Bila penulis perhatikan balik statistik tahun lepas, penulis agak kurang menulis posting-posting di blog 'Mencipta Memori' ini berbanding tahun sebelumnya. Jika tahun 2008 penulis telah menulis 86 posting, tahun lepas penulis hanya mampu menulis 74 posting sahaja. Begitu juga dengan statistik lain, seperti kurang memberangsangkan. Adakah semangat berblogging penulis sudah luntur? Atau ada sebab-sebab yang lain?
Seperti yang penulis sudah katakan pada posting sebelum ini, mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja dan perpindahan tempat yang membuatkan banyak masa yang digunakan. Berpindah adalah satu perkara yang sangat memenatkan apa ntah lagi perlu berkemas ditempat lama kemudiannya berkemas pula ditempat baru. Memang mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya.
Atau mungkinkah kerana trend sekarang pengguna internet lebih suka menggunakan Facebook? Sama juga seperti penulis yang selalu menggunakan Facebook, adakah itu menyebabkan penulis kurang berblogging? Jangan lupa Facebook adalah umpama "highway" yang traffiknya memang sesak dengan pengguna tetapi blog adalah "rumah" kita yang perlu kita jaga untuk menjemput pelawat datang.
Apapun alasannya. tahun 2010 ini penulis tetap ingin meneruskan arena blogging ini dan akan cuba menjaga "rumah" penulis ini dengan baik. Mungkin tahun ini penulis ingin menulis 100 posting. Apa yang penting, penulisan yang akan disampaikan haruslah mempunyai kualiti yang baik dan dapat menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Semoga kita semua terus berblogging untuk perkongsian maklumat. Happy blogging!
10 fakta menarik blog 'Mencipta Memori' (2009)
1) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat, 4.72%
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 23
3) Posting paling banyak ulasan : Terima Kasih KPYPJ, 12
4) Bulan paling banyak posting : Januari, 13
5) Jumlah blog yang diikuti : 54
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 21
7) Jumlah keseluruhan posting : 74
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 16 November 2009, 107
9) Kategori paling banyak posting : Fotografi, 48
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 10,344
*p/s - Statistik tahun 2008 boleh dilihat DISINI.
2 ulasan:
Bila fikir balik..betul juga fakta kau..facebook umpama lebuhraya..orang ramai lalu lalang datang dan pergi tapi blog umpama rumah kita..sebab itu pada aku, entry dalam blog lebih bermakna dan dekat di hati pemilik dan pengunjungnya.
hurm... ok la tuh... yg penting dalam sebulan atleast ada posting (azam tahun ni)... so, org tau yg belog kita ni tak mati...
Catat Ulasan