Khamis, 31 Julai 2008

Peminat Retro


Beberapa minggu yang lepas, penulis telah ke Muadzam Shah, Kuala Rompin Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan dua pupu. Apabila sampai di rumah Pakcik, penulis bertemu sepupu bernama Lutfi Haziq (atau lebih mesra dengan panggilan lutt) sedang menunggang motor yang baru dibelinya.

Jika penulis suka menyimpan barang-barang peninggalan arwah Tok Ayah & Mak Tok seperti tempayan dan syiling lama, Lutt turut meminati barang-barang lama atau retro dengan membeli sebuah vespa hasil dari pekerjaannya. Penulis akan berkongsi lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi peribadi kepada semua pada posting-posting yang akan datang. Insya Alllah.

lutfi & vespaGambar candid aksi Lutt & vespanya (kalau nak jual vespa tu, jual kat Abang Ngah k!)

Tiada ulasan: