Anda selalu dengar rungutan rakan-rakan atau orang di sekeliling anda tentang akaun Facebook atau Twitter mereka di godam (hack) atau diubah pengisiannya. Berikut adalah antara langkah mudah untuk mengelakkan akaun anda dari di godam;
1) Jangan gunakan komputer di luar seperti cyber cafe atau PC rakan pejabat anda. Pastikan anda gunakan PC atau laptop anda sendiri sepenuhnya.
2) Jika anda menggunakan komputer selain komputer sendiri, sila LOGOUT sebelum menutup aplikasi Facebook.
3) Buang semua history atau cache dalam pelayar web (web browser) yang anda gunakan. Untuk buang, cari dalam menu setting pelayar web masing-masing seperti Firefox atau Chrome.
4) Gunakan kata laluan (password) yang berbeza antara akaun media sosial anda yang lain seperti Twitter & e-mel. Anda juga digalakkan menukar kata laluan dengan kerap.
5) Pasang antivirus dan spyware yang sesuai pada komputer anda.
6) Jangan buat musuh dengan sesiapa. Kenapa perlu orang lain hack akaun anda? :)
Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;
3 ulasan:
gud idea.akaun sy pnh kena godam 2 thn lepas,tiba2 je x boleh log in...sy terus tukar psword.nsib baik boleh log in smula.jahat la sapa yg buat keje tu.
Hehe..biasalah kadang2 ada yang xde keje buat jahat, so kena hati2...
harap2 x kena hack la
Catat Ulasan