Ahad, 3 Ogos 2008

Episode 4 : Lorong Satu

Sejak tahun 1990, penulis telah tinggal di Lorong Satu, Endau Johor sehingga sekarang masih didiami oleh kedua ibu-bapa penulis. Setelah berpindah dari Kampung Tanjung Gemok, Kuala Rompin Pahang, penulis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau. Abah telah membina satu pondok yang boleh dikatakan selesa untuk kami 6 beranak di tanah arwah Tok Bak.

Pondok ini diperbuat dari papan dan mempunyai 2 bilik sahaja namum untuk kami sangat memadai. Banyak juga kenangan manis tinggal disitu dan tidak kurang juga kenangan pahit. Masih segar di ingatan, kedatangan jiran memberitahu arwah Mak Busu telah tiada. Menyorokkan TV ketika pemeriksaan lesen (tahun itu tv & radio masih dikenakan lesen) dan pelbagai lagi.

Dari tahun ke tahun, penulis menyaksikan kesungguhan abah mahu menyediakan keselesaan untuk anak-anaknya. Rumah di Lorong Satu di naiktaraf sedikit demi sedikit. Dari menggunakan tandas diluar hinggalah didalam rumah. Dari rumah bertangga hinggalah bersimen. Dari 2 bilik menjadi 4 bilik. Terima kasih abah & emak!

lorong satu endauAntara gambar terawal rumah di lorong satu yang ada dalam simpanan (tahun 1993)

lorong satu endauIni adalah gambar warga Lombok, Indonesia yang membina rumah dibelakang tu...(1996)

lorong satu endauJangan lihat gambar Ya (adik) tapi lihat proses pembinaan rumah kayu kepada rumah batu (1997).

lorong satu endauKini cucu-cucu abah dapat penginapan yang selesa apabila pulang ke kampung (2007).

Pada posting akan datang, anda akan dapat lihat bagaimana Lorong Satu dimusnahkan! Tunggu...

1 ulasan:

Kaff berkata...

boleh buat filem: Kenangan Di Lorong Satu