Rabu, 2 Julai 2008

Sejarah Dalam Fotografi Perkahwinan...

Malam tadi berlangsungnya satu seminar yang menemukan jurugambar-jurugambar seluruh negeri Johor bagi membincangkan pengiraan kos terkini fotografi perkahwinan. Dengan tidak disangka seramai 176 orang jurugambar telah hadir dan telah mencapai kata sepakat bagi menaikkan lagi taraf fotografi perkahwinan di Johor mahupun Malaysia. Ini merupakan bilangan jurugambar paling ramai pernah dikumpulkan dalam sejarah fotografi perkahwinan. Berikut merupakan details seminar yang berlangsung;

TARIKH : 01 JULAI 2008
HARI : SELASA
MASA : 8.30 MALAM – 12.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL GOOD HOPE, SKUDAI.
AHLI PANEL :

- Rushdi - Fotokahwin
- Saluddin - Art Creative
- Saifulnang - Candidsyndrome
- Cikgu Mat - Ideal Media

PENGACARA MAJLIS : Izat - Capturepix's

perjumpaan jurufoto johorKaff (kanan) & Didiz (Fotokahwin)

perjumpaan jurufoto johorPenulis (kiri) bersama Saiful Nang & jurufoto lain.

perjumpaan jurufoto johorGroup photo setelah selesai majlis (gambar oleh Ayares)

perjumpaan jurufoto johorYB Razak dengan pose yang tersendiri...

Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Capturepix's kerana telah membuat sesuatu perubahan dalam era fotografi perkahwinan kini. Walaupun sudah lewat malam tapi masing-masing masih bersemangat tinggi membincangkan topik-topik berkenaan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli panel seperti didiz, saiful nang, saluddin & cikgu mat kerana sanggup berkongsi pengalaman & pengetahuan. Sesungguhnya KAMI BERANI BERUBAH!

Tiada ulasan: