Rabu, 25 April 2012

Cara Mengundi Dalam DiGi WWWOW Internet For All Award

Disini penulis ingin memberi sedikit panduan cara bagaimana untuk anda mengundi dalam anugerah internet DiGi WWWOW! Sepertimana yang ramai tahu, anugerah ini dijalankan setiap tahun dan merupakan satu anugerah yang berprestij bagi pengguna internet di Malaysia. Mungkin panduan ini boleh digunakan untuk semua pengundi penulis ataupun sesiapa sahaja. Sila ikut panduan ini;

1)  Sebaik-baiknya anda login dahulu akaun facebook atau twitter anda.

2) Buka pencalonan dalam anugerah ini dengan klik butang/ badge tertentu atau pautan yang diberikan. Contohnya jika anda klik pautan pencalonan laman web penulis, klik http://goo.gl/inBe6 dan paparan seperti dibawah akan muncul.

3) Jika anda tidak login facebook atau twitter lagi, klik butang LOGIN seperti gambarajah dibawah;


4) Login samada akaun facebook atau twitter dengan klik salah satu butang yang disediakan.


5) Masukkan e-mel & password akaun facebook atau twitter anda dan klik DAFTAR MASUK. Jika anda terlihat aplikasi kesimbungan antara laman ini ke facebook/ twitter, hanya klik CONNECT.


6) Jika sudah berjaya login, anda hanya perlu klik butang VOTE NOW berwarna kuning dan klik OK. Jika mula-mula anda menggunakan akaun facebook, anda boleh logout akaun dan login pula akaun twitter untuk membuat undi yang kedua :)


7) Jangan lupa untuk KONGSI undian anda dengan rakan-rakan laindan tuliskan kata-kata positif tanda sokongan kepada penulis.


Anda boleh membuat 2 undi satu hari jika menggunakan akaun facebook dan twitter. Ingat anda juga boleh mengundi SETIAP HARI dan bukannya satu undi sahaja untuk satu pencalonan. Semoga dengan panduan ini serba sedikit dapat membantu pengundi membuat undian. Terima kasih atas sokongan semua! Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;

Selasa, 24 April 2012

Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my!


Kanak-kanak pun membaca blogr.my!

Blogr.my merupakan satu portal dimana anda boleh membaca dan ping entry blog anda sendiri. Dalam blogr.my, anda dapat membaca pelbagai artikel menarik yang mungkin anda sendiri tidak pernah membacanya sebelum ini. Sekarang, Blogr.my juga menganjurkan satu pertandingan iaitu Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my! yang memberi peluang kepada anda memenangi hadiah tunai. Untuk menyertai pertandingan ini sila layari http://blogr.my/fr/7142. Semoga berjaya!

Selasa, 17 April 2012

Laman Web Bisnes Fotografi Dalam Pencalonan DiGi Wwwow Award 2012



Entry kali ini penulis ingin menceritakan sedikit mengenai DiGi Wwwow Internet For All Award 2012 yang telah membuka pencalonan sejak 24 Mac yang lalu. Wwwow Award merupakkan salah satu anugerah berprestij untuk pengguna internet di Malaysia. Anugerah ini diadakan setiap tahun dan sentiasa mendapat sambutan hangat dikalangan pengguna internet negara. Tahun ini, Wwwow Award telah menawarkan 14 kategori dengan pelbagai hadiah lumayan. Pencalonan akan berakhir 22 April ini dan undian akan bermula pada 23 April sehingga 13 Mei. Manakala pemenang akan diumumkan pada 9 Jun 2012.


Penulis tidak ketinggalan menyertai anugerah ini dengan pencalonan laman web NahamPhoto (bisnes utama penulis) dalam kategori Most Promising Webpreneur of the Year. Kenapa penulis tidak mencalonkan blog Rakan Media Sosial dalam anugerah ini? Jawapannya, penulis hanya ingin menumpukan promosi pada satu saja pencalonan yang diharapkan dapat memenangi kategori tersebut. Lagipun dalam kategori Blogger of the year memerlukan seorang blogger yang betul-betul tegar dan mempunyai laman yang kuat dari segi SEO, pengisian dan jumlah trafik. Oleh itu, jangan lupa untuk mengundi penulis dengan klik DISINI.

Penulis mencalonkan laman web NahamPhoto dengan tujuan memberi inspirasi kepada usahawan luar bandar. Ini kerana penulis merupakan seorang jurufoto perkahwinan yang tinggal diluar bandar. Walaupun tidak mempunyai pasaran yang besar secara fizikal tetapi saya menggunakan pendekatan internet untuk meluaskan pasaran. Syarikat penulis sendiri iaitu NahamPhoto kini lebih dikenali serata Malaysia apabila penulis melakukan pemasaran dan juga mencari prospek pelanggan dengan menggunakan laman web dan media sosial. Pada penulis, laman web dan media sosial adalah pejabat & booth maya untuk perniagaan internet.

*Peringatan : Undian bermula 23 April hingga 13 Mei 2012

 
INSPIRASI lain dari NahamPhoto boleh dilihat dibawah;



Dari masa ke semasa penulis akan berkongsikan inspirasi sempena anugerah ini di laman peminat FB NahamPhoto dan juga twitter @NahamPhoto dengan kata carian #DiGiWWWOW. Inspirasi ini merupakan konsep, formula & tips tentang cara penulis menjalankan bisnes harian dengan hanya online dirumah. Semoga mereka yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan Internet dapat sesuatu dari perkongsian tersebut. Penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan mengundi pencalonan ini. Jangan lupa untuk klik DISINI. Anda juga boleh menghantar pencalonan dengan melayari laman web http://www.wwwow.my. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah; 

Selasa, 10 April 2012

Apa Itu Butang Google Plusone (g +1)?

Seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam posting mengenai Google Plus, penulis akan menerangkan pula apa fungsi butang Google Plusone atau g +1 dalam Google. Butang g +1 ini boleh didapati dimana-mana sahaja laman milik Google seperti Youtube, Blogspot & Android Market. Butang ini sama fungsinya dengan butang LIKE pada laman Facebook namun mempunyai kelebihan tersendiri. Ini kerana butang g +1 ini ada peranan dalam enjin pencari Google yang mana merupakan enjin pencari paling popular digunakan. Namun hanya mereka yang mempunyai akaun dengan Google sahaja yang boleh klik butang ini.

Jika anda mempunyai blog yang diletakkan dengan butang g +1 ini, anda sudah selangkah memudahkan blog anda dimasukkan ke dalam enjin pencari Google. Apabila butang g +1 ditekan oleh pelawat anda bermakna blog anda telah mendapat satu recommendation. Jika ada orang lain yang klik butang tersebut bermakna blog anda mendapat satu lagi recommendation menjadikan ia dua. Setiap kali butang ini ditekan bermakna semakin banyak recommendation yang akan membuatkan blog anda semakin mudah kelihatan dalam enjin carian. Populariti dan mata untuk blog anda dikira dengan recommendation ini.


Cuba lihat contoh gambarajah diatas. Ia merupakan gambarah menunjukkan circle dalam Google Plus. Si A adalah rakan dengan si N tetapi A bukannya rakan kepada si H dan si R. Jika A mempunyai blog dan N menekan butang g +1 dalam blog A, bermakna N telah membuat recommendation tentang blog A kepada rakan-rakan beliau dalam circle H dan R. Bayangkan A adalah Asrul Ahmad yang mempunyai blog dan telah ditekan butang g +1 oleh N. Cuba lihat gambarajah dibawah (klik gambar untuk besarkan);


Gambarajah diatas menunjukkan seseorang membuat carian dengan menaip perkataan "Jurufoto Mersing". Jika dalam carian biasa Google ataupun tiada sesiapa rakan dalam circle H dan R login akaun Google, blog A berada dalam muka surat ke 5. Tetapi apabila H yang merupakan rakan dalam circle N membuat carian yang sama, blog A berada dalam muka surat kedua (gambarajah bawah). Ini bermakna recommendation dari N tadi telah membawa blog A lebih tinggi rankingnya apabila si H membuat carian.


Berbeza dengan LIKE pada Facebook, jika anda klik dan ia akan kelihatan dalam wall anda sahaja. Hanya rakan-rakan dalam Facebook anda sahaja yang dapat melihat LIKE tersebut. Setiap LIKE yang ditekan tidak mempengaruhi enjin pencari Google berbanding butang g +1. Oleh sebab itu, butang g +1 ini sangat berkuasa jika diletakkan dalam web, blog dan tidak ketinggalan blog ini juga. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Google seperti Gmail & Google Plus sebelum menggunakan butang ini.

Rumusannya, butang g +1 ini sangat baik untuk tujuan pemasaran terutama kepada mereka yang berniaga menggunakan internet. Malah ia sesuai untuk memperkenalkan apa sahaja kategori laman yang ada di internet ini. Ingat semakin ramai orang yang klik butang ini, semakin mudah untuk laman anda ditemui dalam enjin pencari Google. Sekarang tidak hairanlah jika anda menjumpai butang ini dimana-mana. Jika anda suka artikel ini jangan lupa untuk kongsikan ke media sosial lain seperti butang-butang dibawah.

Selasa, 3 April 2012

5 Artis (atau Ustaz?) Media Sosial Paling Popular

Sebut sahaja perkataan artis, pasti ramai yang suka. Apa tidaknya, ramai orang suka akan suara, lakonan atau apa saja yang menarik dalam diri seorang celebriti. Artis-artis di Malaysia tidak ketinggalan mengambil peluang menggunakan teknologi maklumat bagi mengekalkan peminat-peminat mereka. Jika sebelum ini penulis berkongsi tentang Twitter, ia sangat sesuai digunakan oleh artis-artis untuk membina jenama diri dan populariti. Terdapat juga artis-artis di Malaysia yang menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat-peminat, bertanya khabar dan menerima kritikan. Berikut merupakan top 5 artis media sosial yang paling ramai pengikut di Malaysia sehingga Mac 2012;

NAMA                       PENGIKUT TWITTER      PEMINAT FACEBOOK
1. Lisa Surihani          636,471                              2,019,297
2. Scha Alyahya         308,116                             1,405,669
3. Zizan Raja Lawak    493,921                             1,381,359
4. Aaron Aziz              443,204                             1,131,121
5. Yuna Zarai               357,662                             1,125,329

Gambar dari mediamalaya.com

Sepertimana ramai yang tahu, Lisa Surihani merupakan ratu media sosial artis Malaysia dengan kini lebih 2 juta peminat fan page Facebook beliau. Walaupun  baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Yusry KRU namun tidak menghalang peminat terus menyokong beliau. Zizan Raja Lawak pula merupakan artis lelaki yang paling ramai peminat tidak kira melalui Twitter atau Facebook. Jika anda lihat, ramai artis yang tahu mengambil peluang menggunakan media sosial untuk mempromosikan diri mereka malah ada yang meletakkan iklan-iklan promosi seperti meminta undi untuk anugerah dan sebagainya. Selain artis. kita perlu melihat juga mereka yang tinggi ilmu agama turut menggunakan media sosial. Cuba perhatikan;

1. Ustaz Azhar Idrus - 548,130

2. Ustaz Zahazan Mohamed - 494,350

3. Ustaz Mohd Kazim Elias - 330,186

4. Ustaz Don Daniyal - 163,971

5. Ustaz Dr. Zaharuddin - 13,045

Gambar dari wanwma.com

Nilai diatas adalah jumlah peminat fan page Facebook dimana mereka juga mempunyai jumlah peminatnya tersendiri. Walaupun tidak setanding artis namun kemunculan ahli ilmiah sebegini sepatutnya diambil perhatian kerana ia lebih membawa kebaikan kepada peminat. Ustaz Azhar Idrus contohnya mempunyai peminat lebih setengah juta dan terkenal dengan sesi soal jawab melalui Facebook. Ustaz Zahazan Mohamad pula terkenal dengan buku & penulisan mempunyai hampir setengah juta peminat. Tidak ketinggalan Ustaz Kazim Elias yang terkenal dengan video ceramah menarik, mempunyai ratusan ribu peminat. Walau siapa pun mereka, pengguna Facebook wahupun Twitter berhak memilih siapa yang mereka minati. Namun selok-eloknya pengguna media sosial dapat memperolehi pelbagai kebaikan dari apa yang mereka layari.

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;