Sabtu, 23 Oktober 2010

Oh Selendang Tiga!


Jika ada yang bertanya, adakah penulis ini datang dari generasi Felda, jawapannya adalah YA! Memang penulis telah dibesarkan dalam suasana Felda pada tahun 80an hingga 90an. Abah telah bekerja sebagai pemandu di Felda dan itulah yang pekerjaan yang telah menyara kami sekeluarga. Kami sekeluarga telah sebati dengan Felda Selendang 3 iaitu terletak di Kuala Rompin, Pahang bersempadan dengan Endau Johor. Pada penulis, kenangan di Felda Selendang 3 memberi 1001 memori pahit manis yang sukar dilupakan.


Beberapa minggu yang lepas penulis berpeluang kembali ke Selendang Tiga kerana mempunyai tugas mengambil gambar perkahwinan disana. Setelah hampir 10 tahun tidak ke sana, pelbagai perubahan telah dilihat. Penulis sendiri tidak menyangka dapat kembali ke sana melihat rumah & kawasan tempat bermain dengan adik-beradik & sepupu. Walaupun lokasi tersebut bukannya lokasi awal Selendang 3 (sebelum itu lokasinya di tempat lain tetapi telah dipindahkan) namun ia tetap menyingkap memori.



Penulis sempat merakamkan beberapa gambar ketika menuju ke Selendang 3. Suasana perjalanan ke sana tidak banyak berubah. Melalui jalan dengan kiri kanan hutan & pokok kelapa sawit, perjalanan mengambil masa dalam 25 minit dari simpang jalan utama ke perkampungan Felda tersebut. Mungkin yang berbeza adalah dari segi pembaikan jalan, jika dahulu jalan tidak sebaik sekarang dan lebih teruk lagi jika hari hujan, jalan akan bergelombang disebabkan lori-lori yang lalu lalang disitu. Jalan juga tidak sepenuhnya bertar.



Jika dilihat gambar diatas, dalam perjalanan menuju ke Selendang 3 akan melalui satu simpang ke Taman Negeri Endau-Rompin dimana anda boleh kesana menaiki kereta dengan perjalanan lebih kurang 16 km. Penulis pernah ke sana melihat keindahan hutan, sungai dan air terjun dimana ia menjadi tarikan pelancong dari kawasan berdekatan. Akhirnya, penulis dapat juga merakamkan gambar rumah lama yang penulis & keluarga menginap dahulu (gambar terakhir). Memang mengimbau memori silam.

*p/s - Cerita mengenai Selendang 3 pernah juga diceritakan DISINI.

Selasa, 19 Oktober 2010

Aku, Saya & Sukan


Kalau tak keluar peluh, badan mesti akan rasa lemah. Itulah yang akan terjadi pada penulis jika lama tidak bersenam atau tidak mengeluarkan peluh. Riadah dan sukan sudah sebati dalam diri penulis. Sebab itu penulis suka bersukan dan membuat perkara-perkara lasak. Kadangkala memang betul slogan yang mengatakan badan cergas minda cerdas. Bagi penulis kalau badan tak berpeluh memang susah nak berpikir dengan baik. Tak tau lah pada orang lain.

Jika dalam arena pekerjaan pun lebih kurang sama, tidak suka hanya duduk sahaja. Sebab itu penulis lebih suka kerja-kerja luar contohnya tonggeng terbalik mengambil gambar ditengah panas. Namun ada juga orang yang tak puas hati dengan mengatakan, "dah ada cara senang kerja dapat duit, duduk depan PC jer tunggu duit masuk, nak jugak kerja yang susah-susah". Pada penulis, masing-masing ada cara masing-masing jadi sila sama-sama hormatinya.


Gambar zaman kegemilan menyertai sukan di Sekolah Menengah Ungku Husin, Endau Johor

Bebalik kepada cerita sukan, penulis semangnya aktif sejak di bangku sekolah lagi. Dalam zaman sekolah menengah, penulis sangat menggemari acara Olahraga. Jarak sederhana & jauh adalah yang paling disukai. Jika ada acara merentas desa tu selalunya kedudukan dalam top 10. Acara-acara lain adalah 400m, 800m, 1500m dan 4x400. Jika tibanya karnival sukan tahunan, itulah saat-saat yang paling dinantikan oleh penulis untuk menyertai Olahraga.

Sukan-sukan lain yang penulis gemari adalah bolasepak, ping pong & badminton. Dulu depan rumah penulis buat gelanggang sendiri untuk main badminton dengan adik beradik dan sedara mara. Pernah juga buat meja ping pong dengan siling bumbung abah sampai pecah-pecah. Selalu juga buat pertandingan sukan antara sepupu sepapat penulis dan siap dicatatkan dalam buku log. Itulah antara perkara yang menunjukkan betapa obsesnya penulis dengan sukan.


Ketika di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Mersing atau dipanggil MSSD.

Kini penulis masih lagi aktif dalam bersukan. Dalam seminggu lebih 2 kali penulis akan turun ke gelanggang futsal untuk bermain futsal bersama-sama rakan-rakan disini. Kemungkinan sebulan sekali penulis ingin berjogging kembali 5km seperti dahulu untuk terus menjaga kesihatan. Maklum lah sudah masuk usia 3 series ni kesihatan tetap terus dijaga sebab badan dan otak ini akan diperlukan dalam jangkamasa yang lama lagi.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sim Card Tune Talk

Beberapa hari yang lepas penulis telah memperolehi sim card Tune Talk yang telah dibeli. Seperti mana yang telah di war war kan sebelum ini, ini adalah langkah pertama untuk bisnes menjual prepaid Tune Talk ini. Dengan hanya bermodalkan RM70 (tidak termasuk wang pos), penulis boleh menggunakan perkhidmatan Tune Talk dengan mendapat air time iaitu nilai untuk panggilan sebanyak RM38. Ini bermakna modal anda untuk bisnes ini hanya RM32 sahaja. Ya! bukan satu modal yang besar bukan?



Mungkin ada yang bertanya, "dapat line ke guna telco baru ni?". Jawapannya adalah, DAPAT selagi disitu ada talian Celcom. Ini kerana Tune Talk menyewa dengan Celcom untuk menggunakan rangkaian mereka. "Bagaimana pula dengan top-up?". Anda boleh mendapatkan topup samada di stesen-stesen minyak, 7 Eleven, menggunakan bank-bank terpilih serta tempat-tempat yang mempunyai e-pay (contoh mesin mengeluarkan kertas bernombor yang digunakan di 7 Eleven jika anda membeli topup).


Antara flyers untuk tujuan promosi yang dipos sekali dengan sim card Tune Talk

Kad starter pack Tune Talk ni boleh dipatahkan dan dijadikan keychain. Tetapi keychain bukan sebarang keychain, di situ ada no siri insuran oleh Etiqa Maybank sebanyak RM100,000.

Oleh yang demikian, jika anda ingin mencuba menjalankan bisnes ini, boleh layari bisnesprepaid.com/harrisfadzilah atau klik banner iklan dibawah untuk keterangan lanjut dan mendaftar disitu. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi penulis tidak kira melalui telefon, e-mel, chatting atau FB. peringatan sekali lagi, bisnes ini hanyalah untuk mereka yang serius untuk melakukannya dan tidak mudah putus asa. Sebab kejayaan bisnes ini adalah bergantung pada usaha dan marketing anda. Semoga berjaya!

*p/s - dah terpikir untuk menukar plan yang digunakan sekarang (no Celcom) kepada no Tune Talk...hmmm

Jumaat, 15 Oktober 2010

Pencapaian Malaysia Dalam Sukan Komanwel 2010 New Delhi


Sebelum berlepas ke New Delhi, Malaysia telah menetapkan sasaran memenangi 10 emas dalm Sukan Komanwel 2010. Setelah berakhir semalam, Malaysia berjaya melepasi sasaran dengan memenangi 12 Emas, 10 Perak dan 14 gangsa. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan Komanwel. Untuk kedudukan keseluruhan, Malaysia adalah ditangga ke-7 dihadapan negara jiran Singapura yang memungut 11 Emas. Autralia mengungguli temasya kali ini dengan 74 emas diikuti tuan rumah India & England ditangga ke-3.

Elaine Koon menang pingat emas dalam acara gelung individu gimrama di Stadium Indira Gandhi, New Delhi, semalam.

Berikut merupakan senarai atlit Malaysia yang berjaya memungut pingat dalam temasya kali ini;

EMAS

1) Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)
2) Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)
3) Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)
4) Badminton (Berpasukan)
5) Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)
6) Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)
7) Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)
8) Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)
9) Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)
10) Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)
11) Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)
12) Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

PERAK

1) Mohd Rizal Tisin - Basikal Trek (1,000m Ujian Masa Individu)
2) Naharudin Mahayudin - Angkat Berat (62 kg)
3) Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Berpasangan)
4) Hasli Izwan Amir Hassan - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Individu)
5) Memanah (Recurve Berpasukan Lelaki)
6) Nur Ayuni Halim - Menembak (10 meter Air Rifle Individu)
7) Leong Mun Yee, Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform Seirama)
8) Nor Hashimah Ismail, Zuraini Khalid - Boling Padang (Berpasangan Wanita)
9) Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Bola)
10) Wong Mew Choo - Badminton (Perseorangan Wanita)

GANGSA

1) Raihan Yusoff - Angkat Berat (53kg)
2) Edward Khor, Benjamin Khor - Menembak (Double trap)
3) Bibiana Ng - Menembak (25m Pistol Individu)
4) Muhammad Hafifi Mansor - (69 kg)
5) Ping Pong (Berpasukan Wanita)
6) Basikal Trek (Pecut Berpasukan)
7) Nur Suryani Mohammed Taibi - Menembak (10m Air Rifle Individu)
8) Boling Padang (Regu Lelaki)
9) Bryan Nickson, Yeo Ken Nee - Akuatik (Terjun 3m Papan Anjal Berirama)
10) Ong Beng Hee, Datuk Nicol David - Skuash (Beregu Campuran)
11) Bryan Nickson - Akuatik (Terjun 10m Platform)
12) Elaine Koon - Gimrama (Individu All-Around)
13) Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Tali)
14) Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Riben)

*Sumber » Pungutan Pingat Malaysia Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 | KFZoom

Seperti biasa Badmintaon paling banyak menyumbang emas dalam sukan ini.

Sukan Komanwel New Delhi telah menutup tirai semalam dengan penyertaan 71 negara dengan 6081 atlit yang bertanding. Dalam 14 acara sukan yang dihantar Malaysia, hanya 4 sukan sahaja yang gagal memungut pingat. Tahniah sekali lagi kepada kontinjen Malasia kerana berjaya melepasi sasaran. Semoga sukan Malaysia akan terus maju pada masa-masa akan datang. Sukan Komanwel seterusnya akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 2014. Majulah sukan untuk Negara!


Khamis, 14 Oktober 2010

Lagi Fakta Menarik Tentang Oktober 2010


Sepertimana yang kita tahu, tarikh 10.10.10 yang lepas sangat digemari dan dianggap istimewa oleh sesetengah orang. Namun adakah anda tahu yang bulan Oktober tahun ini juga mempunyai satu lagi keistimewaan yang jarang terjadi dalam bulan-bulan yang lain. Apakah dia?

Jika anda lihat kalendar anda sekarang, anda akan dapat lihat, Oktober 2010 mempunyai 5 hari Jumaat, 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad semuanya dalam satu bulan. Perkara ini hanya akan terjadi sekali dalam dalam masa 823 tahun. Betulkan?


Mengikut kepercayaan chinese fengshui, ini adalah satu keuntungan yang besar. Mungkin pada bulan ini sangat sesuai untuk perniagaan? pelaburan? atau yang seumpamanya? Tuhan sahaja yang tahu, yang penting kita sentiasa berusaha.

*p/s - seperti dapat rasakan dari awal yang bulan ni banyak rezeki datang dan terasa ingin membuat pelaburan jangkamasa panjang. Apa salahnya mencuba kan?

Selasa, 12 Oktober 2010

3 Series


Hari ini 12 Oktober 2010 maka genaplah umur penulis 30 tahun. Memasuki fasa baru dalam hidup ini nampaknya lebih mencabar namun semakin bersemangat. Walaupun makin dimamah usia, kehidupan perlu diteruskan dengan membuat pembaikan dari segi jasmani mahupun rohani. Setelah 30 tahun hidup dimuka bumi, pelbagai dugaan ditempuh, warna-warni kehidupan, turun-naik keadaaan dilalui tetapi itu semua telah banyak mematangkan penulis. Sesungguhnya pengalaman yang diperolehi sangat tidak ternilai.

10 tahun pertama adalah zaman kanak-kanak yang penuh rasa gembira tanpa memikirkan masalah. Apa yang penting ketika itu adalah keriangan dan kegembiraan. 10 tahun selepas itu pula adalah zaman untuk belajar & mengkaji. Ilmu dikumpul didada untuk bekalan pada masa akan datang. 10 tahun berikutnya, diteruskan dengan zaman membina keluarga & kerjaya. Mula mengorak langkah memilih cabang-cabang yang berkaitan. Kini penulis ingin meneruskan fasa seterusnya iaitu zaman untuk mengukuhkan apa yang ada sekarang.

Tak pernah sambut birthday dari kecik tapi isteri yang first time buat sambutan pada penulis.

Ketika berjaya memperolehi Ijazah. Terima kasih Emak & Abah!

Penulis sangat bersyukur, dalam 30 tahun ini, penulis rasa telah mencapai satu tahap yang boleh dianggap membanggakan. Dengan sokongan kuat keluarga & rakan-rakan sekeliling, penulis telah berjaya meningkat kualiti diri, belajar disana-sini, membuat kajian dan penyelidikan, akhirnya penulis dapat membina satu perniagaan yang diasaskan dari hobi penulis sendiri. Wujudnya NahamPhoto memberikan satu semangat untuk penulis meneruskan kerjaya dalam bidang fotografi dan keusahawanan. Syukur alhamdulillah.

Seperti mana kehidupan, bisnes NahamPhoto yang diasaskan oleh penulis juga telah melalui beberapa fasa. Bermula tahun 2005, fasa membangunkan dan belajar telah dilalui. 2 tahun kemudian bermula fasa melaburkan keperluan dalam bisnes ini. Kini, NahamPhoto dalam usaha melalui fasa mengukuhkan kedudukan dalam dunia bisnes. Satu artikel yang penulis pernah baca, dalam perniagaan, 5 tahun pertama adalah tahun rugi, 5 tahun seterusnya adalah tahun untuk maintan, 5 tahun selepas itu barulah tahun untuk memperolehi keuntungan.

Masa kahwin...

Sekarang anak dah 3...

Sempena menyambut ulang tahun ke-30 ini juga, penulis telah bertekad untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup. Rasanya masa telah tiba untuk penulis mengorak langkah baru demi kebaikan diri & keluarga. Pelbagai perancangan telah dilakukan untuk mengambil langkah ini. Suatu pengorbanan itu perlu dibuat, berusaha, tawakal dan sokongan dari sekeliling amat diperlukan. Harapan 10 tahun akan datang, penulis akan menjadi seorang yang lebih berjaya dalam kehidupan bukan sahaja didunia tetapi di akhirat.

*p/s - semakin berumur, semakin berpengalaman, semakin mahal...

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.2010 : 12 Maut Dalam Kemalangan Ngeri


Dalam ramai yang sedang gembira menyambut alam perkahwinan atau konvokesyen dengan tarikh keramat 10 Oktober 2010, Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan maut yang telah mengorbankan 12 nyawa yang berlaku di lebuhraya Utara Selatan jam 6.50 petang semalam. kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas express yang melambung dan memasuki laluan bertentangan telah mengakibatkan beberapa kenderaan lain turut "disapu". Ternyata tarikh keramat ini bukanlah membawa berita gembira sahaja.

Nampaknya rakyat negara kita masih ramai yang terkorban hanya dijalan raya berbanding negara-negara lain yang bergolak dan berperang. Apa yang perlu kita ambil ikhtibar dari kejadian ini adalah, kecuaian serta sikap-sikap lain pemandu seperti suka berlumba, panas baran dan sebagainya telah mengakibatkan mudarat kepada pemandu-pemandu lain yang tidak bersalah. Bayangkan bagaimana jika kita atau keluarga kita yang terkorban kerana kesilapan orang lain? Apakah perasaan anda?

Pesanan penulis : Berhati-hati & berwaspadalah dijalanraya, kita perlu fikirkan ada perkara buruk yang akan terjadi pada diri kita atas kesilapan orang lain.

Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban. Takziah kepada ahli keluarga mereka. Berita penuh boleh dibaca DISINI.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Perniagaan Prepaid Terbaru! Tune Talk


Disini penulis ingin menunjukkan satu peluang besar yang baru diperolehi. Satu bisnes yang boleh dikatakan sebagai bisnes pasif dengan kaedah orang top up prepaid anda boleh mendapat komisyen hingga 20% iaitu TuneTalk. TuneTalk merupakan anak syarikat AirAsia. Syarikat ini bukan saja kukuh malah sangat hebat dalam mengembangkan perniagaan. Program ini sangat menarik dengan hanya anda menggunakan TuneTalk yang bermodalkan RM70 sahaja serta menggalakkan orang lain bertukar kepada TuneTalk.


Ini bukannya program menjual prepaid seperti mymode atau mastereload tetapi mengajak orang menukar line (telco) prepaid dengan nombor lama boleh kekalkan. Setiap kali mereka top up, anda akan mendapat komisyen sampai bila-bila selagi mereka menggunakan telco TuneTalk. Jika dulu tiada siapa sangka Air Asia akan menjadi syarikat penerbangan yang boleh bersaing dengan syarikat penerbangan utama Malaysia, mungkin tidak lama lagi TuneTalk pula akan setanding dengan syarikat-syarikat telco yang sedia ada.


Untuk keterangan lanjut tentang program ini boleh klik DISINI dan daftar dahulu secara PERCUMA! Penulis menggalakkan anda yang berminat untuk menghubungi penulis dahulu tidak kira melalui e-mel, sms, chatting, FB atau sebagainya untuk program ini. Ini kerana penulis lebih suka mereka yang betul-betul berminat dan faham serta boleh berkomunikasi selalu sebelum menyertainya. Jom kita sama-sama buat duit dengan program ni!

--

Rabu, 6 Oktober 2010

Penghargaan

Terima kasih kepada Ama (cucu kepada Pak Awie) kerana mempromosi & menghargai posting yang penulis tuliskan pada 29 Jun 2010 lalu. Kami juga turut merasakan kehilangannya.


Sabtu, 2 Oktober 2010

Fokus & Unik


Menurut pembacaan penulis, ramai orang yang berjaya adalah sebab dia fokus membuat satu perkara sahaja dan selalunya ia melakukannya dengan cara tersendiri. Siapa yang tidak ingin berjaya lebih-lebih lagi membuat sesuatu perkara yang kita sangat minati. Dan yang paling penting, kita buat perkara yang tidak menyalahi undang-undang mahupun agama.

Bagi penulis, fotografi adalah minat penulis dari dulu lagi dan itu adalah jiwa penulis. Penulis memang meminati dunia seni foto bermula dengan melukis di zaman sekolah rendah. Sekarang penulis telah menjadikan kegemaran ini sebagai satu kerjaya dan membuatnya dengan cara sendiri. Dengan itu wujudnya NahamPhoto iaitu bisnes yang penulis usahakan sejak 2005.

Penulis juga mahu fokus, unik & berjaya! Apa pendapat anda?