Jumaat, 30 Oktober 2009

Saat Saat Terakhir, Detik Baru Tiba...

Hari ini (30 Oktober 2009) secara rasminya penulis telah memberi hitam putih kepada organisasi kini (KPYPJ) dengan tempoh 1 bulan. Bekerja selama lebih 5 tahun adalah masa yang sangat bermakna malah sangat berat untuk ditinggalkan. Namun penghijrahan perlu dilakukan jika ia sesuatu yang perlu. Mulai hari ini, hanya tinggal sebulan sahaja penulis akan berkhidmat dengan KPYPJ.


Pada hujung November nanti penulis akan memulakan cabaran sebagai Pengurus ditempat kerja baru di Endau. Tempat kerja baru yang dipanggil CBC ini adalah sebuah pusat broadband untuk penduduk setempat menggunakan internet & latihan mengenai IT. Pusat ini adalah projek dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan diuruskan oleh Digi serta CCMSB.

CBC di daerah mersing hanya ada 2 sahaja iaitu di Endau & Tenggaroh. Ada beberapa CBC yang wujud di seluruh negeri johor terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. CBC bertujuan untuk merapatkan jurang IT penduduk kampung dengan bandar dengan kemudahan broadband yang disediakan serta latihan-latihan yang akan dijalankan. Satu tanggungjawab yang agak besar juga untuk dipikul.

Selain menguruskan CBC, penulis juga akan menumpukan bisnes fotografi bersama NahamPhoto dengan bantuan ahli-ahli yang berada di sekitar negeri Johor & Pahang. Aktiviti-aktiviti seperti Outing, kursus & bengkel tetap akan berjalan seperti biasa mengikut perancangan yang akan dilakukan. Kepada kawan-kawan semua, doakan agar penulis terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan kelak. Terima kasih semua!

5 ulasan:

author faethal berkata...

Tahniah di atas penghijrahan ini. Semoga lebih berjaya ditempat baru,ingat nak jumpa bila dah start di endau.
Aku sekarang mengajar SKBE sampai bln 12.

Mohd Faesal Mazian bin Jamian

Nanie Harris berkata...

Lor..ko kat situ ke? x tau lak...klu x blh ajak minum klu aku blk kg...nanti leh contact2...sekolah lama aku tu...

hafizo berkata...

best tu dapat balik hometown.

asuhara sue berkata...

semoga hijrah kali ini akan menambahkan kualiti diri. Gambatte ne!( Selamat berjaya ek)

ieja berkata...

CBC tu kat area mane ek? tak pernah tau lak..hehe