Khamis, 1 Julai 2010

Pokok Keluarga (Family Tree)

Masa kanak-kanak dahulu penulis selalu merasakan yang keluarga penulis sangat unik dan rapat antara satu sama lain tidak kira lah disebelah abah atau emak. Hubungan kekeluargaan antara mereka sangat kuat tidak kira lah sepupu, dua pupu, dan hubungan-hubungan yang lain. Mungkin itulah keistimewaan orang zaman-zaman dahulu dimana mereka sangat rapat antara satu sama lain. Contohnya emak, antara dia & dua pupunya pun mesra seperti adik beradik. Mungkin kerana pada zaman dulu mereka tidak terpisah jauh.

Penulis dan sepupu-sepapat (sebelah emah) satu ketika dulu...

Bagi penulis pula, hubungan antara penulis dengan sepupu memang rapat dan dijaga sejak dari kecil lagi. Jika ada sepupu yang membaca artikel ini pasti mereka akan bersetuju. Di zaman kanak-kanak, jika hari raya atau cuti sekolah, bertemu dengan sepupu sepapat memanglah antara yang ditunggu-tunggu. Bermain bersama-sama, adakalanya mencipta memori suka-duka. Penulis juga suka mengambil gambar-gambar mereka untuk dijadikan kenangan. Jika lama tidak berjumpa pasti ada sedikit rasa rindu.

Penulis dan sepupu-sepapat (sebelah abah) buat reunion raya 2007 dulu...

Tidak hairanlah sehingga ke hari ini hubungan antara penulis dan sepupu sepapat terus terjalin walaupun sudah ramai yang berkeluarga. Ditambah lagi dengan teknologi yang ada kini seperti e-mel & Facebook, ikatan yang ada itu dapat diteruskan. Penulis juga dapat melihat contoh keluarga abah baru-baru ini di majlis perkahwinan anak kepada sepupu Abah (cucu atuk saudara) di Mersing. Penulis dapat perhatikan bagaimana mesranya abah dan sepupu-sepupunya walaupun masing-masing telah mencapai usia emas.

Abah (tengah) bersama-sama sepupu-sepapatnya baru-baru ini.

Apa yang ingin penulis sampaikan disini adalah, adakah hubungan keluarga atau family tree yang mesra ini akan dapat dikekalkan apabila tibanya zaman anak cucu kita? Mungkin ada juga keluarga yang tidak mesra seperti keluarga penulis tetapi bagi penulis sangat sayang jika tradisi itu hilang dalam generasi akan datang. Penulis sangat risau jika pada masa-masa akan datang, antara anak penulis & sepupu-sepapatnya sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Semoga tradisi yang sihat ini akan terus berkekalan.

*p/s- terfikir nak buat lagi reunion sepupu-sepapat raya tahun ni.

3 ulasan:

Norazman Md Noh berkata...

Sangat menarik....!!!!

en_me berkata...

ada tak buat salasilah keluarga yg menarik nih.. ihihi

Nanie Harris berkata...

Ada mmg ada, begitu besar sekali pokoknya...