Isnin, 4 Januari 2010

Apa Yang Aku Dah Buat?

Seperti yang dijanjikan, penulis telah membuat satu rumusan lengkap dan ingin memaparkan apa yang telah penulis lakukan sepanjang tahun 2009. Jika tahun sebelumnya (2008), penulis pernah merasa saat paling 'down' dalam hidup dan cuba bangkit dengan langkah demi langkah, membangunkan komuniti NahamPhoto & semangat diri, tahun 2009 telah memberi penulis satu lagi ruang untuk terus bangun dari kejatuhan dengan pelbagai kejayaan & perubahan dalam hidup.

No.4 dalam carian google utk keyword 'jurufoto johor' adalah satu pencapaian yang agak baik...

Tahun lepas dimulai dengan langkah berani menganjurkan kursus fotografi walaupun secara asas sahaja dengan niat ingin memberi ilmu tentang asas fotografi kepada mereka yang baru menceburi bidang tersebut. Dengan sambutan yang baik, penulis meneruskan lagi dengan beberapa bengkel serta aktiviti terbesar yang pernah penulis anjurkan iaitu ShootOut! Sekakap. Terima kasih atas sokongan ahli-ahli dan anda semua yang telah banyak membantu serta menyokong usaha yang penulis lakukan.

Alhamdulillah tahun lepas juga penulis dapat melakukan lebih daripada 20 tugasan fotografi tidak kira perkahwinan atau selain dari perkahwinan. Melakukan kerja yang kita betul kita minati memberikan kepuasan walaupun kita perlu berkorban banyak perkara seperti masa & tenaga. Semakin hari pula semakin ramai yang mengenali hasil kerja penulis dan NahamPhoto dengan statistik pelawat laman web yang memberangsangkan. Sekali lagi penulis amat berterima kasih kepada mereka yang menyokong penulis.

Statistik lengkap tugas/ penglibatan penulis yang telah direkodkan untuk tahun 2009...

Antara perkara-perkara lain yang telah penulis lakukan dalam tahun 2009 adalah membeli domain harrisfadzilah.com untuk blog 'mencipta memori' ini, membina laman peminat NahamPhoto di Facebook, beberapa gambar telah berjaya terpapar di surat khabar dan yang pastinya penghijrahan penulis dari KPYPJ pulang ke kampung untuk menyahut cabaran baru. Sesungguhnya penulis merasa sangat beruntung kerana telah memperolehi banyak pengalaman dan peluang ketika bertugas di KPYPJ.

Antara gambar yang telah berjaya terpapar kedalam muka akhbar...terima kasih kpd PR KPYPJ...

Rumusannya, penulis merasakan tahun 2009 adalah satu tahun lonjakan pagi penulis untuk terus berusaha dengan lebih baik dalam bidang yang penulis ceburi. Dengan pengalaman tahun yang lepas, penulis cuba tajamkan lagi perancangan & strategi untuk mengharungi lebih cabaran di tahun ini. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya seterusnya menjadikan ia sesuatu yang bermakna dalam hidup penulis. Kepada semua pembaca, selamat berjaya dangan azam baru anda!

RINGKASAN STATISTIK 2009

No [4] carian google ‘jurufoto johor’ (dis 09), [7] kursus/ bengkel yg dianjurkan, [9] job selain kahwin, [13] kursus/ bengkel yg disertai [17] job kahwin, [450] Rakan FB, [7774) hits blog NahamPhoto, [10344] hits harrisfadzilah.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

mcm data untuk report tahunan kat MB..mentang2 kerja kat korporat..hehe

Nanie Harris berkata...

Dah terbiasa ngan cara korporat, terikut2 plak...report, stat, presentation...huhu