Sudah lama penulis tidak menulis posting berlabel 'Episode'. Kali ini episod perjalanan hidup penulis akan berkisar mengenai kucing-kucing yang pernah penulis bela. Sememangnya penulis memang sangat menggemari kucing & suka bermain-main dengannya. Sepanjang hidup penulis memang tidak lari dari kucing.
Diatas adalah antara kucing terawal yang penulis sayangi. Namanya 'Tommy' dan mempunyai badan berbaka besar. Penulis kurang pasti dari mana Tommy diambil tapi dia adalah kucing pertama setelah berpindah ke Lorong 1, Endau. Tommy merupakan seekor kucing yang sangat aktif bermain. Gambar itu diambil tahun 1990 ketika darjah 4.
Ini pula namanya 'Abang'. Salah satu kucing yang bijak pernah dibela. Jika dia dahaga, dia akan menjerit-jerit dipintu bilik air. Begitu juga bila hendak keluar atau masuk rumah, dia akan menjerit-jerit sambil memandang pintu. Kalau meminum air yang kurang dalam gelas, dia akan mencelup dengan kakinya dan menjilat sehingga habis. Apa yang lucu, dia kidal, semua menggunakan kaki kiri.
Abang dikira kucing bertuah kerana orang tua-tua berkata, kucing jantan yang mempunyai 3 warna bulu adalah bertuah. Jika anda perhatikan sukar melihat kucing jantan yang mempunyai 3 warna. Abang mempunyai warna bulu putih, hitam & perang. Matanya pula seperti guli berwarna hijau. Gambar diatas adalah tahun 1996 sambing duduk diatas jalan Lorong 1 (yang kini telah tiada).
Kucing ini pula dinamakan 'Adik'. Adik merupakan salah satu kucing yang unik. Dengan bentuk badannya yang pendek, berekor pendek, dia juga mempunyai jari yang lebih disetiap kakinya. Ini bermakna dikaki depannya dia berjari 6 dan kaki belakang berjari 5. Kalau dia berjalan memang ketara jarinya kembang tidak sama seperti kucing yang lain.
Ini pula adalah 'Jampok'. Berwarna putih kelabu dan merupakan kucing yang aktif. Aktif disini bukan sahaja dalam bermain namun rumah penulis begitu selesa kerana ketiadaan tikus. Mereka ini memang menjaga rumah dari segala 'pendatang-pendatang asing'. Masih terbayang kecekapan Abang menangkap cicak hanya menggunakan kaki kirinya sahaja.
Kebanyakkan kucing-kucing yang dibela diatas, penulis tidak pernah melihat mayat mereka jika mereka mati. Ini adalah gambar Adik & Jampok sedang lena tidur dikerusi luar rumah. Walaupun mereka berdua bukan dari darah daging yang sama tapi mereka berdua berkawan baik.Orang tua-tua berkata, kucing yang rapat dengan tuannya, tidak mahu tuannya melihat mereka mati.
Sebenarnya banyak lagi kucing-kucing yang pernah penulis bela tetapi tiada gambarnya dalam simpanan. Antaranya Ren (singkatan dari oren), Kakak dan kucing yang terakhir adalah Maymay. Maymay adalah anak kepada Adik dan berwarna putih serta mempunyai tompok bulat berwarna oren ditengah-tengah badan (seperti bendera Jepun).
Selepas kehilangan Maymay, penulis seperti tawar hati untuk membela kucing. Mungkin kerana takut kehilangan benda yang kita sayang. Namun jika penulis berjumpa dengan mana-mana kucing, paling kurang pun penulis mesti akan memanggilnya, menggosok kepala & mengusapnya.
Kadangkala orang lain pelik melihat penulis bermain dengan kucing. Kucing tersebut mencakar-cakar & menggigit tangan penulis. "Tak sakit ke?", tanya mereka. "Tak, dah lali kena gigit dari kecil", jawab penulis. Orang yang baik dengan kucing atau sebaliknya kadangkala dapat dilihat apabila kucing itu akan mendekali orang yang 'berbau' kucing.
*p/s - kaff & artakus sempat bermain dengan Maymay satu ketika dulu...
Selepas kehilangan Maymay, penulis seperti tawar hati untuk membela kucing. Mungkin kerana takut kehilangan benda yang kita sayang. Namun jika penulis berjumpa dengan mana-mana kucing, paling kurang pun penulis mesti akan memanggilnya, menggosok kepala & mengusapnya.
Kadangkala orang lain pelik melihat penulis bermain dengan kucing. Kucing tersebut mencakar-cakar & menggigit tangan penulis. "Tak sakit ke?", tanya mereka. "Tak, dah lali kena gigit dari kecil", jawab penulis. Orang yang baik dengan kucing atau sebaliknya kadangkala dapat dilihat apabila kucing itu akan mendekali orang yang 'berbau' kucing.
*p/s - kaff & artakus sempat bermain dengan Maymay satu ketika dulu...
4 ulasan:
ala.. kiut miut nya.. anak kucing anor ilang lg smlm.. td pg cari tp x jumpa.. sian dia. agaknya dia jumpa port baru. ptg ni nk kene cari lg..
bestnya kucing..
bro..sedih plak aku dgr kisah kucing ni..sebab aku pon suke bela kucing..n sm mcm aku,kucing2 yg aku bela kebykan mati bukan di depan tuan die..kalau nak mati tu, tb2 je hilang..so kalau dah lame tak muncul,fhm2 je la kan?apa2 pon,kalau ingtkan kucing2 yg penah dibela,rs sedey je hati..
Setuju dengan keygen. Sedih baca post ttg kucing nie... dulu saya pun banyak bela kucing...ayah suka kucing la katakan.. setiap masa ada jer kucing2 jalanan/buangan yg dtg mintak makanan kat rumah kami:-)..lama kelamaan lekat kat rumah jugaklah..
setiap kali kucing2 tu menghilang/mati, memang rasa sedey sgt2 la...
sekarang nie lepas berumahtangga, rasa maca fobia nak bela kucing kerana tak mau rasa sedey lagi.. cukuplah memberi makan je pada kucing2 jalanan yg dtg ke rumah...asal jgn bela mereka..
sekarang nie dah ader sekor namanya Nico...kalu dia lapar, dia dtg mengiau, kalu kenyang dia menghilang...hehe senang camtu:-)
Hai... kucing...kucing...:-)
Catat Ulasan