Khamis, 28 Mei 2009

Ulang Tahun Pertama "Mencipta Memori" (URL Baru)


Alhamdulillah, hari ini (28 Mei 2009) genap setahun blog "mencipta memori" ini berada di alam maya. Posting pertama telah tersiar pada 28 Mei tahun lepas dengan membawa konsep memaparkan gambar-gambar penulis & hasil kerja penulis sejak dari zaman persekolahan lagi. Berkat kesungguhan & sokongan daripada pelawat, blog ini telah mencapai satu tahap yang membanggakan pada penulis.

Mulanya penulis tidak menjangkakan akan sampai ketahap menjadi seorang blogger. Ini kerana penulis lebih cenderung kepada bidang fotografi. Oleh kerana teknologi yang semakin maju & arena blogging menjadi satu trend, penulis mengambil peluang itu untuk memperkenalkan diri dimata dunia dengan memaparkan info & gambar hasil kerja penulis. Ternyata ia merupakan satu platform yang baik terutamanya untuk perniagaan.

Jika diperhatikan kepada undian di blog ini, majoriti pelawat gemar membaca maklumat/ penulisan dan melihat gambar-gambar dari penulis. Oleh itu, penulis akan cuba tunaikan permintaan pelawat ini dengan terus memberikan informasi berguna & gambar-gambar menarik untuk pembaca. Sekali lagi penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog "mencipta memori" ini.

10 fakta menarik blog 'Mencipta Memori' (sehingga hari ini)

1) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat, 3.28%
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 14
3) Posting paling banyak ulasan : 7 Perhentian, Masihkah Anda Ingat? 13
4) Bulan paling banyak posting : Oktober & Disember 2008, 15
5) Jumlah blog yang diikuti : 43
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 20
7) Jumlah keseluruhan posting : 134
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 30 Disember 2008, 148
9) Kategori paling banyak posting : Fotografi, 40
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 6,599


Oleh itu, dengan menyambut ulangtahun pertama blog "mencipta memori", penulis dengan ini mengistiharkan nama domain (URL) baru telah bertukar dari harrisfadzilah.blogspot.com kepada www.harrisfadzilah.com. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi taraf blog ini ke satu lagi tahap dan terus memberikan informasi kepada pelawat. Semoga blog ini akan terus menjadi blog pilihan anda pada masa-masa akan datang.

*p/s- Blog ini akan berehat selama seminggu kerana penulis terlibat dengan PESAYA 2009 dan tugas sebagai jurugambar perkahwinan sempena cuti sekolah. Perkembangan PESAYA 2009 boleh dilayari di blog khas DISINI.

Isnin, 25 Mei 2009

Mysterious Place

'Photoshoot' ini penulis buat ketika Kursus Bina Pasukan PESAYA di Sekakap, Mersing beberapa minggu yang lalu. Tempat ini menjadi pilihan kerana panorama pohon-pohon rhu yang tumbang akibat mini tsunami Januari lalu begitu menarik perhatian penulis. Penulis namakan photoshoot ini sebagai 'Mysterious Place' kerana permandangan seolah-olah satu kawasan yang misteri (dengan editing black & white). Model-model rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.






DISEBALIK TABIR
Habis control takut masuk dalam air..

Penulis menggunakan kamera Nikon D40 dengan available light pada masa itu. Muara di Kem PKPI ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dirakamkan. Tunggu banyak lagi gambar-gambar hasil kerja penulis pada masa-masa akan datang. Salam ceria untuk semua!

Khamis, 21 Mei 2009

Mahal Bangat Ke?


Apakah prinsip anda dalam pekerjaan atau perniagaan. Adakah anda mempunyai satu prinsip hidup yang selalu dipegang? Sebenarnya penulis sangat kecewa dengan satu pihak yang tidak berpuashati terhadap sebutharga yang penulis kenakan untuk perkhidmatan fotografi. Ini kerana penulis mempunyai prinsip tersendiri dalam bisnes. Bisnes dalah bisnes dan semua perkara / sudut perlu diambil kira sebagai satu elemen dalam bisnes.

Selalu kita mendengar istilah "tolong kawan-kawan" apabila seseorang itu berurusan dalam bisnes dengan seorang rakannya. Apakah sebenarnya maksud "tolong kawan-kawan" itu? Selalunya kawan itu akan meminta diskaun atau potongan harga dalam perkhidmatan yang dikenakan. Apakah anda sedar yang anda sebenarnya tidak menolong kawan anda yang berniaga itu? Malah akan menyusahkannya lagi.

Adat berniaga mesti seseorang itu sukar untuk memulakannya. Mencari modal & kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi bukannya boleh diperolehi dengan sekelip mata. Bagi penulis, istilah "tolong kawan-kawan" itu adalah MEMBANTU dia berjaya dalam perniagaannya dengan membayar apa yang telah ditetapkan & menyokong mereka. Kalau tidak macamana kawan kita itu hendak maju dalam berniaga?

Berbalik kepada peristiwa diatas, penulis sudah pun mengambil kira dengan memberikan harga yang berpatutan kepada pihak tersebut. Sebenarnya harga itu sudah jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan jurugambar lain. Namun keputusannya hampa, harga yang berpatutan itu dikatakan mahal dan perlu dikurangkan lagi. Kalau ini kerap berlaku, memang bisnes fotografi penulis tidak akan maju sampai bila-bila.

Jika hendak dibuat contoh, penulis meletakkan harga RM600 untuk 1 majlis malam hari. Sebenarnya ia jauh sangat murah. Penulis tolak tepi harga sewa kamera dengan mengambil kira menggunakan kamera pihak lain & tolak juga harga petrol. Bagaimana pula dengan kos...

1) Tenaga : berdiri dan kehulu-hilir selama 4-5 jam mengambil gambar. Lutut, badan & kaki sakit. Siapa yang nak urut badan? duit beli minyak urut nak dapat mana? Ya! Mungkin mereka kata, makanan disediakan ala-ala hotel untuk penulis. Tapi...

2) Kemahiran : Setiap malam buat study, research cara ambil gambar. Duit elektrik guna komputer, bayar bil internet, bil telefon, beli buku, beli majalah fotografi. Pengalaman dah 5 tahun siapa nak bayar? Ada lagi...

3) Production : Dah ambil gambat kena edit sikit-sikit, pastu burn CD, pergi naik motor hantar print gambar ke kedai cina, ambil gambar di kedai itu semula, pergi beli album kat giant, motor nak isi minyak, road tax, servis... Tak cukup lagi?

4) Masa : Ini paling besar sebenarnya. Siapa nak bayar masa penulis yang penulis gunakan untuk khidmat ini? Sedangkan penulis boleh bersantai dirumah, bermain dengan anak-anak, menonton TV. Mengapa perlu penulis 'menangok' berjam-jam?

Kalau harga asyik 'dikurangkan', siapa nak bagi makan 2 kanak-kanak comel ni?

Prinsip penulis, biar penulis mengambil tugas ini secara PERCUMA sahaja daripada merosakkan pasaran ataupun terus abaikan sahaja. "TAKE IT OR LEAVE IT!". Bisnes adalah bisnes. Kalau penulis jual sesuatu dengan harga RM10 kepada kawan, maka RM10 lah kawan itu kena beli tanpa diskaun 1 sen pun. Tapi selepas itu, penulis belanja minum kawan tu pulak kat kopitiam. GOT IT?

Akhir kata penulis minta maaf kerana sedikit emosi. Kepada yang terasa atau terkena harap-harap jangan simpan dan ambil hati. Artikel ini sekadar maklumat menerangkan bukan mudah untuk berniaga. Diharapkan semua faham peranan & khidmat seorang jurugambar. Kalau orang kata ambil gambar ini satu kerja yang mudah & semua orang boleh buat, ambil sahaja orang lain tu dan bukannya penulis....

Selasa, 19 Mei 2009

Kursus Bina Pasukan YPJ, PESAYA 2009


Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di muara Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap Mersing. Ia bertujuan membangkitkan satu semangat berpasukan diantara staf Yayasan Pelajaran Johor dalam mengharungi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) di Kuantan, 31 Mei hingga 6 Jun nanti.

Dari kiri : Penulis, Kaff, Artakus & Cik Pah baru sampai di PKPI.

Penulis telah melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, abseling, merentas halangan, sukan air, berkayak, sukaneka, bbq dan motivasi sukan. Kumpulan D iaitu kumpulan penulis telah dinobatkan juara keseluruhan dalam kem tersebut. Seronok juga apabila dapat berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan yang lain.

Kumpulan penulis sedang membuka hamper kemenangan...

Namun dalam keseronokan itu, ada juga rasa kurang senang dengan segelintir 'atlit' yang tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti diatas. Lebih menyakitkan mereka hanya tahu menyuruh orang lain tetapi diri sendiri memeluk tubuh. 'Hang Suang' & 'Diva' ini lebih elok tidak hadir dari datang menyusahkan orang lain.

Apa yang diungkapkan seperti lagu wonderpets, "Apa yang penting? KERJASAMA!" dalam kem tersebut, mungkin tidak sesuai & tepat kerana masih ada yang belum boleh bekerjasama. Kalau penulis menjadi mereka, penulis sudah malu dan mungkin beredar dari situ apabila ucapan rumusan mengatakan semua peserta memberikan kerjasama yang baik.

A-Frame penginapan penulis, kaff & artakus di muara PKPI. Comel dengan view mengadap laut.

Enjoy gambar-gambar yang penulis sempat rakamkan diwaktu-waktu santai. Gambar aktiviti lain tidak dirakamkan kerana YPJ mempunyai 'jurugambar rasmi' sendiri. Suasana di PKPI memang indah dengan lautnya yang bersih dan permandangan pulau yang menarik. Hinggakan Kaff & Artakus mandi laut dari mula sampai hingga saat hendak pulang.

Kaff mengambil gambar kesan 'mini tsunami' yang melanda kem muara PKPI Januari lalu.

A-Frame ini dahulunya penulis & rakan mengangkat & menyusunnya namun kini musnah.

Ada orang tersangkut di pulau sana!

Nik & Panjang menikmati tidur yang nyaman setelah penat melakukan aktiviti

Atlit perempuan juga menikmati keindahan pantai & nyamannya udara di PKPI

4 Blogger bertemu di PKPI. Dari kiri Artakus, Reds, Jek & Kaff

Akhir sekali harapan penulis agar semua atlit dapat memberikan komitmen paling maksimum dalam PESAYA akan datang seterusnya pasukan YPJ akan mencapai sasaran menjadi juara keseluruhan. Pada penulis, Kem Bina Pasukan tersebut sangat baik kerana sekurang-kurangnya penulis dapat berkenalan dengan staf-staf baru yang lain.

UPDATED! GAMBAR-GAMBAR LAIN DISINI.

*p/s- sebenarnya ramai lagi blogger yang ada di kem itu seperti adiem, cik pah & uncle bourne

Jumaat, 15 Mei 2009

Beli 'Mata Ikan'...

Lens baru...

Pada isnin yang lepas, penulis telah bertemu dengan abang ipar seorang rakan yang bersalin semasa penulis melawat beliau di HSI. Abang Adam adalah panggilan penulis kepada beliau dan telah mengenali beliau sejak 2007 lagi. Beliau yang datang dari KL adalah peminat fotografi seperti penulis.

Lens yang sangat 'wide angle' akan dipanggil 'fisheye' tetapi harganya sangat mahal

Semasa bertemu, dia telah mengeluarkan sesuatu dalam beg yang telah menarik minat penulis. Sebuah lens Tokina 12-24 mm F4 (IF) DX untuk kamera Nikon. Lens seperti ini memang selalu digunakan untuk fotografi perkahwinan dan dengan tawaran yang menarik, penulis telah membelinya.

Tokina 12-24 mm F4 (IF) DX, autofocusnya sangat laju...

Sebenarnya lens ini tidaklah sehebat lens 'fisheye' yang terlalu mahal & lebih wide seperti 8mm-10mm tetapi harganya yang menarik telah membuatkan penulis dapat merasa penangan lens ini. Mungkin pada masa-masa akan datang, penulis akan dapat membeli lens 'fisheye' yang sebenar.

*p/s - tunggu hasil gambar dari lens ini pada posting yang mendatang...

Selasa, 12 Mei 2009

Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta



Nailah sudah 2 hari demam. Badan & kepala panas sangat. Tidak aktif bermain. Tidak mampu senyum. Makan pun tak nak. Tidur pun tak lena. Seperti biasa Nailah perlu dihantar ke klinik. Dirumuskan cerita, 2 klinik telah dihantar seperti dibawah;

Klinik Kerajaan (Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru)
- Tunggu : LAMA
- Doktor : Tanya mak bapak pulak anak sakit apa. Tulis-tulis lebih kurang.
- Ubat : Ubat demam & antibiotik (tapi bagi salah dos)
- Bayaran : Percuma
- Lain2 : Misi tulis timbangan pun salah buku.

Klinik Swasta (Klinik Perling)
- Tunggu : SEKEJAP
- Doktor : Periksa darah, tekanan jantung, suhu badan, tekak, mata, telinga, tanya perkembangan anak, sumbing, beritahu sukatan ubat & last sekali isi ubat b****t.
- Ubat : Selsema, Antibiotik, Syrup Demam, Kapsul b****t.
- Bayaran : RM28.00
- Lain2 : Bagi nasihat.

Lamanya!

Persoalan, apakah sebenarnya mentaliti bagi pegawai-pegawai kerajaan? Ini baru contoh di klinik, penulis pernah dilayan kasar oleh pegawai pendaftaran Mersing sambil menghisap rokok dalam bilik berhawa dingin. Bukan ingin memburukkan nama kerajaan namun ia perlu diperbaiki jika ingin terus menang dalam pilihanraya akan datang.

Sabtu, 9 Mei 2009

Bersantai Di Desaru

Sebenarnya tidaklah terlalu santai seperti dalam tajuk diatas, cuma mengisi masa lapang aktiviti bebas selepas selesai menguruskan Bengkel Perancangan Strategik KPYPJ di Desaru Golden Beach Hotel, Desaru Johor. Rasanya sudah lama penulis tidak menulis posting tentang aktiviti terkini penulis. Ini adalah gambar-gambar santai urusetia-urusetia yang bertugas semasa bengkel tersebut.

Salah satu permandangan di Desaru Golden Beach Hotel.

Ambil air sembahyang ke Bang?

Adik seperti biasa akan berposing didepan lensa.

Ala-ala posing majalah mangga tapi tak pakai bikini, cuma pakai selipar sahaja.

Tengok apa tu?

Gambar ala-ala pasangan kekasih sedang merajuk & menyelesaikan masalah.

Jangan contohi mamat ni!

Terus berposing...

En. Halim sedang membuat ABC...

Siapalah mamat yang main snuker ni?

Itulah antara gambar-gambar yang sempat diambil yang terdiri dari En. Halim (Artakus) & Adik (Little Lady). Sebenarnya penulis tidak berapa sempat untuk berkarya dengan fotografi disebabkan kesibukan menjadi urusetia bengkel tersebut. Tetapi bagi penulis, hotel tersebut agak menarik & baik dari pelbagai aspek. Permandangannya juga cukup indah. Mungkin satu hari nanti penulis akan kesitu semula.

Isnin, 4 Mei 2009

Kerja Saat Akhir...

Anda suka kerja diwaktu-waktu kritikal? Bagaimanakah cara kerja anda? Adakah anda suka menyimpan kerja anda disaat-saat akhir atau menyiapkan dahulu dan berehat kemudian? Lain orang lain cara kerjanya. Ada yang suka kerja pejabat dibawah nyamannya udara air-cond dan ada pula yang suka kerja bermandi keringat dibawah sinaran matahari. Teringat rangkap lagu 'Kolar Biru' kumpulan Kembara yang berbunyi...

Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga

Kerja, kerja, kerja

Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru

Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku

Kerja, kerja, kerja..

Lagu & Lirik : M.Nasir

Ya, jika penulis diberi pilihan, penulis akan memilih berniaga dari kerja dipejabat. Penulis lebih rela bergerak kesana-sini dari hanya duduk diatas kerusi. Sebelum bekerja dipejabat sekarang, penulis pernah berniaga sejak dari belajar di kolej lagi. Sekarang ini pun penulis bekerja di hari biasa dan berniaga di hari minggu. Gigih membuat dua kerja dalam satu masa untuk menanggung keluarga dizaman ekonomi meleset ini.

Kolar Biru? Kolar Putih? Mana satu pilihan anda?

Berbalik kepada cerita kerja 'last minute' tadi, apa yang penulis ingin katakan, kadangkala seorang pekerja akan menjadi mangsa kerja saat akhir. Jika menunggu seseorang itu menghantar laporan contohnya, seringkali berlaku orang yang perlu menghantar laporan itu melengah-lengahkan tanggungjawabnya. Akhirnya orang yang mengumpul laporan tersebut akan mengejar masa membuat penyudah.

Namun itulah hakikat bekerja makan gaji & menjadi pekerja bawahan. Segalanya perlu diterima dengan rela hati. Pengorbanan dari segi masa & tenaga harus dibuat walaupun kadangkala tidak mendapat sedikit pun penghargaan. Bukan ganjaran yang diminta namun cukup sekadar secebis penghormatan. Ketika ini (jam 10.34 malam), penulis masih dipejabat menyudahkan kerja yang buat saat akhir....