Seringkali kita perhatikan, ramai orang yang menyebarkan maklumat secara bebas di laman-laman internet seperti blog dan Facebook. Maklumat-maklumat ini mudah tersebar dari seorang ke orang yang lain memandangkan kemudahan berkongsi maklumat hanya dengan satu klik atau satu butang. Sebagai pengguna yang bijak kita harus tahu etika-etika untuk menulis dan berkongsi supaya gejala penyebaran maklumat tidak membawa kepada impak negatif. Berikut adalah sedikit panduan bagaimana untuk menulis dan berkongsi maklumat di internet;
Selalunya ramai penulis menjadikan blog mereka sebagai diari online untuk mereka menulis apa yang telah mereka lalui. Sebaik-baiknya, jangan menulis perkara-perkara yang terlalu emosi seperti memaki-hamun, marah dan kecewa. Ada juga yang suka melepaskan perasaan di wall Facebook. Seelok-eloknya tuliskan status yang memberi kebaikan agar orang lain tidak perlu membaca perkara-perkara yang negatif. Jika anda berniaga menggunakan Facebook, status negatif sebegitu akan menjatuhkan kreadibiliti anda sebagai seorang usahawan.
2) Jangan sebarkan maklumat palsu
Sangat menyedihkan kerana sering berlaku pengguna internet menyebarkan maklumat yang palsu. Contohnya gossip-gossip artis atau politik yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Elakkan berkongsi maklumat yang anda tidak pasti kesahihannya. Contoh telah banyak berlaku seperti orang yang sakit dikhabarkan telah meninggal dunia sedangkan orang itu masih hidup. Perkara sebegini akan menimbulkan rasa marah dan sedih kepada keluarga dan diri mangsa sendiri.
3) Jangan mudah percaya sesuatu maklumat
Satu lagi perkongsian yang selalu berlaku adalah maklumat-maklumat yang menyatakan halal-haram atau sah-tidak sah, boleh-tidak boleh dan sebagainya. Di Facebook contohnya, mudah berkongsi maklumat yang menyatakan produk ini tidak halal atau artis ini telah mengandung luar nikah. Mempercayai sesuatu maklumat tanpa membuat kajian dan siasatan akan menyebabkan berita palsu mudah disampaikan kepada semua orang. Oleh itu sebelum berkongsi maklumat, kaji dulu kebenaran maklumat tersebut.
4) Jangan menjatuhkan reputasi orang lain
Penulisan anda juga mestilah telus. Jangan menulis atau berkongsi maklumat yang boleh menjatuhkan reputasi orang lain. Contohnya memburukkan perniagaan atau melakukan sindiran yang memburukkan seseorang individu atau syarikat. Penulisan anda juga tidak perlu menyakiti hati orang lain dengan terus menyebut nama mereka tanpa berlindung. Elakkan berkongsi perkara-perkara yang sensitif seperti masalah rumah tangga dan keluarga.
Panduan ini adalah untuk semua dan peringatan untuk diri penulis sendiri. Biarlah apa yang kita kongsikan dalam internet memberikan kebaikan kepada semua dan bukannya memberikan impak negatif. Teruskan menulis dan berkongsi maklumat dengan penuh etika. Insya Allah masyarakat akan turut menjadi positif. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan