalui kajian statistik ini, penulis telah memperolehi banyak ilham untuk terus menulis dalam dunia blogging. Azam penulis pada tahun ini adalah cuba mengeluarkan banyak lagi artikel dan posting yang berkualiti. Apa yang lebih penting dalam penulisan tersebut mempunyai pengisiannya dan maklumat yang lekat dihati pembaca.

Jumaat, 14 Januari 2011

Sudah Masuk Tahun Ke-4 Berblogging

Berazam ingin melakukan yang terbaik tahun ini samada untuk diri sendiri mahupun NahamPhoto

Pada tahun 2008, penulis telah membangunkan blog ini atas dasar trend semasa dimana orang berpusu-pusu membuat blog. Ketika itu Facebook belum popular lagi dan blog telah digunakan untuk meluahkan segala cerita peribadi, perniagaan dan sebagainya. Walaupun blog telah lama diwujudkan sebelum itu, masih ramai yang belum tahu menggunakan blog dan mereka yang membangunkannya pula sekadar mengikut trend pengguna internet. Ramai yang membuat blog dan kemudiannya terbengkalai begitu sahaja tanpa sebarang kemaskini.

Alhamdulillah, selepas 3 tahun blog Mencipta Memori milik penulis ini terus menghiasi arena blogging tanpa berhenti begitu saja. Ramai yang dulunya bersemangat tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam. Kini masuk tahun ke-4, penulis sedar blog bukan sahaja untuk menceritakan perkara-perkara peribadi seperti diari kehidupan malah lebih daripada itu. Dari aspek penulisan dan mesej yang ingin disampaikan, ia dilihat lebih penting dimana posting-posting yang ditulis itu dapat memberi sedikit maklumat berguna kepada pembaca dan tidaklah seperti tin kosong.

Walaupun Facebook semakin luas penggunaannya kerana ia mudah dan diminati ramai, blog tetap penting bagi penulis kerana ia adalah rumah bagi kita. Tahun-tahun sebelum ini penulis pernah berkata, blog umpama rumah sendiri dan Facebook adalah highway dimana banyak trafik yang lalu lalang. Jadi fikir-fikirkanlah dimana kombinasi kedua-dua aplikasi itu dapat memberikan kebaikan kepada pengguna. Blog akan terus digunakan untuk memberikan informasi lebih mantap melalui penulisannya manakala penyampaian Facebook lebih santai.

Tahun lalu penulis tidak dapat mencapai target dalam ingin memberikan lebih maklumat dalam blog Mencipta Memori. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan seperti bertukar ke kerja baru, talian internet yang terhad jika dirumah (tiada 3G) dan menyambut kelahiran anak ke-3. Kesibukkan dan kesulitan tersebut membuatkan penulis hanya mampu menerbitkan 57 posting sahaja berbanding 74 pada tahun sebelumnya. Anda boleh lihat statistik yang penulis rumuskan mengenai blog peribadi penulis ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

1) Jumlah keseluruhan posting : 57
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 44
3) Bulan paling banyak posting : Oktober, 10
4) Posting paling banyak ulasan : Medal Memori Maya 2009, 8
5) Jumlah blog yang diikuti : 94
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 22
7) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 160, 11 Oktober
9) Kata carian paling popular : Nike Ardilla
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 10,132

*Statistik tahun lepas boleh dilihat DISINI.

Penulis sangat minat membuat statistik kerana melalui statistik kita mampu melihat pencapaian dalam apa jua yang kita lakukan. Rumusan untuk tahun lepas, jumlah keseluruhan pelawat agak berkurangan sedikit tetapi masih melepasi 10 ribu pelawat iaitu 10,132 pelawat berbanding 10, 344 pada tahun sebelumnya. Penulis juga berminat mengetahui 'kata carian' yang digunakan untuk masuk ke blog ini dimana 'Nike Ardilla' adalah kata carian yang paling popular. Ini bermakna posting mengenai Nike Ardilla yang penulis buat paling banyak dibaca tahun lalu.

*p/s - posting seterusnya penulis akan rumuskan mengenai kata carian yang popular dalam blog ini.

Khamis, 13 Januari 2011

Medal Memori Maya 2010

Setelah membuat perkiraan statistik dengan teliti akhirnya kini tiba masa yang ditunggu-tunggu untuk penulis mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah 3M (Medal Memori Maya) 2010 blog Mencipta Memori. Jika artis diraikan dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Skrin, Bintang Popular dan Juara Lagu, penulis juga ada cara untuk meraikan mereka yang sering melawat blog penulis yang tidak seberapa ini. Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut blog ini membuat anugerah untuk membaca menandakan penulis serius dalam dunia blogging.

Mengimbas kembali anugerah ini, ia mengandungi 2 kategori iaitu PELAWAT TERBAIK dan PROMOTER TERBAIK. Medal PELAWAT TERBAIK dianugerah kepada mereka yang selalu melawat blog "mencipta memori" ini berdasarkan komen pada posting, tag posting & juga ruangan sembang. Manakala Medal PROMOTER TERBAIK pula dianugerahkan kepada website @blog @ page yang mempunyai link URL ke blog "mencipta memori" dimana ia paling banyak menarik & memberi akses pengunjung lain ke blog "mencipta memori".

Bertuahnya pemenang PELAWAT TERBAIK tahun ni... :)

Pemenang (no.1 sahaja) akan diberikan SCRIPT untuk mereka paparkan medal mereka di webpage @ blog @ seumpanya milik mereka dan apa yang menarik tahun ini, pemenang PELAWAT TERBAIK akan menerima hadiah istimewa iaitu SYILING PERAK 1 DIRHAM. Berikut merupakan senarai pemenang pada tahun ini dan ranking top 10;

PELAWAT TERBAIK

1) Julie
2) Kaff
3) Anipah

* pengiraan : sembang & tag-1 markah, komen-2 markah, follower -tambahan 3 markah


*pengiraan : gabungan markah dari statistik histats.com

Rumusan : Untuk tahun ke-3 berturut-turut, blog Kedai Gula-Gula milik Kaff telah berjaya menggondol gelaran PROMOTER TERBAIK. Namun Kaff perlu berhati-hati tahun ini dengan pencabar baru yang muncul tahun lepas seperti luckytuah.blogspot.com, spiderlily-zaidah.blogspot.com dan gengbloggerkuizikel.blogspot.com yang mempunyai peminatnya tersendiri. Pencabar Kaff tahun lepas seperti Anipah & Artakus tidak dapat bersaing tahun ini apabila jatuh ke tangga 6 & 9.

Bagi kategori PELAWAT TERBAIK pula, pemenang baru telah berjaya memperolehi hadiah SYILING PERAK 1 DIRHAM iaitu saudari Julie. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kategori ini sentiasa mendapat pemenang baru iaitu Kaff (2008), Fiza (2009) dan Julie (2010). Julie melonjak dari tangga ke-7 tahun lepas manakala Kaff, Anipah, Artakus & Cheekongsejuk terus bersaing di top ten. Fiza, juara tahun lepas tidak dapat mempertahankan kejuaraan apabila jatuh ke tangga ke-8 tahun ini.

Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan kecewa kerana penulis tahu anda ada membaca disana melalui statistik yang penulis rumuskan. Jadi rajin-rajinkan membuka, membaca, memberi komen dan mempromosi blog Mencipta Memori ini. Jangan lupa untuk FOLLOW dan memberikan link blog ini kepada orang lain. Mana tahu anda pula yang akan menjadi pemenang tahun hadapan. Terima kasih kerana terus menyokong penulis dalam arena blogging ini. Kepada pemenang akan dihubungi untuk penyerahan hadiah.

"TAHNIAH KEPADA PEMENANG! & SELAMAT BERBLOGGING"


p/s - senarai pemenang Medal Memori Maya 2009

Khamis, 6 Januari 2011

2011 Wish List


Jika tahun lepas penulis mengeluarkan top ten wish list 2010, tahun ini penulis mengeluarkan lagi untuk tahun ke-2. Walaupun wish list tahun lepas hanya mencapai 20% namun penulis tidak sedikit pun kecewa kerana dihujung tahun lepas penulis telah tersedar dan banyak membuat pelaburan di dalam emas dan perak. Jadi wish list tersebut telah tergantung buat sementara dan dibawa ke tahun ini pula disebabkan duit banyak ditukarkan menjadi emas dan perak. Ia ditambah pula dengan faktor kos menerima orang baru dalam hidup (anak ke-3).

Apa yang penulis terlalu inginkan pada tahun ini adalah set kamera kerana set kamera sekarang agak usang dan sudah sampai masanya untuk menggunakan gear baru. Selain itu penulis juga teringin memakai jam kembali setelah hampir 5 tahun tidak memakainya. Ia disebabkan kejadian kecurian jam tangan penulis 5 tahun lalu yang menyebabkan penulis sangat tawar hati untuk memakai jam. Berikutan kenaikan harga petrol yang terlalu kerap, penulis juga berhasrat untuk berbasikal semula untuk perjalanan yang dekat selain dapat menjaga kesihatan.

Disebabkan kesedaran tentang menyimpan emas & perak sangat tinggi ketika ini, penulis juga berhasrat membelikan isteri gelang emas yang telah diidamkan beliau selama ini. Gelang emas ini adalah perhiasan dan ia juga adalah satu aset yang bernilai dari masa ke semasa. Penulis juga telah jatuh hati dengan PERAK atau silver. Selain membeli dirham perak sebagai simpanan, penulis juga teringin menyimpan jongkong perak kepada ketiga-tiga orang anak penulis. Simpanan ini adalah sebagai langkah permulaan menyimpan untuk masa depan mereka.

Rumusannya wish list tahun ini banyak membawa konsep PELABURAN. 80% daripada barang yang hendak dibeli tersebut adalah untuk pelaburan tidak kira untuk bisnes, isteri mahupun anak. Ini bermakna wish list penulis bukannya hanya untuk diri penulis sahaja malah turut dibeli untuk isteri dan anak-anak. Harapan tahun ini, penulis dapat mencapai paling kurang 80% daripada hasrat tersebut dan sebaiknya semua yang telah dihajatkan. Semoga dengan senarai ini akan menguatkan lagi semangat penulis untuk bekerja.

*p/s - cerita wish list tahun lepas DISINI.

Sabtu, 1 Januari 2011

Nombor Cantik Datang Lagi! 1111


Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011! Ucapan demi ucapan dikeluarkan dari mulut, media dan kebanyakkan blog-blog yang penulis baca. Kedatangan tahun baru masihi memang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Mereka akan menetapkan azam, menutup buku lama dan membuka buku baru, lebih bersemangat menjalani tugas serta kehidupan harian. Bagi penulis, kedatangan tahun baru kali ini sangat memberi makna kerana tahun ini bermulalah cabaran bekerja sendiri tanpa makan gaji.

BISNES

Harapan akan wujud satu pejabat urusan NahamPhoto diatas tanah sekangkang kera milik pusaka keluarga ni...

Sebelum ini penulis sudah banyak menulis mengenai semangat, persediaan dan perancangan untuk menghadapi cabaran baru. Apa yang penting sekarang penulis harus mengikut dan membuat apa yang telah dirancang. Perancangan tanpa pelaksanaan takkan bermakna apa-apa. Dunia sekarang semakin mencabar dan lebih mencabar lagi apabila menceburi bidang keusahawanan. Dalam bisnes, banyak perkara yang perlu ada dalam diri seperti ilmu pengetahuan, pengalamann, mentor, perancangan dan displin diri.

NOMBOR CANTIK

Manusia selalu mengambil nombor-nombor cantik sebagai satu peringatan yang istimewa kepada diri mereka. Seperti tahun lepas, tarikh-tarikh yang menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan atau sebagainya adalah 10.10.10 dan 20.10.2010. Tahun ini pula tarikh istimewa adalah seperti 1.1.11 dan 11.11.11 pasti menjadi pilihan. Namun ia sekadar nombor dan yang menjadikannya istimewa adalah manusia itu sendiri. Bagi penulis, bagaimana sekalipun nombor yang menjelma, penulis perlu ambil semua perkara yang positif.

SAMBUTAN

Bunga api? Jerit-jerit kira countdown? Tak heran dah...

Mengenai sambutan tahun baru pula, ramai rakan dan ahli keluarga sudah tidak terlalu menekankan sambutannya. Jika dulu seingat penulis, sanggup menunggu untuk mengira countdown jam 12 malam namun sekarang sudah tidak dihiraukannya lagi. Rasanya lebih baik kita menyambut tahun baru hijrah daripada menyambut 1 Januari. Tapi itu penulis, jika dilihat di kaca TV, ramai anak-anak muda yang bersuka-ria menyambutnya di merata-rata tempat. Pastinya pada bulan 9 nanti ramai anak-anak luar nikah akan lahir.

Walau apapun pendapat anda mengenai tahun baru, pastikan ianya akan membawa kearah kebaikan dan membuang semua perkara negatif. Penulis pastinya ingin terus meminta sokongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga diluar sana untuk terus maju lagi tahun ini. Penulis juga inginkan sokongan anda membaca dan memeriahkan lagi dunia blogging tanpa sempadan ini. Harapan penulis agar bisnes fotografi NahamPhoto dan lain-lain bisnes akan terus maju demi kebaikan keluarga dan semua bakal pelanggan yang memerlukannya.

*p/s - posting wish 2011 tak siap lagi. Tunggu... :)