Khamis, 21 Mei 2009

Mahal Bangat Ke?


Apakah prinsip anda dalam pekerjaan atau perniagaan. Adakah anda mempunyai satu prinsip hidup yang selalu dipegang? Sebenarnya penulis sangat kecewa dengan satu pihak yang tidak berpuashati terhadap sebutharga yang penulis kenakan untuk perkhidmatan fotografi. Ini kerana penulis mempunyai prinsip tersendiri dalam bisnes. Bisnes dalah bisnes dan semua perkara / sudut perlu diambil kira sebagai satu elemen dalam bisnes.

Selalu kita mendengar istilah "tolong kawan-kawan" apabila seseorang itu berurusan dalam bisnes dengan seorang rakannya. Apakah sebenarnya maksud "tolong kawan-kawan" itu? Selalunya kawan itu akan meminta diskaun atau potongan harga dalam perkhidmatan yang dikenakan. Apakah anda sedar yang anda sebenarnya tidak menolong kawan anda yang berniaga itu? Malah akan menyusahkannya lagi.

Adat berniaga mesti seseorang itu sukar untuk memulakannya. Mencari modal & kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi bukannya boleh diperolehi dengan sekelip mata. Bagi penulis, istilah "tolong kawan-kawan" itu adalah MEMBANTU dia berjaya dalam perniagaannya dengan membayar apa yang telah ditetapkan & menyokong mereka. Kalau tidak macamana kawan kita itu hendak maju dalam berniaga?

Berbalik kepada peristiwa diatas, penulis sudah pun mengambil kira dengan memberikan harga yang berpatutan kepada pihak tersebut. Sebenarnya harga itu sudah jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan jurugambar lain. Namun keputusannya hampa, harga yang berpatutan itu dikatakan mahal dan perlu dikurangkan lagi. Kalau ini kerap berlaku, memang bisnes fotografi penulis tidak akan maju sampai bila-bila.

Jika hendak dibuat contoh, penulis meletakkan harga RM600 untuk 1 majlis malam hari. Sebenarnya ia jauh sangat murah. Penulis tolak tepi harga sewa kamera dengan mengambil kira menggunakan kamera pihak lain & tolak juga harga petrol. Bagaimana pula dengan kos...

1) Tenaga : berdiri dan kehulu-hilir selama 4-5 jam mengambil gambar. Lutut, badan & kaki sakit. Siapa yang nak urut badan? duit beli minyak urut nak dapat mana? Ya! Mungkin mereka kata, makanan disediakan ala-ala hotel untuk penulis. Tapi...

2) Kemahiran : Setiap malam buat study, research cara ambil gambar. Duit elektrik guna komputer, bayar bil internet, bil telefon, beli buku, beli majalah fotografi. Pengalaman dah 5 tahun siapa nak bayar? Ada lagi...

3) Production : Dah ambil gambat kena edit sikit-sikit, pastu burn CD, pergi naik motor hantar print gambar ke kedai cina, ambil gambar di kedai itu semula, pergi beli album kat giant, motor nak isi minyak, road tax, servis... Tak cukup lagi?

4) Masa : Ini paling besar sebenarnya. Siapa nak bayar masa penulis yang penulis gunakan untuk khidmat ini? Sedangkan penulis boleh bersantai dirumah, bermain dengan anak-anak, menonton TV. Mengapa perlu penulis 'menangok' berjam-jam?

Kalau harga asyik 'dikurangkan', siapa nak bagi makan 2 kanak-kanak comel ni?

Prinsip penulis, biar penulis mengambil tugas ini secara PERCUMA sahaja daripada merosakkan pasaran ataupun terus abaikan sahaja. "TAKE IT OR LEAVE IT!". Bisnes adalah bisnes. Kalau penulis jual sesuatu dengan harga RM10 kepada kawan, maka RM10 lah kawan itu kena beli tanpa diskaun 1 sen pun. Tapi selepas itu, penulis belanja minum kawan tu pulak kat kopitiam. GOT IT?

Akhir kata penulis minta maaf kerana sedikit emosi. Kepada yang terasa atau terkena harap-harap jangan simpan dan ambil hati. Artikel ini sekadar maklumat menerangkan bukan mudah untuk berniaga. Diharapkan semua faham peranan & khidmat seorang jurugambar. Kalau orang kata ambil gambar ini satu kerja yang mudah & semua orang boleh buat, ambil sahaja orang lain tu dan bukannya penulis....

10 ulasan:

Unknown berkata...

betullah!..kerja sebagai 'jurugambar' ni tidak semudah disangka..kalau setakat 'tukang amik gambar'..upah aje makcik cleaner..dia pun boleh buat..ehe

cheekongsejuk berkata...

anor setuju dgn reds! anor pun merasai situasi tu semalam dan hari2 sebelumnya walaupun ia bukan bisnes sendiri seperti reds..hanya jalankan tugas di cetak ni.

untuk staf2 dalaman yang order macam2 tu, harga yang kita bagi berpatutan dengan kerenah2 yang terpaksa kita ngadap. kalau ada yang dapat harga murah di luar, kita silakan la berurusan sendiri dengan "orang luar" tersebut. kita pun boleh bagi harga seperti orang luar tu, tapi kita hanya cetak saja la. Kita tak buat artwork & tak nak layan perubahan2 artwork yang perlu diedit (biasanya mmg byk kali). kerja2 sedia ada pun dah cukup banyak.

harap dapatlah faham dengan situasi tersebut. buatlah perbandingan harga dan perkhidmatan yang diberikan.. maaf jika menyinggung mana2 pihak. kita sekadar mahu mereka2 tahu kenapa kita letak harga begitu. i'm sorry!

Julie Shahril berkata...

org yg tak tau bisnes mmg tak akan phm nape kita letak harga sebegitu..
sbnrnya..berurusan dgn sedara mara lagi pyh..lagi diaorg mntk diskaun gila babas...

oldtechie berkata...

Kalau benda orang luar KPYPJ yang buat sanggup keluarkan samapi RM 2xx,xxx, tapi kalau orang sendiri satu sen pun berkira!!!! Bengong!!!!

Nanie Harris berkata...

Kaff : yelah...skrg budak tadika pun 'boleh' amik gmbr...tp bukan 'jurugambar'....

Annor : harga ni bukannya atas kos yg kita nmpk jer...sbnrnya byk hidden2 kos yg perlu diambil kira... Pengguna seharusnya fhm perkara itu...

Julie: Sy lebih suka berurusan dgn org yg sy x kenal...lebih mudah sbb dia takkan sebut perkataan "kawan2" atau "sedara mareeeeee"...

Oldtechie : Wah! lantang sungguh...aku x sebut pihak mana tp mr oldtechie cam ada bad history jer...hehe

Syafiq Azuan berkata...

Sabar.. sabar.. :)

fiza berkata...

nk memuaskan hati org dengan bayaran yg tidak setimpal baik jangan layan...wat sakit hati nnt banyak laks dosanye....hehehehehe

artakus berkata...

emosi nampaknya pn cheekong! hehehehe!

fadh berkata...

Buat job dengan orang luar kadang lagi senang dari buat job dengan orang yang dikenali...

kang cakap lebih kang.. masam muka, tapi sorry to say laa.. memang annoying layan orang camni.

Bak kata ko.. take it or leave it! Kalau dia nak, dia amik... tanak sudah... banyak lagi photographer lain. Carik laa sampai jumpa photographer yang bleh kasi 10sen.

Hehehe.. aku plak yang hangin satu badan.

fadh berkata...

go anor go! fight for your right!