Selasa, 9 Februari 2010

Terima Kasih CLAPAM


Beberapa hari yang lepas, penulis dengan usaha isteri telah mendaftar keahlian dengan Persatuan Klef Bibir & Lelangit Malaysia atau lebih dikenali dengan CLAPAM. Walaupun hajat ini telah lama kami ingin lakukan tetapi dengan kesibukan kerja dan beberapa urusan seperti pindah rumah membuatkan kami tiada berkesempatan untuk melakukannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hajat kami untuk menjadi ahli tercapai jua.

Softplas boottle with spoon feeder & nuk teats

Hari ini, penulis mendapat satu bungkusan pos laju dari CLAPAM yang telah memberikan kami satu botol khas dan juga puting khas untuk bayi klef. Kami juga menerima beberapa pamplet, buletin dan informasi mengenai CLAPAM untuk rujukan kami. Terima kasih diucapkan kepada pihak CLAPAM kerana memberi gift ini secara percuma kepada kami. Insya Allah kami akan menyokong apa-apa usaha yang akan CLAPAM lakukan.

Berikan senyuman kepada kanak-kanak seperti ini...

Kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai CLAPAM atau tentang klef, anda boleh layari web http://sites.google.com/site/clapam/. Anda digalakkan menyampaikan maklumat ini kepada orang lain kerana masih ramai lagi yang kurang informasi mengenai apa itu klef bibir & lelangit. Usaha anda sangatlah murni. Kepada pihak CLAPAM, kami sekali lagi mengucapkan terima kasih atas semua pemberian ini.

1 ulasan:

artakus berkata...

hahaha....aku terbaca CLAMP+APAM! :p

anyway, tahniah!