Teknologi maklumat zaman ini memudahkan kita mencari apa saja maklumat yang diingini. Sepertimana ramai yang tahu, internet menyediakan ruang untuk mencari maklumat iaitu dipanggil enjin pencari (search engine). Enjin pencari yang paling popular digunakan sekarang adalah Google. Selain Google, Yahoo & Youtube juga antara enjin pencari yang popular. Youtube boleh dikategorikan sebagai enjin pencari yang memaparkan maklumat dalam bentuk video.
Jika anda ingin mencari maklumat, terdapat juga teknik-teknik yang betul agar anda memperolehi apa yang diingini. Antaranya adalah;
1) Gunakan lebih dari 2 patah perkataan
Contoh jika anda ingin mencari maklumat mengenai resepi asam pedas dari negeri johor, lebih baik anda menaip "resepi asam pedas" atau "resepi asam pedas johor" daripada hanya menaip "asam pedas" sahaja. Ataupun anda ingin mencari jurufoto kahwin, boleh taip "jurufoto kahwin Mersing" atau "Mersing wedding photographer" yang merujuk terus kepada mereka yang memberikan khidmat dalam kawasan anda.
2) Klik bahagian image jika anda ingin mencari gambar sahaja.
Jika anda perhatikan gambar antaramuka Google diatas, terdapat pelbagai kategori carian seperti image, maps & youtube (sebelah atas sekali). Jika anda mencari sesuatu gambar, taip kata carian dan klik pada image. Google akan memaparkan gambar-gambar sahaja berbanding hanya teks dan link laman web. Cara yang sama jika anda ingin mencari video dan sebagainya.
3) Pastikan ejaan yang betul.
Jika anda menaip ejaan yang salah, mungkin anda tidak memperolehi maklumat yang dicari. Jika kesilapan terjadi, perhatikan cadangan yang diberikan oleh Google kerana salah satu kelebihan menggunakan enjin pencari ini adalah ia dapat mencadangkan kata carian yang seakan hampir dengan kata carian anda yang tersilap ejaan tersebut.
4) Yang paling atas adalah yang paling banyak maklumat
Carian anda akan disenaraikan dengan laman yang paling banyak maklumat akan berada diatas sekali dalam mukasurat pertama. Ini bermakna anda akan memperolehi banyak maklumat dalam hasil carian mukasurat pertama dan semakin berkurang jika anda pergi ke mukasurat ke-10.
Semoga anda dapat menggunakan enjin pencari dengan baik dan memperolehi maklumat untuk kegunaan harian. Kepada penulis blog atau pembuat website, nantikan teknik-teknik untuk menaip atau mengisi maklumat pula dalam posting-posting akan datang. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan