Selasa, 19 Mei 2009

Kursus Bina Pasukan YPJ, PESAYA 2009


Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di muara Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap Mersing. Ia bertujuan membangkitkan satu semangat berpasukan diantara staf Yayasan Pelajaran Johor dalam mengharungi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) di Kuantan, 31 Mei hingga 6 Jun nanti.

Dari kiri : Penulis, Kaff, Artakus & Cik Pah baru sampai di PKPI.

Penulis telah melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, abseling, merentas halangan, sukan air, berkayak, sukaneka, bbq dan motivasi sukan. Kumpulan D iaitu kumpulan penulis telah dinobatkan juara keseluruhan dalam kem tersebut. Seronok juga apabila dapat berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan yang lain.

Kumpulan penulis sedang membuka hamper kemenangan...

Namun dalam keseronokan itu, ada juga rasa kurang senang dengan segelintir 'atlit' yang tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti diatas. Lebih menyakitkan mereka hanya tahu menyuruh orang lain tetapi diri sendiri memeluk tubuh. 'Hang Suang' & 'Diva' ini lebih elok tidak hadir dari datang menyusahkan orang lain.

Apa yang diungkapkan seperti lagu wonderpets, "Apa yang penting? KERJASAMA!" dalam kem tersebut, mungkin tidak sesuai & tepat kerana masih ada yang belum boleh bekerjasama. Kalau penulis menjadi mereka, penulis sudah malu dan mungkin beredar dari situ apabila ucapan rumusan mengatakan semua peserta memberikan kerjasama yang baik.

A-Frame penginapan penulis, kaff & artakus di muara PKPI. Comel dengan view mengadap laut.

Enjoy gambar-gambar yang penulis sempat rakamkan diwaktu-waktu santai. Gambar aktiviti lain tidak dirakamkan kerana YPJ mempunyai 'jurugambar rasmi' sendiri. Suasana di PKPI memang indah dengan lautnya yang bersih dan permandangan pulau yang menarik. Hinggakan Kaff & Artakus mandi laut dari mula sampai hingga saat hendak pulang.

Kaff mengambil gambar kesan 'mini tsunami' yang melanda kem muara PKPI Januari lalu.

A-Frame ini dahulunya penulis & rakan mengangkat & menyusunnya namun kini musnah.

Ada orang tersangkut di pulau sana!

Nik & Panjang menikmati tidur yang nyaman setelah penat melakukan aktiviti

Atlit perempuan juga menikmati keindahan pantai & nyamannya udara di PKPI

4 Blogger bertemu di PKPI. Dari kiri Artakus, Reds, Jek & Kaff

Akhir sekali harapan penulis agar semua atlit dapat memberikan komitmen paling maksimum dalam PESAYA akan datang seterusnya pasukan YPJ akan mencapai sasaran menjadi juara keseluruhan. Pada penulis, Kem Bina Pasukan tersebut sangat baik kerana sekurang-kurangnya penulis dapat berkenalan dengan staf-staf baru yang lain.

UPDATED! GAMBAR-GAMBAR LAIN DISINI.

*p/s- sebenarnya ramai lagi blogger yang ada di kem itu seperti adiem, cik pah & uncle bourne

6 ulasan:

Norazman Md Noh berkata...

Semoga berjaya dalam PESAYA nanti....YPJ boleh bah....

Unknown berkata...

nasib baik tak letak gambar aksi terlampau..haks haks

Anipah Ahmad berkata...

Antara faktor yg menjadikan best dalam program motivasi di OBS ni ialah adanya geng Poya&Poyo. Elleh group sy pn dapat no 2 tau. Kalah tipis jer. Pasal yg berlagak diva tu...memang nak sepak jer masuk laut. Kena sepak sure tak leh bangun n sesak nafas. Hehe. Sendiri sama2 tahu la ek sapa yg perasan jd diva tu.

Uncle Bourne berkata...

Gua x masuk kepala.... tugas wa ada org dah ambik... jadi bodyguard je pada ko org yg datang.. sepasang black panther menghampiri kawasan perkhemahan..pada hari jumaat dan keluar semula ke arah kem ggk pada pagi ahad masa ko org nak balik... sebahagian je tahu..

artakus berkata...

aaaaaah.....team che pah banyak pemain 'import'! tu yang hampir² menang tuh! team saya yang sikit lelakinya ni pun boleh dapat no 6 tau! ^_^

Unknown berkata...

jekjenggo pun ada...heheheee