Selasa, 2 November 2010

P.Ramlee : Lagenda Yang Tidak Sepatutnya Hilang


Beberapa minggu yang lepas di Astro dan radio terutama sinar.fm telah banyak mempromosikan satu dokumentari khas mengenai Alllahyarham P.Ramlee di siaran Astro History (Channel 555). Setelah menunggu, penulis akhirnya berpeluang menonton siaran 2 jam tersebut dimana banyak video, termuramah dan rakaman suara yang belum pernah kita dengar sebelum ini. Profil dokumentari tersebut telah banyak membuka mata penulis betapa hebatnya seorang insan bernama P.Ramlee. Namun melalui dokumentari tersebut juga, penulis turut dapat merasakan apa yang telah beliau lalui sepanjang hayat terutama dizaman kejatuhannya.

Semua orang mungkin sudah tahu dizaman kegelilangannya banyak filem-filem menarik beliau telah mendapat pengiktirafan dan beliau sendiri pernah memenangi beberapa anugerah diperingkat antarabangsa. Namun tidak ramai yang tahu apa yang telah dilalui dizaman kejatuhannya. Beliau adalah anak emas Shaw Brothers (SB) iaitu produksi filem di Singapura terletak di jalan Ampas. Anak jati Pulau Pinang ini bermula hanya menjadi krew belakang tabir dalam industri filem namun gigih berusaha sehingga dapat mencipta nama di SB dengan arahan-arahan filem yang mendapat sambutan ramai.

Episod kejatuhan bermula apabila perdana menteri Singapura ketika itu (Lee Kwan Yew) telah menetapkan satu polisi (tidak berapa pasti apa dia) tetapi menyebabkan P.Ramlee terpaksa keluar dari SB. Beliau telah diberi tawaran oleh satu produsi filem di Kuala Lumpur iaitu Merdeka Studio (MS) dengan janji, "apa sahaja yang u nak, akan dapat". Namun malangnya, janji hanya tinggal janji, P.Ramlee berkarya dengan kelengkapan yang ketinggalan jauh berbanding di SB. Filem pertama bersama MS tidak mendapat sambutan atas faktor peralatan, bajet rendah dan krew-krew yang tidak berpengalaman.

P.Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali iaitu pertama dengan Junaidah, Noorizan dan terakhir dengan Saloma.

P.Ramlee tidak mengalah disitu, dia terus menghasilkan beberapa buah filem lagi sambil meneruskan karier seni dalam bidang nyanyian. Namun sekali lagi dia menemui kehampaan apabila masyarakat ketika itu lebih mengilai musik pop yeh yeh, The Beatles, Indonesia & hindustan. Beliau juga pernah di boo ketika menyanyi di satu persembahan tetapi penyanyi dari negara luar seperti Singapura, mereka digilai pula. Kehampaan beliau juga turut dirasakan apabila anaknya, arwah Nasir P.Ramlee membawa haluannya sendiri dalam bidang seni dan tidak mewarisi kehebatan dirinya. Hubungan antara mereka berdua juga agak dingin.

Berbalik semula dalam karier perfileman P.Ramlee, beliau pernah ditawarkan untuk mengarah filem warna pertama di Malaysia oleh PERFIMA. Namun setelah bangunan dan produksi telah siap, P.Ramlee telah disingkirkan dan digantikan dengan Dato. Jins Samsudin. Kekecewaan berterusan apabila syarikat rakamannya EMI telah menyingkirkan beliau atas alasan beliau sudah tidak boleh diterima masyarakat. Ternyata beliau sangat kecewa kerana telah banyak jasa yang beliau curah kepada syarikat rakaman tersebut. Beliau telah betul-betul berada dikemuncak kejatuhan apabila ramai yang tidak dapat menerimanya.

P.Ramlee tidak berputus asa secepat itu, beliau tetap terus berusaha, membuat kertas kerja dan berjumpa pihak-pihak tertentu untuk memohon bantuan ketika itu namun semuanya tidak yakin dan menolak beliau. Mengikut rakan-rakan & anaknya ketika itu, kertas kerja beliau begitu mantap dan beliau begitu yakin namun tiada yang sanggup membantu. Beliau juga pernah hadir ke festival filem tanpa disediakan tempat duduk. P.Ramlee akhirnya mengalami masalah kewangan sehinggakan rakannya, Aziz Satar yang datang ke rumah pernah melihat beliau hanya makan nasi dengan telur goreng sahaja.

Dizaman kegemilangannya...

Putus asa bukannya sifat beliau apabila beliau terus membuat beberapa filem walaupun terbatas dengan masalah yang dinyatakan diatas. Namun ada juga segelintir rakan-rakannya seperti Ramlee Kecik, Ahmad Nawab, Aziz Satar, Sarimah telah banyak membantu menyokong beliau. Akhirnya tercipta juga satu produksi hasil bantuan HM Shah yang diberi nama Rumpun Melayu dimana arahan terakhir beliau adalah filem Laksamana Do Re Mi. Mengikut temubual Sarimah, P.Ramlee telah diberikan projek untuk mengarah filem warna pertama sehari sebelum meninggal namun itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke produksi tersebut.

Disaat menerima kematian mengejut P.Ramlee dalam usia 44 tahun, rakan terdekat begitu risau kerana ketika itu tidak ramai kawan yang ada. Mereka juga risau bagaimana hendak menguruskan mayat dengan masalah kewangan yang dihadapi. Namun sekali lagi rakannya HM Shah telah memberikan wang untuk urusan pengkebumian. Manakala sangkaan rakan beliau sangat silap, ramai rakan-rakan malah orang awam yang datang memberi penghormatan terakhir. Walaupun hasrat beliau tidak tercapai namun ketika gambar jenazah dipaparkan, jelas kelihatan seolah-olah jenazahnya tersenyum.

Rumusan penulis dari biografi tersebut, boleh dikatakan P.Ramlee memang seorang yang hebat, genius dalam seni beliau, positif, tidak mudah putus asa dan begitu pemurah. Temuramah dengan arwah Saloma mengatakan pernah satu ketika didalam poket P.Ramlee ada 200 ringgit dan datang seorang yang susah meminta derma lalu diberikan kesemua wang tersebut walaupun esoknya bank tidak dibuka (dulu tiada mesin ATM). Malangnya, kehebatan P.Ramlee tidak sepatutnya berkubur begitu awal. Beliau sepatutnya diberi peluang dan dihargai ketika hayatnya masih ada. Situasi, masyarakat malah kerajaan ketika itu tidak banyak membantu.

Antara gambar-gambar terakhir sebelum beliau meninggal. Adakah kilauan matanya sama makna dengan senyuman bibirnya?

Diakhir siaran tersebut ada menunjukkan temuramah dengan P.Ramlee dimana beliau berkata lebih kurang begini, "anak-anak muda perlu diserapkan dengan musik melayu agar mereka tidak terpengaruh dengan musik-musik dari luar". Ternyata apa yang digusarkan oleh beliau lebih kurang 40 tahun lepas itu telah menjadi kenyataan sekarang. Ketika hayatnya tidak ramai yang menghargainya namun setelah beliau tiada, barulah kita sedar betapa besarnya jasa beliau dalam industri filem & musik Malaysia. Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan dengan pangkat Tan Sri namun sudah terlambat bagi seorang lagenda untuk mengecapinya.



Lagu terakhir oleh Allahyarham P.Ramlee. Adakah ini bermaksud beliau sangat kecewa dengan Kuala Lumpur? Hanya Tuhan yang tahu...

*p/s- Info-info lain seperti sejarah lain beliau, kronologi dan berkenaan dokumentari tersebut boleh dibaca DISINI, DISINI dan DISINI. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatehah kepada roh beliau.

5 ulasan:

Julie Shahril berkata...

tak tengok la...ruginya...ada ulangan kan?

Nanie Harris berkata...

kurg pasti...kena tgk jadual history channel (555)

Looking for a car? berkata...

P ramlee the father of art

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sedihnya baca kisah-kisah di akhir hayatnya..
insan hebat yang mewarnai industri seni perfileman Melayu..
Kini, hanya tinggal kenangan..filem-filem tinggalannya amat bermakna dan terkesan dihati ini..

Semoga Allah merahmati ruh nya, bersama orag soleh atas jasa dan pengorbanannya mendidik bangsa melalui seni..

AL FATIHAH

ayiepz berkata...

Ayiep Berbueno(http://www.facebook.com/ayiep.berbueno)

memang sedihla. .dah kuar air mate pun. .sebab allahyarham adlah IDOLA saya. .banyak lagi jasa beliau dan nasib kejatuhan beliau. .tapi disebabkan hati busuk manusia kt luar sne lah yang menjatuhkan bakat allahyarham. .sebab diorang cemburu dengan allahyarham. .pilu saya nak ckp lagi . .mmgla kite semua xde kene mngene dengan allayarham. .tp sebagai anak bangsa melayu ..dan juga jasa beliau terhadap negara ,. beliau pernah ckp walaupun TUNKU ABDUL RAHMAN perdana menteri pertama pernah tawarkan beliau menteri belia dan sukan. .tapi beliau pilih karier seni drpda jawatan itu. .beliau cakap. .kalau beliau terima. .maka dunia seniman ini akn hilang . .so beliau pilih seni . .kalau bukan beliau . .seni perfileman dan juga muzik tanah air ni xde rasenye. .ramai yg puja POP YEYEH. .lagu hasilan beliau lah yg menjadi lagu POP YEYEH . .sebab . .diorang cemburu dengan bakat allahyarham yang boleh mengubah lagu . .sebab itulah diorang diluar sane mencipta lagu POP YE YEH. .pada 1960. .dari itulah lagu allahyarham sering tenggelam. .tapi diorang xpikir. .beliau itu TAN SRI P.RAMLEE lah yang membawa muzik kepada tanah air kite. .so saYA pun xnak cakap panjang . .ape pun . .semoga allah tempatkannya ditempat orang2 yang beriman. .AL FATIHAH