Sabtu, 16 Oktober 2010

Sim Card Tune Talk

Beberapa hari yang lepas penulis telah memperolehi sim card Tune Talk yang telah dibeli. Seperti mana yang telah di war war kan sebelum ini, ini adalah langkah pertama untuk bisnes menjual prepaid Tune Talk ini. Dengan hanya bermodalkan RM70 (tidak termasuk wang pos), penulis boleh menggunakan perkhidmatan Tune Talk dengan mendapat air time iaitu nilai untuk panggilan sebanyak RM38. Ini bermakna modal anda untuk bisnes ini hanya RM32 sahaja. Ya! bukan satu modal yang besar bukan?



Mungkin ada yang bertanya, "dapat line ke guna telco baru ni?". Jawapannya adalah, DAPAT selagi disitu ada talian Celcom. Ini kerana Tune Talk menyewa dengan Celcom untuk menggunakan rangkaian mereka. "Bagaimana pula dengan top-up?". Anda boleh mendapatkan topup samada di stesen-stesen minyak, 7 Eleven, menggunakan bank-bank terpilih serta tempat-tempat yang mempunyai e-pay (contoh mesin mengeluarkan kertas bernombor yang digunakan di 7 Eleven jika anda membeli topup).


Antara flyers untuk tujuan promosi yang dipos sekali dengan sim card Tune Talk

Kad starter pack Tune Talk ni boleh dipatahkan dan dijadikan keychain. Tetapi keychain bukan sebarang keychain, di situ ada no siri insuran oleh Etiqa Maybank sebanyak RM100,000.

Oleh yang demikian, jika anda ingin mencuba menjalankan bisnes ini, boleh layari bisnesprepaid.com/harrisfadzilah atau klik banner iklan dibawah untuk keterangan lanjut dan mendaftar disitu. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi penulis tidak kira melalui telefon, e-mel, chatting atau FB. peringatan sekali lagi, bisnes ini hanyalah untuk mereka yang serius untuk melakukannya dan tidak mudah putus asa. Sebab kejayaan bisnes ini adalah bergantung pada usaha dan marketing anda. Semoga berjaya!

*p/s - dah terpikir untuk menukar plan yang digunakan sekarang (no Celcom) kepada no Tune Talk...hmmm

3 ulasan:

Mohd Faesal berkata...

Salam Reds,
Dalam dok sibuk aku masuk market TuneTalk kat Sungai Rambai ni,rupa-rupanya kedai telefon itu dimiliki oleh pekerja syarikat DiGi. Tetapi kedai itu dijaga oleh isterinya.

Barulah dapat makluman daripada Abang Zul ini (si suami ni la), rupa-rupanya pakej pada TuneTalk ni sangat 'mengganggu syarikat Telco' lain kerana sangat istimewa.
So syarikat DiGi juga sudah meniru dari segi menyediakan Insuran Perlindungan bernilai RM50K atau RM100K kepada penggunanya.

DENGAN SYARAT,
Kena bayar RM3/setiap bulan untuk mendapat perlindungan RM50K. -atau-
RM6/sebulan untuk perlindungan RM100K.

Tapi untuk pengguna TuneTalk tiada bayaran tambahan dikenakan!

Dan abang Zul pun memberitahu syarikat TuneTalk dah memohon untuk lesen 4G, mendahului syarikat lain.

Aku harap TuneTalk akan dapat UPGRADE lebih banyak lagi sebab abang Zul pun ada kata.

"Kalau AirAsia masa ditubuhkan pun orang perlekeh tak dapat atasi MAS. Tapi sekarang dia boleh saingi MAS dan mampu memiliki airport sendiri. Tak mustahil dia akan buat lebih hebat dalam sektor telekomunikasi"

Ju@Lucky^Mummy berkata...

hmmm.. macam menarik..

Reds berkata...

Faesal : tq, nanti aku nk sharekan citer ko ni...

Ju : mmg peluang yg sy xkan lepaskan...