Khamis, 15 Julai 2010

Ruang Berkarya

Siang bekerja, malam berniaga. Itulah antara rutin penulis seharian dimana setelah pulang bekerja, penulis banyak menghabiskan masa untuk menguruskan bisnes penulis iaitu NahamPhoto. Dirumah terdapat satu ruang dimana penulis melakukan tugas-tugas tertentu. berkenaan NahamPhoto. Jika di Johor Bahru dahulu penulis mempunyai satu bilik besar untuk dijadikan pejabat tetapi kini memadai dengan sedikit ruang yang ada. Saiz ruang tidak penting, yang penting hasil kerja kita dan apa yang penting lagi, ada sambungan internet.


Disinilah penulis menghabiskan masa untuk mengedit gambar, membalas emel pelanggan dan membuat tugasan-tugasan yang lain. Memang jarang sekali penulis menonton TV atau keluar bersiar-siar (melainkan jika perlu). Selain dari bermain futsal, disinilah tempat penulis duduk selalunya sehingga 12-1 pagi. Akan datang penulis bercadang membuat sedikit renovasi untuk ruang bekerja ini dan ingin menjadikan ia lebih ceria. Ia dengan harapan agar suasana yang lebih ceria membuatkan penulis lebih selesa & mudah mendapat inspirasi. Insya Allah.

*p/s - ada cadangan tak nak letak apa untuk nak menceriakan ruang ni?

Tiada ulasan: