Isnin, 4 Mei 2009

Kerja Saat Akhir...

Anda suka kerja diwaktu-waktu kritikal? Bagaimanakah cara kerja anda? Adakah anda suka menyimpan kerja anda disaat-saat akhir atau menyiapkan dahulu dan berehat kemudian? Lain orang lain cara kerjanya. Ada yang suka kerja pejabat dibawah nyamannya udara air-cond dan ada pula yang suka kerja bermandi keringat dibawah sinaran matahari. Teringat rangkap lagu 'Kolar Biru' kumpulan Kembara yang berbunyi...

Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga

Kerja, kerja, kerja

Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru

Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku

Kerja, kerja, kerja..

Lagu & Lirik : M.Nasir

Ya, jika penulis diberi pilihan, penulis akan memilih berniaga dari kerja dipejabat. Penulis lebih rela bergerak kesana-sini dari hanya duduk diatas kerusi. Sebelum bekerja dipejabat sekarang, penulis pernah berniaga sejak dari belajar di kolej lagi. Sekarang ini pun penulis bekerja di hari biasa dan berniaga di hari minggu. Gigih membuat dua kerja dalam satu masa untuk menanggung keluarga dizaman ekonomi meleset ini.

Kolar Biru? Kolar Putih? Mana satu pilihan anda?

Berbalik kepada cerita kerja 'last minute' tadi, apa yang penulis ingin katakan, kadangkala seorang pekerja akan menjadi mangsa kerja saat akhir. Jika menunggu seseorang itu menghantar laporan contohnya, seringkali berlaku orang yang perlu menghantar laporan itu melengah-lengahkan tanggungjawabnya. Akhirnya orang yang mengumpul laporan tersebut akan mengejar masa membuat penyudah.

Namun itulah hakikat bekerja makan gaji & menjadi pekerja bawahan. Segalanya perlu diterima dengan rela hati. Pengorbanan dari segi masa & tenaga harus dibuat walaupun kadangkala tidak mendapat sedikit pun penghargaan. Bukan ganjaran yang diminta namun cukup sekadar secebis penghormatan. Ketika ini (jam 10.34 malam), penulis masih dipejabat menyudahkan kerja yang buat saat akhir....

2 ulasan:

atengbest berkata...

tu pun sempat lagi buat posting utk blog.....

Nanie Harris berkata...

sempat buat posting sbb menunggu dokumen beribu-riban difotostat, kemudian perlu dicompile...