Khamis, 28 Mei 2009

Ulang Tahun Pertama "Mencipta Memori" (URL Baru)


Alhamdulillah, hari ini (28 Mei 2009) genap setahun blog "mencipta memori" ini berada di alam maya. Posting pertama telah tersiar pada 28 Mei tahun lepas dengan membawa konsep memaparkan gambar-gambar penulis & hasil kerja penulis sejak dari zaman persekolahan lagi. Berkat kesungguhan & sokongan daripada pelawat, blog ini telah mencapai satu tahap yang membanggakan pada penulis.

Mulanya penulis tidak menjangkakan akan sampai ketahap menjadi seorang blogger. Ini kerana penulis lebih cenderung kepada bidang fotografi. Oleh kerana teknologi yang semakin maju & arena blogging menjadi satu trend, penulis mengambil peluang itu untuk memperkenalkan diri dimata dunia dengan memaparkan info & gambar hasil kerja penulis. Ternyata ia merupakan satu platform yang baik terutamanya untuk perniagaan.

Jika diperhatikan kepada undian di blog ini, majoriti pelawat gemar membaca maklumat/ penulisan dan melihat gambar-gambar dari penulis. Oleh itu, penulis akan cuba tunaikan permintaan pelawat ini dengan terus memberikan informasi berguna & gambar-gambar menarik untuk pembaca. Sekali lagi penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog "mencipta memori" ini.

10 fakta menarik blog 'Mencipta Memori' (sehingga hari ini)

1) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat, 3.28%
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 14
3) Posting paling banyak ulasan : 7 Perhentian, Masihkah Anda Ingat? 13
4) Bulan paling banyak posting : Oktober & Disember 2008, 15
5) Jumlah blog yang diikuti : 43
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 20
7) Jumlah keseluruhan posting : 134
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 30 Disember 2008, 148
9) Kategori paling banyak posting : Fotografi, 40
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 6,599


Oleh itu, dengan menyambut ulangtahun pertama blog "mencipta memori", penulis dengan ini mengistiharkan nama domain (URL) baru telah bertukar dari harrisfadzilah.blogspot.com kepada www.harrisfadzilah.com. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi taraf blog ini ke satu lagi tahap dan terus memberikan informasi kepada pelawat. Semoga blog ini akan terus menjadi blog pilihan anda pada masa-masa akan datang.

*p/s- Blog ini akan berehat selama seminggu kerana penulis terlibat dengan PESAYA 2009 dan tugas sebagai jurugambar perkahwinan sempena cuti sekolah. Perkembangan PESAYA 2009 boleh dilayari di blog khas DISINI.

7 ulasan:

Syafiq Azuan berkata...

Selamat ulang tahun! :D

atengbest berkata...

Congrats.... keep blogging....

oldtechie berkata...

Selamat Ulang Tahun Mencipta Memori En. Reds.... Semoga En. Reds akan sentiasa memimpin masyarakat KPYPJ berkongsi idea, buah fikiran serta perasaan menggunakan blog, Tahniah En Reds.....

Nanie Harris berkata...

Syafik : tq!

blindart : akan diteruskan selagi ada nyawa...

oldtechie : perkembangan blogger di KPYPJ semakin baik...tahniah juga kpd anda sbg slh sorg yg bertanggungjwb menyedarkan mereka dlm dunia internet..

adiemRYAN berkata...

Tahniah Reds.. smoga terus bjaya n btahan.

afizudin@PixCursor berkata...

Thanks and Selamat menjalankan tugas dengan sempurna..

kuizikel berkata...

happy ulangtahun blogging & keep on blogging......