Jumaat, 19 Februari 2010

Apa Nama Saya?

Semua orang ada nama. Nama adalah sesuatu yang diberikan kepada kita. Jika dalam Islam, nama memainkan peranan dengan mengambil berat tentang maksudnya. Namun selalunya orang lain akan memanggil nama kita dengan nama panggilan atau nama singkatan yang lebih mudah disebut.

Ada kalanya nama panggilan itu dipendekkan daripada nama asal atau mengikut pangkat dalam adik beradik atau sebagainya. Disini penulis ingin ceritakan sedikit tentang nama-nama panggilan yang ada pada penulis. Mungkin topik ini agak eksklusif sebab tidak pernah dipaparkan dimana-mana media. Mungkin tidak.

1) Adik : panggilan ini disebut oleh Mak, Abah, Kak Long dan beberapa saudara-mara yang lain. mungkin kerana penulis adalah anak ke-2, maka dipanggil Adik kerana telah mempunyai kakak.

2) Ngah : atau Abang Ngah dipanggil oleh adik penulis dan beberapa sepupu penulis disebelah abah. Ya, sudah pastinya nama ini diperolehi kerana anak yang ke-2. Jika disebelah isteri pula, pangkat dah jatuh skit jadi Abang Cik.

3) Yi (harry) : Panggilan 'Yi' disebut oleh segelintir keluarga sebelah Mak. Berasal dari singkatan Harry (Harris yang di mat sallehkan kononnya) maka terjadinya panggilan tersebut. Adik lelaki penulis pula dipanggil 'Ya' manakala sepupu rapat, abang yu dipanggil 'Yu'. Maka lengkaplah Ya Yi Yu...

4) Kantan : Hmm...rasanya inilah panggilan yang paling kelakar sekali. Dicipta oleh Nenek (sebelah Abah), nama ni agak tidak disenangi dulu tapi sekarang macam suka pulak sebab agak unik. Kalau nak tau apa maksudnya boleh tanya Nenek penulis...

5) Hanim : Hanya seorang saja yang panggil nama ni iaitu Pak Long. Disebabkan dia agak 'special', pada dia sebutannya adalah Harris tapi pada orang lain bunyinya jadi lain.

6) Ris : Kebanyakkan kawan-kawan menggunakan panggilan ini mungkin kerana senang, mudah simple dan tidak memelitkan lidah jika menyebutnya. Free & easy...

Design baju ni penulis cipta semasa tingkatan 5. Masih ingatkah lagi kawan 5 Bistari '97? Cuba cari nama penulis disitu...

7) Reds : Nama ini penulis cipta sejak dari sekolah menengah lagi. Oleh kerana penulis meminati warna merah dan sebutannya pula hampir sama dengan 'ris', maka nama ini dikomersialkan menjadi nama pena hingga sekarang.

8) Aris Ariwatan : Ni hanya nama panggilan suka-suka dan jarang sekali disebut. Kadang-kadang jer.

9) Haris Fadilah Kamsah : Ni pun kes yang sama seperti diatas. Rasanya ada seorang kawan bernama Rashid Isnin yang selalu memanggil nama ni.

10) Harisfad : Agak pelik & rare. Terima kasih kepada Nor Azairiah Fatimah atas nama ni! Huhu

Ada kalanya nama-nama panggilan ni berasaskan tempat asal seseorang itu. Ada orang yang dipanggil seperti 'Penang', 'Mat Perak' dan seumpamanya. Nasib baik takde orang yang panggil penulis 'Endau'. Apapun nama anda atau nama orang yang kita nak panggil, biarlah nama panggilan itu selesa bagi tuan badan. Jangan sampai ia menyinggung perasaan mereka pula. Apa pula nama panggilan anda?

1 ulasan:

Unknown berkata...

mana pergi 'haris fazilah takpelah'? hehe