Selasa, 10 April 2012

Apa Itu Butang Google Plusone (g +1)?

Seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam posting mengenai Google Plus, penulis akan menerangkan pula apa fungsi butang Google Plusone atau g +1 dalam Google. Butang g +1 ini boleh didapati dimana-mana sahaja laman milik Google seperti Youtube, Blogspot & Android Market. Butang ini sama fungsinya dengan butang LIKE pada laman Facebook namun mempunyai kelebihan tersendiri. Ini kerana butang g +1 ini ada peranan dalam enjin pencari Google yang mana merupakan enjin pencari paling popular digunakan. Namun hanya mereka yang mempunyai akaun dengan Google sahaja yang boleh klik butang ini.

Jika anda mempunyai blog yang diletakkan dengan butang g +1 ini, anda sudah selangkah memudahkan blog anda dimasukkan ke dalam enjin pencari Google. Apabila butang g +1 ditekan oleh pelawat anda bermakna blog anda telah mendapat satu recommendation. Jika ada orang lain yang klik butang tersebut bermakna blog anda mendapat satu lagi recommendation menjadikan ia dua. Setiap kali butang ini ditekan bermakna semakin banyak recommendation yang akan membuatkan blog anda semakin mudah kelihatan dalam enjin carian. Populariti dan mata untuk blog anda dikira dengan recommendation ini.


Cuba lihat contoh gambarajah diatas. Ia merupakan gambarah menunjukkan circle dalam Google Plus. Si A adalah rakan dengan si N tetapi A bukannya rakan kepada si H dan si R. Jika A mempunyai blog dan N menekan butang g +1 dalam blog A, bermakna N telah membuat recommendation tentang blog A kepada rakan-rakan beliau dalam circle H dan R. Bayangkan A adalah Asrul Ahmad yang mempunyai blog dan telah ditekan butang g +1 oleh N. Cuba lihat gambarajah dibawah (klik gambar untuk besarkan);


Gambarajah diatas menunjukkan seseorang membuat carian dengan menaip perkataan "Jurufoto Mersing". Jika dalam carian biasa Google ataupun tiada sesiapa rakan dalam circle H dan R login akaun Google, blog A berada dalam muka surat ke 5. Tetapi apabila H yang merupakan rakan dalam circle N membuat carian yang sama, blog A berada dalam muka surat kedua (gambarajah bawah). Ini bermakna recommendation dari N tadi telah membawa blog A lebih tinggi rankingnya apabila si H membuat carian.


Berbeza dengan LIKE pada Facebook, jika anda klik dan ia akan kelihatan dalam wall anda sahaja. Hanya rakan-rakan dalam Facebook anda sahaja yang dapat melihat LIKE tersebut. Setiap LIKE yang ditekan tidak mempengaruhi enjin pencari Google berbanding butang g +1. Oleh sebab itu, butang g +1 ini sangat berkuasa jika diletakkan dalam web, blog dan tidak ketinggalan blog ini juga. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Google seperti Gmail & Google Plus sebelum menggunakan butang ini.

Rumusannya, butang g +1 ini sangat baik untuk tujuan pemasaran terutama kepada mereka yang berniaga menggunakan internet. Malah ia sesuai untuk memperkenalkan apa sahaja kategori laman yang ada di internet ini. Ingat semakin ramai orang yang klik butang ini, semakin mudah untuk laman anda ditemui dalam enjin pencari Google. Sekarang tidak hairanlah jika anda menjumpai butang ini dimana-mana. Jika anda suka artikel ini jangan lupa untuk kongsikan ke media sosial lain seperti butang-butang dibawah.

Tiada ulasan: