Rabu, 21 Januari 2009

Statistik Dalam Blog

Apabila anda sudah mempunyai blog sendiri, antara perkara pertama yang harus anda lakukan adalah meletakkan satu aplikasi STATISTIK didalamnya. Terdapat banyak aplikasi statistik untuk laman web & blog yang ada di internet. Aplikasi ini diletakkan di blog kerana ia akan memaparkan trafik blog anda beserta beberapa statistik yang berguna.

Melalui statistik ini, anda dapat melihat berapa ramai pelawat blog anda dalam satu hari & jumlah keseluruhan pelawat yang membuka blog anda. Apa yang menarik, anda juga dapat melihat URL mana pelawat sampai ke blog anda, dari negara mana pelawat anda serta dari 'keyword' apa yang pelawat taipkan dalam pencarian (searching) mereka.

Ini bermakna anda tidaklah seperti 'syok sendiri' dalam menaip posting di blog. Paling kurang pun anda akan tahu ada orang yang membaca posting anda. Dibawah penulis senaraikan beberapa laman web yang menyediakan aplikasi statistik untuk blog;

1) Sitemeter.com


Selalunya jika anda ingin meletakkan program aplikasi, anda mesti mendaftarkan dahulu URL blog anda. Pendaftaran statistik ini tidaklah terlalu rumit. Sitemeter adalah antara aplikasi yang selalu digunakan oleh blogger dengan grafik-grafik yang menarik.

2) Statcounter.com


Statcounter juga antara aplikasi yang popular dikalangan blogger. Namun ruang lognya agak terhad dan jika anda inginkan lebih ruang untuk menyimpan statistik anda, anda perlu mendaftar sebagai ahli yang berbayar. Grafiknya pula kurang menarik.

3) Motigo.com


Motigo menyediakan statistik-statistik yang mudah beserta dengan peta yang menunjukkan dari negara mana pelawat anda datang. Namun jika anda menggunakan motigo, pelawat hanya dapat melihat satu kotak kecil diletakkan di blog anda (tiada nombor counter).

4) Histats.com


Ini adalah aplikasi statistik yang penulis gunakan. Grafiknya menarik & menyediakan statistik-statistik yang berguna. Fungsi-fungsi dalam histats mudah difahami dan ia menyediakan counter dengan berbagai format untuk dipaparkan di blog anda.

Selain aplikasi-aplikasi diatas, terdapat beberapa aplikasi lain yang mudah seperti Feedjit yang memaparkan negara-negara yang melawat blog anda. Aplikasi-aplikasi ini agak menarik dan harus diletakkan di blog anda sebagai rujukan anda & pelawat. Kepada blogggers yang belum mempunyai statistik, pilihan hanya dihujung jari anda.

Berjumpa lagi dengan tips akan datang. Selamat berblogging!

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

2 ulasan:

Unknown berkata...

info yang berguna..

Syafiq Azuan berkata...

Saya juga guna counter. w3counter. Hehe. :D