Penulis agak kecewa apabila terdengar kata-kata orang yang blog itu tiada keperluan & kepentingan. Ramai pula yang mengatakan blog hanya untuk catatan peribadi & tidak sesuai untuk perniagaan atau sesebuah organisasi. Ada segelintir juga yang mengatakan blog sekadar ruang untuk menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan juga hasutan kepada mereka diluar sana.
Persoalan untuk anda, bagaimana agaknya makcik-makcik dikampung mempromosikan jualan kain batik ke luar negara? Bagaimana pula ramai anak melayu seperti
Azizi Ali &
Irfan Khairi sudah menjadi jutawan sekarang? Akhir sekali bagaimana orang bijak pandai seperti
Tun Mahathir dapat memberi pendapat sedangkan dalam berita yang anda lihat setiap malam tidak keluar sedikit pun apa yang dia nyatakan?
Tidak perlulah penulis nyatakan bagaimana mereka lakukan jika tajuk posting diatas anda telah mengatakan 'Ya'. Anda akan membuang masa jika membaca isi-isi yang akan penulis nyatakan dibawah nanti. Anda boleh teruskan membaca e-mail, berchatting menggunakan YM atau melayari laman-laman artis atau luc** kegemaran anda. Atau tutup sahaja tetingkap Mozilla atau Internet Exlorer anda dan jangan layari internet lagi.
Buku yang penulis beli & baca dimana banyak info-info yang menarik mengenai blog. (rahsiablogger.com)
Maaf jika penulis agak kasar dalam penulisan kali ini. Penulis sekadar ingin menerangkan yang internet bukan sekadar mengantar e-mail, berchatting atau melihat....(anda sudah dewasa kan?). Internet sangat luas penggunaannya dan salah satunya adalah BLOG. Wujudnya blog telah memudahkan ramai pengguna dalam mempromosikan perniagaan, berkongsi maklumat & pelbagai perkara lagi (selagi mereka menggunakannya dengan baik).
Blog boleh digunakan oleh pelbagai golongan. Contohnya seorang Pegawai disalah sebuah organisasi. Mereka boleh mewujudkan blog mereka untuk berkongsi maklumat berkenaan kerja mereka atau membuat rekod tentang tugas harian yang dilakukan. Mungkin anda persoalkan, lebih mudah menggunakan YM. Ya, betul, tetapi YM memerlukan rakan anda turut sama online pada ketika itu. Bagaimana pula jika mereka tidak online?
Anda akan kata, "Saya akan gunakan email". Ya, betul, tetapi bagaimana pula jika fail yang anda ingin hantar itu terlalu besar saiznya sehingga ruang mailbox rakan anda tidak mencukupi. Bagaimana pula jika rakan anda tidak mempunyai email atau emailnya yang anda simpan sudah tidak aktif lagi? Anda akan kata pula, "Saya akan buat laman web sendiri". Tahukah anda tentang Frontpage? Dreamweaver? Domain? FTP? Hosting? MySQL?
Salah satu contoh blog mengenai syarikat yang ada dalam internet. Adakah salah jika staf mendapat informasi daripada blog ini?
Tidak perlulah saya nyatakan apa KAEDAH yang paling mudah dapat anda lakukan jika anda berkata 'Ya' kepada tajuk posting ini. Contoh diatas hanyalah satu contoh paling mudah yang boleh dilakukan oleh blog. Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan seperti makluman seorang Pengarah kepada staf-staf bawahannya, dimana dia sedang bertugas menggunakan
twitter (anda boleh kemaskini hanya melalui sms), menyebarkan berita dan lain-lain.
Didalam internet, terdapat banyak laman dan blog yang menyediakan tips-tips blogger dan perkhidmatan seperti kursus dan bengkel untuk perniagaan internet menggunakan blog dimana ia sangat baik untuk dipelajari oleh segenap individu. Didalam organisasi contohnya, penulis tidak nampak keperluan kursus seperti 'solekan' diperlukan (mungkin untuk menggoda bos barangkali...) lebih daripada mengikuti kursus membuat blog.
Rumusanya, penggunaan blog bergantung kepada kebijaksanaan pentadbirnya tidak kira antara pensyarah dengan penuntut, guru dengan pelajar & staf dengan pelanggan. Jika mereka bijak menggunakan blog, mereka boleh maju dengan lebih jauh kerana dalam zaman IT ini, teknologi harus digunakan sepenuhnya. Jika tidak, anda boleh putarkan jam anda dan kembali pada zaman menggunakan mesin taip & kertas karbon.
Anda boleh membaca lagi tentang blog
DISINI.
IKLAN :