Sabtu, 9 Ogos 2008

Olympic Beijing 08.08.08

Sukan Olympic datang lagi dengan tarikh keramat dipilih oleh Beijing. Memandangkan semalam amat sibuk dengan fotografi perkahwinan maka tidak sempat untuk melihat pembukaan sukan termasyur itu. Sukan Olympic adalah antara temasya sukan yang paling digemari oleh penulis. Kali pertama melihat temasya sukan ini adalah pada tahun 1992 di Barcelona. Sukan ini diminati kerana ia mengumpulkan semua atlet-atlet seluruh dunia dalam satu temasya yang diadakan sekali dalam 4 tahun. Ia melambangkan 'unity' antara semua penduduk dunia. Acara yang paling diminati oleh penulis adalah olahraga antaranya 4x100 lagi begantui-ganti & badminton.

Pagi tadi, secara tidak sengaja penulis melihat siaran ulangan pembukaan sukan olympic Beijing 2008 di tv5 Singapura. Pada pendapat penulis, pembukaan sukan itu antara yang paling meriah dalam sejarah. Apa yang menarik perhatian, pembawa obor terakhir tiba-tiba terbang dan berlari di udara dan mengelilingi stadium 'bird nest' dan akhirnya menyalakan api olympic di stadium itu. Bunga api pula dinyalakan di seluruh bandar (bukan di stadium sahaja) dengan pelbagai bentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Bagi kontijen Malaysia, semestinya harapan diletakkan ke bahu pemain badminton untuk memungut pingat emas pertama negara. Harapan tinggi juga diletakkan kepada pengayuh basikal serta penembak. Pencapaian terbaik Malaysia hanyalah perak melalui Cheah Soon Kit- Soo Beng Kiang (Badminton) Di Atlanta 1996. Semoga 2008 membawa satu lagi sejarah untuk squad Malaysia. Malaysia Boleh!

*p/s - Acara nyalaan obor yang paling digemari oleh penulis adalah di Sydney 2000 dimana api dinyalakan pada anak panah dan dipanah ke obor yang besar.

3 ulasan:

Unknown berkata...

yang panah-panah api kat obot tu bukan ke kat barcelona? :P

Nanie Harris berkata...

ingat2 lupa lah kaff...

Uncle Bourne berkata...

08.08.08 membawa kenangan... tarikh surat arahan aku berpindah ke tempat lama... buat kali ke 3