Khamis, 16 Oktober 2008

Kegemilangan Anime & Kartun Era 80an

Sebelum ini banyak penulis terbaca di email, blog atau forum yang membincangkan topik ini. Tergerak juga didalam hati untuk menulis tentang kartun & anime (dari jepun) kegemaran & kegilaan semasa zaman kanak-kanak dulu. Disini saya senaraikan TOP 10 kartun & anime kegemaran penulis beserta video lagu pembukaan.

10) M.A.S.K

Kartun ini tahun 1985, penulis sangat meminati kenderaan-kenderaan dalam siri tersebut yang unik contohnya motor yang bertukar menjadi heli, kereta yang terbang dan lain-lain. Dulu tak mampu nak beli mainannya jadi buat sendiri dengan benda-benda recycle macam kotak rokok.



9) Flashman

Ini adalah nenek moyang Power Rangers rasanya, antara siri terawal memaparkan 5 orang berhelmet dengan costum berwarna-warni. Selain Flasman terdapat satu lagi siri yang lebih kurang sama iaitu Maskman. Robot Flashman dulu ada simpan tetapi dah hilang entah kemana.



8) Tosho Daimos

Ramai yang mungkin tidak mengingati siri ini. Kartun ini antara yang menariknya ialah robot besar yang terhasil dari kenderaan lori bertrailer. Watak kartunnya pun boleh dikatakan comel. Mainan robot ini masih boleh didapati dipasaran sehingga kini.



7) Saber Rider & The Star Sheriff

Kalau kartun ini, mesti orang ingat lagu intronya yang sedap. Watak-watak dalam siri ini terdiri dari berbilang bangsa seperti British, Perancis dan Jepun. Kartun ini turut mempunyai robot besar yang memakai topi cowboy.



6) The Real Ghostbusters


Siapa yang tidak mengenali kartun ini? Filem live action pun pernah ditayangkan pada tahun 80an. Masa kecil pernah membuat 'ghost detector' menggunakan kotak ding dang, straw, batang paip & penutup botol. Membuatkan diri tersenyum sendiri.



5) Tenage Mutant Ninja Turtle


Kartun ini merupakan kartun paling popular dalam era 80an di US malah seluruh dunia. Ia mula diterbitkan dalam tahun 1987. Filem animated pun pernah disiarkan 1-2 tahun yang lepas dan siri baru kartun ini masih boleh ditonton di kaca TV sekarang.



4) Kamen Rider Black (Suria Perkasa Hitam)

Belalang tempur, tendangan padu maut, tumbukan padu maut, antara ayat-ayat yang famous dalam siri ini. Kamen Rider mempunyai berbelas-belas siri sehingga kini tetapi Kamen Rider Black adalah yang paling popular sekali.



3) Space Sheriff Gavan (Polis Angkasa Gaban)


Kalau diingat siri ini, mesti ramai yang mengatakan mereka sanggup ponteng sekolah agama untuk menontonnya. Begitu juga dengan penulis, entah mengapa ceritanya begitu berhantu. 'Bertukar dalam 0.06 saat' & 'Gaban Z potong 2' antara ayat-ayat yang popular.



2) Transformers


Populariti kartun ini memang tidak dapat disangkal. Bermula pada tahun 1984 ia akhirnya dijadikan filem live action pada tahun lepas. Masa darjah 4, penulis pernah melukis satu buku gambar robot-robot transformers. Kalau ada lagi buku tu, mesti dah jadi bahan sejarah.



1) Macross

Dalam banyak-banyak kartun, inilah yang paling memberi kesan pada penulis sehingga kini. Jalan cerita yang menarik, lagu yang sedap serta robot-robot yang dicipta dengan teliti merupakan kekuatannya. Sila lihat BLOG khas yang dibuat oleh penulis mengenai Macross.



Sebenarnya banyak lagi kartun & anime popular 80an seperti Silverhawk, Toriton, Blue Blink, JEM, Spiral Zone, Care Bears, Visionaries & Chip & Dale. Akan datang pula, filem-filem seperti G.I. Joe, Voltron & Thundercats pula akan dipertontonkan untuk semua. Apakah pula kartun kegemaran anda?

7 ulasan:

Unknown berkata...

Dengar lagu m.a.s.k ngan transformers betul menggamit kenangan. Teringat zaman bebudak yang bebas lepas dari masalah.hehe

Nanie Harris berkata...

Zaman kanak2 memang zaman yang paling best!

J u l i a 。.゜✿ berkata...

smurfs !! carebears ! bambi ! toriton ! he-man ! she-ra ! jem & the holograms !

huwaaaaaaaaaaaa ada lagiiiiii.. tapi dah lupa.

classic mickey mouse & friends !
road runner !
tom & jerrr !

=D

Nanie Harris berkata...

Julia : Centurion, defender of the earth, inspector gadjet, g-force, plastic man...banyak lah kalau nak senarai...

riken berkata...

memang citarasa kita sama. those are among my favourite cartoons during that time. mengimbas balik kenangan lama. cheers.

my-koleksi berkata...

Semua anime dan kartun era 80-an yang kau tulis tu aku masih ingat...yang paling aku ingat Space Sheriff Gavan dan moero attack. Aku ada VCD Gavan episode 1 hingga 22, masuk link ni http://my-koleksi.blogspot.com/2008/01/space-sheriff-gavan.html

Unknown berkata...

Sapa tahu cita tajuk apa yang da watak mutant gorila lebih kurang mcm cita doraemon