Selasa, 12 Oktober 2010

3 Series


Hari ini 12 Oktober 2010 maka genaplah umur penulis 30 tahun. Memasuki fasa baru dalam hidup ini nampaknya lebih mencabar namun semakin bersemangat. Walaupun makin dimamah usia, kehidupan perlu diteruskan dengan membuat pembaikan dari segi jasmani mahupun rohani. Setelah 30 tahun hidup dimuka bumi, pelbagai dugaan ditempuh, warna-warni kehidupan, turun-naik keadaaan dilalui tetapi itu semua telah banyak mematangkan penulis. Sesungguhnya pengalaman yang diperolehi sangat tidak ternilai.

10 tahun pertama adalah zaman kanak-kanak yang penuh rasa gembira tanpa memikirkan masalah. Apa yang penting ketika itu adalah keriangan dan kegembiraan. 10 tahun selepas itu pula adalah zaman untuk belajar & mengkaji. Ilmu dikumpul didada untuk bekalan pada masa akan datang. 10 tahun berikutnya, diteruskan dengan zaman membina keluarga & kerjaya. Mula mengorak langkah memilih cabang-cabang yang berkaitan. Kini penulis ingin meneruskan fasa seterusnya iaitu zaman untuk mengukuhkan apa yang ada sekarang.

Tak pernah sambut birthday dari kecik tapi isteri yang first time buat sambutan pada penulis.

Ketika berjaya memperolehi Ijazah. Terima kasih Emak & Abah!

Penulis sangat bersyukur, dalam 30 tahun ini, penulis rasa telah mencapai satu tahap yang boleh dianggap membanggakan. Dengan sokongan kuat keluarga & rakan-rakan sekeliling, penulis telah berjaya meningkat kualiti diri, belajar disana-sini, membuat kajian dan penyelidikan, akhirnya penulis dapat membina satu perniagaan yang diasaskan dari hobi penulis sendiri. Wujudnya NahamPhoto memberikan satu semangat untuk penulis meneruskan kerjaya dalam bidang fotografi dan keusahawanan. Syukur alhamdulillah.

Seperti mana kehidupan, bisnes NahamPhoto yang diasaskan oleh penulis juga telah melalui beberapa fasa. Bermula tahun 2005, fasa membangunkan dan belajar telah dilalui. 2 tahun kemudian bermula fasa melaburkan keperluan dalam bisnes ini. Kini, NahamPhoto dalam usaha melalui fasa mengukuhkan kedudukan dalam dunia bisnes. Satu artikel yang penulis pernah baca, dalam perniagaan, 5 tahun pertama adalah tahun rugi, 5 tahun seterusnya adalah tahun untuk maintan, 5 tahun selepas itu barulah tahun untuk memperolehi keuntungan.

Masa kahwin...

Sekarang anak dah 3...

Sempena menyambut ulang tahun ke-30 ini juga, penulis telah bertekad untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup. Rasanya masa telah tiba untuk penulis mengorak langkah baru demi kebaikan diri & keluarga. Pelbagai perancangan telah dilakukan untuk mengambil langkah ini. Suatu pengorbanan itu perlu dibuat, berusaha, tawakal dan sokongan dari sekeliling amat diperlukan. Harapan 10 tahun akan datang, penulis akan menjadi seorang yang lebih berjaya dalam kehidupan bukan sahaja didunia tetapi di akhirat.

*p/s - semakin berumur, semakin berpengalaman, semakin mahal...

2 ulasan:

Julie Shahril berkata...

hepi besday,semoga bahagia disamping keluarga trcinta.

Nanie Harris berkata...

terima kasih julie...