Selasa, 12 Mei 2009

Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta



Nailah sudah 2 hari demam. Badan & kepala panas sangat. Tidak aktif bermain. Tidak mampu senyum. Makan pun tak nak. Tidur pun tak lena. Seperti biasa Nailah perlu dihantar ke klinik. Dirumuskan cerita, 2 klinik telah dihantar seperti dibawah;

Klinik Kerajaan (Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru)
- Tunggu : LAMA
- Doktor : Tanya mak bapak pulak anak sakit apa. Tulis-tulis lebih kurang.
- Ubat : Ubat demam & antibiotik (tapi bagi salah dos)
- Bayaran : Percuma
- Lain2 : Misi tulis timbangan pun salah buku.

Klinik Swasta (Klinik Perling)
- Tunggu : SEKEJAP
- Doktor : Periksa darah, tekanan jantung, suhu badan, tekak, mata, telinga, tanya perkembangan anak, sumbing, beritahu sukatan ubat & last sekali isi ubat b****t.
- Ubat : Selsema, Antibiotik, Syrup Demam, Kapsul b****t.
- Bayaran : RM28.00
- Lain2 : Bagi nasihat.

Lamanya!

Persoalan, apakah sebenarnya mentaliti bagi pegawai-pegawai kerajaan? Ini baru contoh di klinik, penulis pernah dilayan kasar oleh pegawai pendaftaran Mersing sambil menghisap rokok dalam bilik berhawa dingin. Bukan ingin memburukkan nama kerajaan namun ia perlu diperbaiki jika ingin terus menang dalam pilihanraya akan datang.

12 ulasan:

fiza berkata...

dah biasa ris ngn perkara2 yg buruk mengenai klinik kerajaan...tp diorg tak amik port pun...yg penting pada diorg tiap2 bulan gaji masuk...baik pi swasta bayo lebih tapi berbaloi...

oldtechie berkata...

Sabarlah Harris, mungkin tuhan nk bagi yg buruk-buruk kat kita pasal nk kita 'bersih' bila kita kembal kepada-Nya, bersabarlah dengan karenah orang kerajaan yang tak sudah2 dgn perangai buruk mereka (tak semua)....

fadh berkata...

senario biasa kalau gi klinik kerajaan...

tapi masa anak aku haziq sakit dan ditahan kat NICU.. aku memang respect ngan doc n nurse bahagian situ.. kalau yang biasa2 ni memang annoying! mulut plak cam haram!

kapsul b****t tu.. nama nya... insert paracetamol ye.. hehehe

Reds berkata...

Fiza : tulah, lebih baik kuar skit duit...

Oldtechie : Betul gak tu...mmg bukan semua tetapi nila setitik, rosak susus sebelanga...

Fadh : Masa Nailah ditahan di NICU dulu, nursenya mmg baik2...itu di Hospital la, kira satu perkembangan yg baik.

Terima kasih atas nama ubat tu...kau mmg mamacool yg penuh info... :)

Mr.RHishaM berkata...

Ada yang baik dan ada yang buruk Bro. Biasak la tu. Macam jugak kalu kita gi sekolah anak - anak kita. Buat tak layan ajer. Geram plus sakit ati jugak aku.

J.U.L.I.E berkata...

Harris, org kerajaan mmg suka buat keje mudah, senang...rehat byk, pagi mkn,tghari mkn,ptg mkn,blom kira waktu merokok, pastu wat keje ntah apa2..,sy pnah keje kerajaan..so i know...hahaha,dh bercampur ngn diaorg..

Anipah Ahmad berkata...

ye la reds...kalau nak terus bertahan n menang piliharaya..kena ubah la style kerja org2 gomen ni. Kdg2 hangin dgn sikap berlagak dorang. Dah la yg kerja gomen ni kbykannya org melayu...wat malu bangsa melayu jer..yg konon2nya bangsa kt ni bersopan santun berbudi bahasa, tp hampeh.

Reds berkata...

Mr.RHishaM : mmg x semua tp selalu...sabar2 bro...

Julie : tulah, hrp2 mentaliti diorg dpt diubah...

Anipah : Melayu dh byk merosakkan nama melayu sendiri...kadangkala kita malu mengaku kita ni melayu...

lixdo berkata...

" Bukan ingin memburukkan nama kerajaan namun ia perlu diperbaiki jika ingin terus menang dalam pilihanraya akan datang."

ayat di atas rasa tak sesuai kot. sebab kalau kalah pun yang bertukar cuma pemimpin yang kerja tetap buat kerja yang sama. Yang penting mentaliti perkerja tue kene betul.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Untuk si comel Nailah, syafakillah. Semoga Allah mmberi kesembuhan :) Untuk penulis, moga Allah berikan ganjaran atas kesabaran anda :)

Thanks for sharing. Pada pandangan saya, kita juga perlu cuba fahami situasi kemudahan kesihatan di Malaysia.

Ratio pesakit dan kakitangan yang tak seimbang menyumbang turut menyumbang kepada masalah ini, bukan semata-mata tentang mentaliti pekerja kerajaan. Pekerja-pekerja kemudahan kerajaan ini juga manusia yang ada hati dan had kesabaran. Kalau kerja gaji sikit, lepas tu berhadapan dengan macam-macam karenah orang sakit, sesiapa pun boleh terhakis kesabarannya.

Kemudahan swasta mungkin membayar lebih kepada pekerja-pekerja mereka tapi mereka juga menghadkan bilangan pesakit yang boleh diattend dalam satu masa. Sebab itu mereka boleh berikan layanan yang baik dan cepat.

Malaysia sedang berusaha ke arah yang lebih baik dan saya yakin masalah ini akan dapat diatasi kelak, insyaAllah.

Sekadar pandangan :)

Ibn Asad

Reds berkata...

Lixdo : ya, mgkn ayat sy itu tidak sesuai dan menyentuh beberapa pihak, maafkan sy. Persepsi sy cuma melihat kpd apa yg selalu berlaku, itu shj. Tp kenyataan anda itu tpt sekali. semua bergantung kpd pekerja itu sendiri...

Ibn Asad : Terima kasih atas lawatn & doa anda, semoga anda juga turut mendapat keberkatan. Persepsi anda dlm melihat ratio pesakit & perawat juga satu yang baik & berinformasi. Ditambah pula dgn musim skrg yg berpenyakit, lebih meramaikan lagi jumlah pesakit di Malaysia..Terima kasih atas pandangan anda...

Uncle Bourne berkata...

Ni kalau PM baca blog ko reds mesti dia sedih... dalam keadaan menteri2 kena patuhi KPI, 'kaki dan tangan' kerajaan mcm biasa jer. Seolah- olah mcm x de aper2 berlaku. tak mengapa... allah itu maha adil..