Khamis, 8 Julai 2010

Oranje vs La Roja


Seperti yang semua tahu, final Piala Dunia tahun ini akan menemukan pasukan Belanda dan Sepanyol. Pertemuan pastinya menarik kerana kedua-dua pasukan belum pernah lagi memenangi piala dunia sebelum ini. Walaupun penulis menggemari warna merah tetapi penulis lebih meminati pasukan berwarna oren ini sejak tahun 90an selain dari pasukan England & Jerman. Penulis lebih memihak pasukan Belanda ini atas faktor permainan & pemain itu sendiri.

Ini bukan pasukan Belanda, cuma sepupu-sepupu penulis yang telah di Belandakan...

Jika kita lihat dari segi statistik piala dunia, ia lebih memihak kepada Belanda kerana telah 2 kali layak ke final iaitu pada tahun 1974 di Jerman dan 1978 di Argentina. Dalam kejohanan eropah pula, Belanda telah memenangi Euro 88 di Jerman dan kebanyakkannya melepasi peringkat suku akhir dalam tahun-tahun yang lain. Pemain-pemain belanda juga ramai mempunyai bakat istimewa seperti lagenda Johan Cruyff & Ruud Gullit.

Siapa boleh lupa gaya rambut dia ni? Ruud Gullit

Belanda juga terkenal dengan permainan 'Total Football' iaitu strategi dimana tidak terlalu bergantung dengan formasi dan peranan pemain. Setiap pemain bebas menukar posisi tidak kira pertahanan, tengah atau penyerang (kecuali penjaga gol) dimana sistem ini sangat memerlukan pemain yang berkebolehan tinggi. Jika Brazil terkenal dengan sambanya dan England dengan short passes, Total Football adalah salah satu keunikkan Belanda.

Patrick Kluivert adalah pemegang rekod penjaring terbanyak pasukan Belanda dengan 40 gol.

Bagi Sepanyol pula, barisan pemain-pemainnya memanglah semuanya bintang-bintang yang terkenal. Sama juga seperti kelab terkenal dinegara mereka iaitu Real Madrid, barisan pemain yang mempunyai tahap bintang tidak semestinya menjadi faktor kejayaan sesuatu pasukan. Bebekalkan gelaran juara eropah 2008, Sepanyol pastinya berdepan dengan cabaran getir melawan pasukan anak buah Bert Vab Marwijk ini.

Gaya cermin mata Edgar Davids...

Pada 12 Julai nanti, pasukan Belanda akan menentang Sepanyol untuk menentukan pasukan manakah akan mencipta rekod memenangi Piala Dunia untuk pertama kalinya. Masing-masing pasti sudah ada pasukan pilihan dengan sebab-sebab yang tertentu. Ada antaranya disebabkan status bintang pemain, sejarah pasukan dan ada juga kerana ke'hensem'an seorang pemain dalam pasukan tersebut. Apa-apa pun selamat berjaya kepada pasukan masing-masing.


*p/s - Go! go! Oranje!

3 ulasan:

Julie Shahril berkata...

ni penyokong belanda tegar nih...
baek....saya sokong spain is not about david villa, tu adik saya punya reason sbb dia ala2 sengal, dan saya pun bukan peminat villa sbb saya suka messi..hehehe, saya pon x tau nape saya sokong spain, sesaja je kot sbb saya bkn pengikut setia world cup ni...wakakaka...

Nanie Harris berkata...

hehe...sy tau awak suka messi sbb ada baca kat blog. Sbnrnya ramai lg kwn2 sy yg suka Villa tu, ada yg suka Casillas la... :)

Anipah Ahmad berkata...

Cik Reds...sy suka dgn info yg dipaparkan kat entry ni. Bukan kerana sy turut menyokong team yg sama..tp info2 menambahkan pengetahuan yg ada. Sy kenal n lum lupa lagi hingga kini Ruud Gullit n Patrick Kluivert. Menunjukkan sy tahu gak la berkenaan player Belanda yg dikenali ramai.