Isnin, 26 Oktober 2009

Mencari Cabaran Baru...

Rumah sewa mulai clear! Kotak2 disebelah kanan tu antara yang terawal dihantar ke Endau.

Seperti yang dijanjikan, penulis akan menceritakan serba sedikit apa yang telah dipostkan dalam entry sebelum ini. Ia akan menggambarkan sedikit situasi yang akan berlaku pada masa akan datang dalam kehidupan penulis dan keluarga. Tanpa berselindung dan berteka-teki lagi, penulis memang akan membuat HIJRAH ke tempat yang lain pada bulan hadapan untuk mencari cabaran baru.

Gambar yang diletakkan dalam entry sebelum ini adalah surat tawaran kerja yang akan berkuatkuasa hujung bulan November ini. Penulis akan memikul cabaran menguruskan sebuah pusat broadband yang dipanggil CBC (akan diceritakan lebih lanjut mengenai CBC ini pada posting-posting akan datang) di Endau Johor iaitu kampung penulis. Selain itu, penulis juga akan lebih menumpukan bisnes bersama NahamPhoto.

NahamPhoto masih bertapak di Johor Bahru k! Ia masih penulis punya priority sebab diwujudkan hasil titik peluh sendiri.

Ini bermakna penulis akan menamatkan perkhidmatan sekarang dan akan berpindah dari Johor Bahru. Walaubagaimanapun, penghijrahan ini tidak bermakna penulis terus meninggalkan J.B. secara keseluruhan. J.B. masih lagi dalam tempat utama bagi NahamPhoto bergerak dan meluaskan lagi pengaruhnya dalam industri fotografi/ grafik. Sekali lagi ditegaskan, NahamPhoto MASIH LAGI beroperasi di J.B.

Sekarang ini, penulis & isteri sudah mula mengemas rumah sewa kami di J.B. Sedikit barang telah selamat dihantar ke Endau dan proses membungkus barang masih lagi berjalan. Setelah dikumpulkan, banyak juga rupanya barang-barang penulis terutamanya koleksi-koleksi peribadi. Secara tak langsung, penulis dapat 'sort' koleksi ini dengan teratur. Disana kami sekeluarga merencanakan untuk membuat rumah sendiri.

Antara barang koleksi yang telah dikumpul dalam box. Rasanya kena beli banyak lagi box camni.

Mengenai kerja di KPYPJ pula, penulis dengan berat hatinya akan menamatkan perkhidmatan disini. Hujung bulan ini penulis akan menghantar notis penamatan perkhidmatan setelah lebih 5 tahun berkhidmat. Semua pengalaman yang diperolehi disini akan cuba digunakan sebaik mungkin untuk tugas yang akan datang. Entry 'khas' mengenai KPYPJ juga akan dibuat oleh penulis nanti. Tunggu...

Rumusannya, penulis & keluarga telah membuat keputusan ini untuk cuba mengubah taraf hidup kami agar lebih baik lagi pada masa-masa mendatang. Walaupun agak sedih untuk meninggalkan JB dan sahabat-sahabat disini, namun demi kebaikan, penghijrahan perlu juga dilakukan. Penulis beruntung kerana zaman sekarang, teknologi tidak akan memutuskan hubungan dengan saudara-mara dan sahabat handal. Insya Allah.

7 ulasan:

Julie Shahril berkata...

slmt berhijrah..dan memulakan kerjaya baru...hidup kat mana2 pon sana je, yg penting usaha..

artakus berkata...

tahniah! wa caya sama lu! feeewiiiit!!! pst, ada kijer kosong lagi tak kat sane? ^_^

Inda berkata...

Tahniah ek!!! Semoga oke sumenye di tempat baru... Gudluck ek.. jangan tension2 tau... kalau dah tension sangat tu berselawatla selalu... ;)

Tanpa Nama berkata...

tahniah.. & all the best bro harris!

Tanpa Nama berkata...

tahniah harris.... selamat bekerja di tempat yang baru....dengan semangat baru...kau pindah memang sistematik...aku pindah tak ada kotak pun main angkat jer dengan barang2 dalam almari...hehehehe

anak rantau berkata...

Tahniah ris kerana berani membuat penghijrahan demi masa depan yang gemilang..... semoga berjaya.. selamat maju jaya..

Nanie Harris berkata...

Terima kasih kepada semua yang wish birthday & job tu! Semoga penulis dpt melangkah ke satu tahap yang lbh baik...Amin...