Pada jam 3.45 petang tadi (Jumaat, 23 Julai 2010), Facebook penulis telah dikatakan sedang mengalami kemaskini dan tidak dapat dibuka. Sebelum ini penulis pernah mendengar dari rakan-rakan yang Facebook mereka juga tidak dapat dibuka dalam tempoh waktu tertentu. Ada yang kembali normal tetapi tidak pasti ada tidak diantara mereka yang terus tidak dapat membuka akaun Facebook mereka.
Andai ia terjadi (tidak dapat buka Facebook), apa agaknya yang anda akan rasa? Adakah anda akan terasa dunia ini gelap? Ataupun anda sudah tidak berminat dalam dunia IT? Atau apa lagi? Hmm, memang tak dapat disangkal Facebook telah berjaya menemukan rakan lama, dapat mempromosikan bisnes dengan mudah tetapi kita harus bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.
Jika anda tahu, selain Facebook terdapat beberapa lagi laman yang popular seperti Twitter. Anda juga boleh membuat blog anda sendiri atau paling kurang pun anda masih mempunyai e-mel. Ketiaadaan Facebook bukanlah penamatnya. Mungkin anda perlu bersedia daripada sekarang seperti menyimpan e-mel & contact rakan-rakan anda. Itu adalah salah satu cara yang boleh anda buat.
Permasalahan sebegini bukan sebenarnya pada Facebook sahaja. Jika anda menggunakan aplikasi percuma seperti ini, risiko untuk akaun dimansuhkan atau tidak dapat dibuka memanglah ada. Ia mungkin boleh berlaku akibat ralat sistem ataupun khianat dari orang lain seperti hackers. Sebab itu anda disyorkan membeli hosting & domain sendiri agar keselamatan maklumat anda lebih terjamin.
Untuk kes penulis ini, andai kata Facebook penulis ini sudah tidak dapat dibuka langsung pada masa-masa akan datang, anda boleh mengikut penulis di Twitter. Atau pun teruskan melanggan Blog Mencipta Memori ini. Penulis juga mempunyai YM, Laman Web NahamPhoto dan e-mel. Perhubungan tidak akan terputus dengan mudah tetapi sekali lagi pesanan penulis kepada pembaca, SILA BUAT PERSEDIAAN.
*p/s - harap Facebook penulis akan dapat digunakan kembali.
3 ulasan:
kul 4.15 dh ok... 1/2 jam jer prob...
ooo..ye ke....
ok,haritu baru baca emel,psl ni lah,biasanya pihak admin fb akan mansuhkn akaun org2 yg byk join group menentang israel, as u know fb ni yahudi punya, but kita gunakn fb utk mncari kwn,tp ntah la....tawakal aje..
Ye betul tu Julie.
Kena brhati2 gak cam info2 peribadi xleh tulis detail sgt...
Pape pun kita cuba guna kearah kebaikan...
Catat Ulasan