Sabtu, 6 Februari 2010

Kuasa E-mel (Email)

Penyampaian maklumat terpantas satu ketika dulu...

Zaman berubah dengan pantas. Jika penulis dizaman kanak-kanak dahulu (awal 80an), penulis masih boleh ingat mendengar radio adalah satu cara penerimaan maklumat yang utama ketika itu. Begitu juga dengan televisyen kecil yang dapat ditonton sekeluarga. Jika ingin berhubung dengan orang yang jauh, surat adalah satu-satunya pilihan yang ada. Mungkin juga anda pernah mendengar telegram yang paling cepat pun boleh sampai kepada penerima dalam satu hari.

Masuk era 90an, surat masih lagi menjadi pilihan utama untuk komunikasi. Hujung 90an, penulis sudah menggunakan hand set yang pertama dengan jenama NEC menggunakan line TM TOUCH (ketika itu belum ada sim card). Masuk era 2000, komputer & e-mel sudah mula digunakan tetapi tidak terlalu popular. Seterusnya masuk era SMS, MMS, Bluetooth dan komputer menjadi perkakasan yang wajib berada dirumah. E-mel pula semakin banyak digunakan malah boleh juga diakses menggunakan hand set.

Begitulah komunikasi telah berubah dari masa ke semasa. Seperti yang kita sedia maklum, e-mel adalah sesuatu yang wajib diperolehi oleh setiap orang pada masa kini. Ia ibarat peti surat rumah kita sendiri dimana posman akan meletakkan 'surat' anda didalamnya. Bezanya, anda akan mengambil 'surat' anda itu samada menggunakan PC, Hand set atau alat-alat yang lain. Anda mungkin sudah tahu, e-mel memberi anda banyak kelebihan seperti;
Buatlah nama e-mel yang menggambarkan identiti anda sebenarnya

1) Dapat bertanya, memberikan pendapat, berkomunikasi, menghantar fail dan apa-apa perkara tanpa menunggu lama seperti surat biasa atau telegram.

2) Anda ada ruang yang tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa perlu sentiasa menunggu didepan PC/ HP untuk mengharapkan mesej anda masuk.

3) Boleh mencapai peti maklumat anda dimana-mana sahaja anda berada & bila-bila masa yang anda mahu.

Namun begitu mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak sedar, e-mel boleh melakukan lebih dari apa yang dinyatakan diatas seperti;

1) Sebagai pangkalan data (database) menyimpan maklumat rakan atau keluarga anda. Kebanyakkan e-mel menyediakan ruang untuk menyimpan nama, nombor untuk dihubungi dan pelabagai maklumat lain supaya pengguna dapat mencapainya bila diingini. Pastikan anda selalu mengemaskini maklumat rakan dan keluarga anda kerana anda pasti akan memerlukannya nanti.

Simpan maklumat peribadi rakan-rakan anda sebagai rujukan dan lain-lain kegunaan.

2) Sebagai satu perkara wajib dalam urusan pendaftaran online mana-mana laman web. Jika dilihat, pendaftaran akaun-akaun internet seperti perbankan internet, penempahan tiket online dan permohonan jawatan kosong memerlukan anda mempunyai e-mel. Ini kerana setiap pemberitahuan, maklumat terkini dan maklumat sulit akan terus dihantar ke e-mel anda.

3) Sebagai pemberitahu jika anda diluar kawasan atau tidak dapat membuka e-mel dalam jangkasamasa yang lama. Cuba cari dalam sistem e-mel anda jika terdapat sistem di panggil AUTO-RESPONDER yang boleh digunakan untuk beberapa tujuan yang penting seperti yang dinyatakan diatas. Ia juga boleh digunakan sebagai satu alat promosi jika anda mempunyai urusan bisnes.

Contoh salah satu sistem Auto-Responder dalam e-mel

Oleh itu, jika anda belum mempunyai e-mel, anda boleh mendaftar sekarang dan kepada yang sudah memilikinya, pastikan pula akaun e-mel anda aktif dan menggunakan sepenuhnya fungsi di dalamnya. Sebagai kesedaran kepada semua, kita tidak seharusnya ketinggalan dari segi teknologi kerana di negara-negara luar, mereka sudah jauh ke depan berbanding kita. IT untuk anda, IT untuk semua!

Tiada ulasan: