Selasa, 17 April 2012

Laman Web Bisnes Fotografi Dalam Pencalonan DiGi Wwwow Award 2012



Entry kali ini penulis ingin menceritakan sedikit mengenai DiGi Wwwow Internet For All Award 2012 yang telah membuka pencalonan sejak 24 Mac yang lalu. Wwwow Award merupakkan salah satu anugerah berprestij untuk pengguna internet di Malaysia. Anugerah ini diadakan setiap tahun dan sentiasa mendapat sambutan hangat dikalangan pengguna internet negara. Tahun ini, Wwwow Award telah menawarkan 14 kategori dengan pelbagai hadiah lumayan. Pencalonan akan berakhir 22 April ini dan undian akan bermula pada 23 April sehingga 13 Mei. Manakala pemenang akan diumumkan pada 9 Jun 2012.


Penulis tidak ketinggalan menyertai anugerah ini dengan pencalonan laman web NahamPhoto (bisnes utama penulis) dalam kategori Most Promising Webpreneur of the Year. Kenapa penulis tidak mencalonkan blog Rakan Media Sosial dalam anugerah ini? Jawapannya, penulis hanya ingin menumpukan promosi pada satu saja pencalonan yang diharapkan dapat memenangi kategori tersebut. Lagipun dalam kategori Blogger of the year memerlukan seorang blogger yang betul-betul tegar dan mempunyai laman yang kuat dari segi SEO, pengisian dan jumlah trafik. Oleh itu, jangan lupa untuk mengundi penulis dengan klik DISINI.

Penulis mencalonkan laman web NahamPhoto dengan tujuan memberi inspirasi kepada usahawan luar bandar. Ini kerana penulis merupakan seorang jurufoto perkahwinan yang tinggal diluar bandar. Walaupun tidak mempunyai pasaran yang besar secara fizikal tetapi saya menggunakan pendekatan internet untuk meluaskan pasaran. Syarikat penulis sendiri iaitu NahamPhoto kini lebih dikenali serata Malaysia apabila penulis melakukan pemasaran dan juga mencari prospek pelanggan dengan menggunakan laman web dan media sosial. Pada penulis, laman web dan media sosial adalah pejabat & booth maya untuk perniagaan internet.

*Peringatan : Undian bermula 23 April hingga 13 Mei 2012

 
INSPIRASI lain dari NahamPhoto boleh dilihat dibawah;



Dari masa ke semasa penulis akan berkongsikan inspirasi sempena anugerah ini di laman peminat FB NahamPhoto dan juga twitter @NahamPhoto dengan kata carian #DiGiWWWOW. Inspirasi ini merupakan konsep, formula & tips tentang cara penulis menjalankan bisnes harian dengan hanya online dirumah. Semoga mereka yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan Internet dapat sesuatu dari perkongsian tersebut. Penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan mengundi pencalonan ini. Jangan lupa untuk klik DISINI. Anda juga boleh menghantar pencalonan dengan melayari laman web http://www.wwwow.my. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah; 

Tiada ulasan: