Jumaat, 5 Jun 2009

Selamat Hari Lahir Nailah Hana...


Setahun yang lalu, ayah pernah merasakan perasaan paling 'down' dalam hidup. Hampir berputus asa. Berminggu-minggu berulang-alik ke hospital, tanpa seorang pun kawan-kawan yang menjenguk. Hanya yang ada keluarga terdekat yang datang hanya untuk seketika. Kerja ditinggalkan tunggang terbalik sehingga diperli dan dimarahi bos. Namun itu tidak terus mematahkan semangat ayah untuk terus menerima kehadiranmu wahai Nailah Hana.


Setahun yang lalu, ayah menguruskan emak & anak tanpa rasa jemu. Naik turun ke NICU menghantar barang, makanan & sebagainya. Mendengar tangisan bayi-bayi disitu termasuk Nailah. Mengharapkannya supaya cepat sembuh dari kuning & keluar dari hospital dengan segera. Walaupun diri ayah ketika itu sangat lemah dari dalamannya, namun dikuatkan juga semangat untuk terus menghadapi dugaan yang diberikan.


Setahun yang lalu, ayah menangis bila bersendiri, mengenangkan nasibmu wahai Nailah. Tidak sanggup ayah membayangkan apa yang akan kau lalui. Namun ayah selalu berdoa yang kau akan hidup seperti kanak-kanak yang normal. Ayah terus dan terus bangun dari perasaan yang jatuh jauh ke dalam bumi. Memastikan yang dirimu akan dapat mengecap nikmat hidup yang sempurna.


Hari ini (5/6/09) genap setahun kelahiranmu Nailah. Satu jangkamasa yang sangat panjang bagi diri ayah dan emak. Semua dugaan telah dapat dihadapi. Semua halangan telah dapat ditempuhi. Walaupun ayah tidak sempat membuat apa-apa majlis dihari kelahiranmu yang pertama, ayah tetap berdoa agar dirimu terus bahagia dan menjadi seorang anak yang baik.

"Selamat Hari Lahir Nailah Hana, dari Ayah & Emak"

8 ulasan:

kuizikel berkata...

happy birthday nailah hana!

smoga dapat jadi anak yang solehah & membesar bagai johan!!!!

Anipah Ahmad berkata...

Air mata sy hampir menitis bl membaca entry ni. Terasa sgt luahan naluri seorang ayah. Maaf reds..tak dapat bersama2 ketika susah ketika itu. Rasanya masa tu sy dah kat KKBP. Apapn tahniah kpd cik reds sekeluarga kerana tabah melalui segala kepayahan. Moga Nailah memjadi seorang anak yg berguna kpd ayah, emak, keluarga, agama, bangsa dan negara.

J.U.L.I.E berkata...

hepi besday utk nailah...
itu semua dugaan..yg penting dia sihat dan ceria sama seperti kanak2 lain..

fiza berkata...

semoga kehadiran nailah terus menceriakan kehidupan en.harris sekeluarga...amin...

Tanpa Nama berkata...

semoga haris akan tabah dan redha atas kurniaan dr Illahi.mungkin ada hikmahnya setiap yg. berlaku.Tidak semua ibu bapa dapat menerima kenyataan spt ini.

Inda berkata...

terharu bace nukilan nie... same la situasi kite kat sini... suami berulang alik ke hospital tgk imran dan antar susu perahan dkt imran dekat NICU...

mase tu saye kat umah rindu sgt kat imran... bile perah susu tu menitik nitik air mate sambil tgk gmbr imran...

tapi Alhamdullilah doa kami dimakbulkan... semoga sumenye selamat utk kite sume... ;)

Jek berkata...

Pergh.. Reds, shahdu sungguh baca kali ni... sob..sob...

AYU berkata...

Sedihnye membaca nukilan ni. Untuk Nailah, selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang baik. Dan untuk en reds suami isteri dan ibu bapa yang lain berdoalah semoga kita menjadi ibu bapa yang penyayang dan dapat mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhai Allah..Amin