Rabu, 3 Februari 2010

3000 Kaki Di Atas Awan


Pada minggu yang lepas, penulis telah diarahkan untuk ke Lundu Sarawak untuk menyertai pelancaran CBC Lundu dengan membawa special task iaitu membuat video clip. Walaupun agak sibuk dengan beberapa tugas dan persediaan lain, penulis terpaksa akur dan telah membuat persiapan dalam masa kurang dari 2 hari. Penulis terlebih dahulu ke Kuala Lumpur kerana flight berlepas dari terminal LCC.

Take off

Menaiki pesawat (Air Asia) buat pertama kali membuatkan perasaan penulis sangat teruja. Ini kerana sudah lama penulis impikan untuk menaiki mana-mana pesawat tidak kiralah ke destinasi dekat atau jauh. Paling teruja adalah ketika ia sedang memecut dari landasan untuk berlepas ke udara. Mungkin kerana penulis sangat suka kepada kelajuan dan kelajuan seperti itu belum pernah penulis alami.


Pemandangan Putrajaya yang berjaya dirakamkan. Siapa yang nampak Masjid Putrajaya?

Namun apa yang lebih menarik adalah, penulis dapat melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Beruntung kerana duduk disebelah tingkap, penulis dapat melihat keadaan bumi dengan pandangan yang lebih luas dari biasa. Pemandangan itu sangat menarik dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Begitu besar ciptaan Tuhan yang maha kaya serta memberikan manusia pemikiran untuk membina kapal terbang.

Sedikit sejarah mengenai penerbangan;

Orville Wright and Wilbur Wright - Inventors of the First Engined Airplane
Orville Wright (1871-1948) and Wilbur Wright (1867-1912) requested a patent application for a "flying machine" nine months before their successful flight in December 1903, which Orville Wright recorded in his diary. As part of the Wright Brothers' systematic practice of photographing every prototype and test of their various flying machines, they had persuaded an attendant from a nearby lifesaving station to snap Orville Wright in full flight. The craft soared to an altitude of 10 feet, traveled 120 feet, and landed 12 seconds after takeoff. After making two longer flights that day, Orville and Wilbur Wright sent this telegram to their father, instructing him to "inform press."

Totally dah berada diatas awan...

Penulis menjejakkan kaki di Kuching Sarawak setelah 1 jam setengah penerbangan. Inilah pertama kali penulis ke Sarawak dan lokasi yang paling jauh pernah dilawati. Tiba di Sarawak, penulis dapat lihat lagi panorama yang ada bezanya dengan semenanjung. Bertemu dengan orang-orang yang tidak biasa ditemui dan juga makanan-makanan yang jarang pernah dirasai.

Mee Kolok & Teh Tarik, sajian malam...

Laksa Sarawak pekena dengan air laici, memang sedap...

Antara makanan yang telah penulis cuba di Sarawak adalah Laksa Sarawak & Mee Kolok (maaf jika salah ejaan). Walaupun penulis kurang meminati makanan berasaskan mee, namun mencuba makanan ini terasa kesedapannya. Orang yang datang melawat Sarawak memang wajib mencuba makanan-makanan disini. Penulis tidak sempat merasai makanan-makanan yang lain kerana kesuntukan masa.

Jika kebiasaanya penulis akan membeli sedikit cenderamata jika pergi kesesuatu tempat namun kali ini penulis agak kecewa kerana tidak dapat membeli satu barang pun. Ini kerana masa sangat suntuk dan perlu menghabiskan tugas-tugas yang diberikan. Penulis juga terikat dengan kenderaan yang dipandu oleh orang lain. Agak kecewa kerana ada rakan-rakan & keluarga yang inginkan sedikit ole-ole dari Sarawak.

Namun kesimpulannya, trip selama 3 hari 2 malam ini tetap mengembirakan penulis kerana telah berjaya mencapai misi dan dapat melihat suasana tempat orang lain. Semoga selepas ini penulis dapat peluang lagi ke sini atau ke tempat-tempat yang lain ppula. Dalam penerbangan pulang, penulis dapat merasai nasi beriani di ketinggian 3000 kaki dari bumi. Satu lagi sejarah dalam hidup penulis...

*p/s - gambar-gambar di Lundu Sarawak boleh dilihat DISINI.

7 ulasan:

mohad berkata...

cantik permandangan ...

Julie Shahril berkata...

nice view...
takpe...next time ada masa bleh pegi lagi...bwk family skali...

AYU berkata...

kalau teringin nak rasa mee kolok kat johor ni, pergi la ke hutan bandar...tapi tak tahulah sama ade rasanya sama dgn yg kat sarawak tu.

Unknown berkata...

lawa gambar..kena wat photoshoot nahamphoto kat sarawak ni

Anipah Ahmad berkata...

tahniah utk 1st time menaiki kapal terbang. alhamdulillah selamat pergi n balik. tahniah gak coz cilok2 amik gambar kat flight. ikutkan di larangkan.

Nanie Harris berkata...

Ijad : yup...view yg jrg dilihat..

Julie : hrp2 begitulah..

Ayu : x pernah rasa lg yg JB punya...

Kaff: klu ada rezki apa slhnya...

Cik Pah : actually dilarang masa nk berlepas & mendarat tu...bila dh naik kat atas dh x kisah...

fiza berkata...

best nyer dpt pi srawak...