Ahad, 18 Julai 2010

Laptop Make Over

Saja suka-suka untuk mengisi masa lapang, penulis membuat sedikit perhiasan kepada laptop penulis hasil dari pembelian skin stiker ketika menemani sahabat baik, Kaff kat Taman Universiti tempohari. Kaff telah membeli hardisk berkapasiti 1 Terabait untuk pejabatnya dan mungkin yang paling besar pernah digunakan dalam sejarah KPYPJ. Manakala penulis pula membeli cartrigde Epson black dan skin laptop "Liverpool".

Abis shooping di kedai komputer ni, Kaff telah belanja saya nasi ayam penyek bersama air tembikai. Memang dah terliur nak makan nasi ayam penyet sejak turun bertanding Futsal i-Metro lagi tetapi ketika itu kempunan. Sebelum itu Kak Zu telah belanja penulis nasi goreng asam pedas ketika sarapan dan malamnya saudara Shahril pula belanja nasi goreng USA. Maka lengkaplah menu makanan penulis hari tu tanpa mengeluarkan duit. Terima kasih ya!



Dan inilah hasilnya sesudah siap memasang skin laptop tersebut. Berpeluh-peluh juga untuk memasangnya dan memerlukan seni & kesabaran yang tinggi. Nampaknya penulis memang tidak boleh lari dengan aura Merah. Lepas ni adalah sedikit kelainan pada laptop ni sebab ada lebih kurang 4-5 laptop yang sama dipakai oleh ahli keluarga. So tak lah nampak sama semuanya. Adios!

4 ulasan:

Kaff berkata...

nampak santek dan kemerahan

cheekongsejuk berkata...

cun la.. nk beli gak la baju baru utk laptopku..

Amay Hamidi berkata...

Dasat ni bro..Berapa RM yang terlibat?

Reds berkata...

16 hengget jer...hehe