Khamis, 27 November 2008

Nailah Akan Dibedah...

Ya! Sekarang jam 11 malam! Hari ini seharian penulis berulang-alik ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Sebenarnya pada hari ini adalah appointment biasa oleh pakar plastic sugery untuk Nailah. Penulis yang ke pejabat dahulu mengisi borang keluar pejabat untuk ke HSA, bergerak bersama-sama isteri & Na'wa. Selepas sarapan, kami berjumpa doktor untuk pemeriksaan. MEMERANJATKAN, doktor memberitahu yang esok (jumaat) terdapat kekosongan untuk surgery & Nailah sudah boleh dibedah. Walaupun sama seperti kaff, memikirkan esok bermulanya MAREX di Plaza Angsana, penulis akhirnya bersetuju dengan cadangan doktor itu.

Kami pulang kerumah untuk mengemas barang-barang kerana hari ini juga Nailah perlu dimasukkan ke wad. Setelah memberitahu emak untuk datang ke J.B. menjaga Na'wa, kami ke HSA semula jam 1 petang untuk mendaftarkan Nailah ke wad. Selesai urusan pendaftaran, Nailah perlu memakai satu alat yang diikat di tangan untuk membiasakannya. Alat itu tujuannya menghalang tangannya menyentuh bahagian mulut. Pukul 3 petang penulis pulang semula kerumah kerana Na'wa sudah kepenatan & menunggu ketibaan emak. Jam 5 petang emak tiba dengan Sara(adik), suaminya serta anak-anak buah yang lain.

Jam 5.30 petang penulis ke HSA semula untuk melihat Nailah & Isteri. Doktor mengatakan yang Nailah perlu berpuasa mulai jam 6 pagi esok. Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan Nailah berpuasa & selepas dibedah nanti. Di wad tersebut penulis dapat bertemu dengan beberapa kanak-kanak yang senasib dengan Nailah. Ada yang membuat pembedahan kedua untuk membetulkan gusi malah ada juga yang lebih teruk tahap sumbingnya daripada Nailah. Disitu penulis sedar betapa beruntungnya Nailah serta kami semua kerana ada kanak-kanak lain yang lebih teruk penyakitnya. Tangisan disana-sini, ada yang usus tidak berfungsi, ada yang sawan, ada yang belah kepala dan bermacam-macam lagi.

Jam 7 petang penulis kembali ke rumah untuk mandi, sembahyang & makan. Nasib baik emak ada membawa ikan dari Endau serta memasak untuk kami semua. Jam 8 penulis keluar membeli kerusi malas untuk isteri memandangkan tiada tempat tidur disediakan. Penulis tidak sanggup melihat isteri tidur diatas kerusi sahaja kerana sakit pinggangnya pun belum sembuh sepenuhnya. Penulis ke HSA kembali untuk membantu apa yang patut. Kesian juga apabila melihat Nailah tidak lena tidur kerana keadaan yang bising & tidak selesa. Jam 10 lebih penulis pulang semula kerumah meninggalkan Nailah & isteri. Kisah kehidupan ini akan disambung esok...


Rintihan Nailah setelah tangan diikat.

Doakan Nailah selamat dibedah....Amin....

4 ulasan:

Unknown berkata...

semoga segalanya selamat..

Inda berkata...

Inda doakan sumenye selamat... kite mmg nak yang terbaik utk anak2 kite... ;) sabar ek....

Nanie Harris berkata...

Tq kaff & inda...

HANA bUdaK cEkElAt berkata...

harap en,haris tabah mengharungi ujian kehidupan ini.. insyaallah, ada bahagia dihujungnya nanti, ada hikmah disebalik semua ini pastinya

;p ;p