Khamis, 3 Julai 2008

KPYPJ juara lagi!!!

Tidak dapat diragui, team KPYPJ memang pilihan sejak dari awal lagi. Setelah memenangi karom, petanque L, petanque P, badminton & sepak takrow, team KPYPJ terus menggondol juara keseluruhan Pesta Sukan YPJ ke-4 2008. Selain menang dalam 5 acara tersebut, team KPYPJ banyak merangkul naib johan seperti ping pong, bola tampar L, bola tampar P & bola jaring.

Naib juara keseluruhan telah dimenangi oleh KIJKK diikuti YPJHOPE & seterusnya ITPIH. Penulis yang memasuki 4 acara telah memenangi acara badminton, naib juara dalam ping pong & ketiga dalam bolasepak & futsal. Diharap kemeriahan sukan ini akan berterusan lagi pada Pesta Sukan Antara Yayasan (PESAYA) di Pahang tahun 2009 nanti.

sukan KPYPJTeam bolasepak KPYPJ ala-ala belanda gitu...(sebab ada edgar davids)

sukan KPYPJBergambar setelah memenangi juara keseluruhan...

sukan KPYPJPenulis bersama pingat-pingat yang dimenangi...

Klik disini untuk melihat gambar-gambar yang lain. (Gambar diambil oleh Kaff, Hijri & Uncle Bourne)

Tiada ulasan: